hari ni dah 5 Ramadhan. cepat je kan rasa...
Semoga kita berjaya menghabiskan Ramadhan dengan jayanya bukan satakat berpuasa tetapi juga dengan ibadat2 lain.
jaga segala nafsu mata, nafsu telinga dan sebagainya...
ok, kali ni nak share ayam percik putih ori kelantan.
ni memang favourite suami saya dan saya sendiri jugak.
bila balik Kota Bharu MIL mesti order ayam percik ni utk suami.
dia nak buat pun dah tak larat.
dekat area rumah MIL ada yg ambil tempahan ayam perck putih ni.
jadi kalu tiap kali balik mmg ada jer lauk ni...
ayam percik putih ori kelantan ni saya buat weekend lepas.
sebenarnya kalu yg kuah kemerahan tu sbb masukkan cili giling je.
tapi saya lebih suka buat yg putih sbb anak2 boleh join makan skali...
weekend laa baru boleh masak beria skit. kalu weekday semua ala kadar je...
saya buat 3/4 ayam dari sekor ayam yang dipotong 4.
saya kalu nak masak masakan kelantan mesti terjak blog akak ni kak Azie.
tapi saya masak kuah putihnya pada malam selepas terawih.
senang sebab boleh rasa dulu.
kang kalu masak esoknya susah nak tahu rasa masin manis semua.
bila buat mlm nya boleh laa rasa dulu. dah balance rasa simpan dalam peti ais..
esoknya cuma kukus dan bakar ayam sahaja.
Ayam Percik Putih
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
Ayam belah 4
6 bawang merah
1/2 inci halia
1/2 asam keping
Garam dan gula
1 cawan santan pekat
1 batang serai
Ayam diperap dengan garam, bawang merah
dan halia yang dikisar.
Kukus hingga masak dlm 20 minit. (saya masak dlm pemanggang ajaib, air dari ayam akan mengukus ayam tersebut)
Susun dalam pemanggang dan bakar atas
dapur arang.
(saya bakar atas dapur gas je)
tumbuk bawang merah dan halia .
Masak bersama santan hingga pekat. Masukkan garam, gula dan asam keping.
saya letakkan sesudu tepung gandum untuk memekatkan kuah.
Kuah percik dilumur pada ayam yang dibakar.
Bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga percik melekat di ayam.
ni je bahan untuk kuah. asam keping tertinggal
campur semua bahan kuah dalam periuk. tgk tu santan pun tak sempat cair lagi.
proses membakar ayam... lebih sedap bakar dengan dapur arang.
saya hanya bakar atas dapo gas je
buat 3 keping. satu utk berbuka, satu utk sahur satu lagi saya frozenkan... boleh laa makan weekday berikutnya..dah jimat masa saya untuk masak 1 menu. comot pinggan sebab baru dicurah kuah santan.
6 comments:
sedapnya kak..boleh simpan resepi ni..suka gak makan..tp salu beli sbb tak reti buat..kikiki
Senang jer rupanya buat ayam percik ni ye kak.. sikit je bahan2nya.. cam terigin nak buat je tp hubby x suke pulak ayam percik cam ni..
akak.. saya nak try masak ayam percik hari ini! nanti saya pm akak kalau tak faham!
awak, belon tu kite belo kat waterpark tu. seketul tu 12 hengget. tapi kalu kat petronas dalam 6 hengget je. awak nak beli utk beday ke? kalu utk tu cer tgk kat kedai jual barang beday. ada dalam blog kita. jap kita tgk balik
ni wak...
http://my-niezzareena02.blogspot.com/search/label/tempahan%2Fbarang%20bufday%20party
mekasih untuk resipi ni. saya dok kedah tak jumpa org jual ayam percik putih...sedaaaappppp....
Post a Comment