Monday, December 8, 2014

ativiti bersama anak: buat muffin coklat mudah dan resepi

since rayyan dah nak masuk 4 tahun apa je yang aku buat dia mesti nak buat jugak. tambah2 bila sesuatu yang kita buat tu dia rasa dia pun boleh buat.
 alahai anak oooiii...
tapi aku tahu ni jugak salah satu cara pembelajaran dia. 
secara tak langsung melatih otot2 dan motor tangan, jari dan otak dia.
 rayyan ni jenis mudah jugak mengikut arahan. 
so aku biarkan je dia buat. 
sesuatu yang tak merbahaya aku bagi je dia buat.
 biar comot, sepah aku boleh kemaskan.

so dari situ kita dah boleh tengok cara dia nak selesaikan masalah bila adunan muffin tu tumpah, cara dia fikir cemana nak bagi sama banyak sukatan setiap cup tu. 

aktiviti ni masa aku & dia demam minggu lepas. 
dah lama tak buat muffin coklat. 
ari tu dia minta aku belikan kek, tapi aku malas giler nak kuar.
 oleh kerana bahan2 semua ada. 
maka aku siapkan adunan tu dan bagu dia sudukan dalam cup muffin.

hasilnya ada yg penuh cup, ada yg melimpah ruah, 
ada yg setengah cup je, ada yang meleleh2 tepi cup.
aku tak kisah sbb kami je pun yang nak makan. 
bangga betul bila dia dapat siapkan 16 cup tu. 
tak abis2 citer abang buat kek...abang buat kek...

eehh korang jugak boleh praktikkan dgn anak korang jugak.





Bahan-bahannya:

A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 1 sudu teh nescafe
  • sedikit garam
B
  •   1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick
C
  • 3/4 cawan air panas
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  4. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing2 ya.
  6. utk hiasan boleh letak coklat cip, coklat rice, badam atau apa2 yang bersesuaian.

6 comments:

MOMMYLIN said...

seronoknya main masak2 ni... lin suka makan..tp malas buat.. uhhuuh

Aeen said...

bestnya....ain pun Raees suka sangat makan kek kak..tp mama dia ni malas betul nak buat...tgk rayyan tuang kek tu..rasa mcm nak cuba je buat pastu suruh raees letak dlm cup tu..heheh..

NM03 said...

gebus gebas nampak... ok, nnt kita try resepi kamu ye

MizzTina said...

nk tggu dak danish besar, nk main msk² mcm ni..hahaha

AMIIZAA@Mieja said...

tekunnya rayyan :)

Najib Ariyan Ali Basha said...

lepas ni boleh jadi chef lah dia

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015