Assalamualaikum gojes…
Lately rasa lemau betul nak update blog. Bila buka blog, nak
taip buat entry pastu terus mcm takde mood. Padahal sebelum tu berkobar2 nak
citer. Korang jgn speku aku ngandung pulak, smlm baru je cucuk yg 3 bulan skali
tu. Siap scan lagi. Mmg takde pape… ehh…
Ok, berbalik pada blog. Wpun aku mcm lemau nak menaip tp
blog walking tu rajin lak, aku tetap gi melawat kt rumah uols. Kalu sempat
tinggal la komen kalu tak aku ziarah je….yang penting tetap rindu nak tau citer
dari mommy gojes semua. Citer anak, citer bercuti dan jugak aktiviti korang
sume…
Cuti CNY ritu mana uols pegi?? Panjang woo cuti, takkan dok
umah jer… eehh aku gi wedding adik ipar aku kat Bangi. Terus check in kat bajet
sana. Senang tak yah ulang alik Gombak. Dok je 2 malam kat hotel tu…
Tentang Yaya dah lama aku tak citer budak tecit tu. Selalu buat
kami laki bini ketawa dengan gelagat dia. Ada je benda yg buat aku gelak. Dah nak
masuk 2 tahun lagi 2 bulan. Mcm tak pecaya!! Kalu tgk balik gambar dia masa
baby, cepatnya rasa masa berlalu. Selalu jugak buat aku naik angin, kalu
merajuk punya la susah nak pujuk. Port dia
nyorok blkg langsir… haishhh anak dara tu.
Vocab dia pun dah makin banyak. Dah boleh baca 1,2,3….. dah
boleh faham instruction kalu suruh dia buat apa2. Suka main bedak compact aku. *yg ni aku marah. Oops… Yaya
ada masalah sembelit, ada satu masa tu suami aku kena tarik kuar t**k tu. Pastu
kitorang cucuk ubat bontot kasi kuar semua…
Oohh… rayyan palk sejak dah 3 tahun ni, aku yg kena ikut
cakap dia ggrrrrr…. Dah pandai minta apa yg dia nak. Dah pandai marah yaya kalu
yaya buat salah. Mmg abang2 sgt watak dia skrg. Sgt cerewet ttg makan, tentang
pakaian. Masih tak leh tinggal kain busuk dan putting. Kalu takde 2 benda ni
time nak tido, mmg tak tido la jawabnya. Kain napkin tu dah mcm rupa kain
ngelap keta.
2 beradik ni time ok elok je bergurau, gelak sama. Tapi bila
time gaduh adehhh laaa stress jap aku. Ada je benda yg direbutnya. Rayyan mmg
takkan mengalah, Yaya la yg akan nangis dulu sblm aku bertukar jadi mak tarzan…
Korang tu je aku citer serba sikit. Ada masa nnt aku karang
entry satu2…hugs uols…
4 comments:
syok tengok anak2 membesar depan mata^^
: Langkah Utama Cegah Migrain
Sonok baca kisah yaya...byk dah dia pandai ye dari segi vocab...wauuu...2 bulan lg nak capai 2 thn...yeyyyyyyyyy....
rayyan sama la cam raees xleh tinggal puting kalau tido..kalau xde puting x leh tdo dy..hehe
Alolo..sweet je anak2 amy..rupa2nya yaya sebaya ek dgn aish?
Post a Comment