dah lama tak post resepi kat blog ni kan...
bukan bermakna tak masak tu alahai...
sibuk sesangat. kadang2 tu amik gambar pastu peram dalam henfon.
lagi pun gambar dari henfon dah tak berapa cantik.
*motif nak telefon baru ni
mmg takde mood nk upload gambar hihihi...
ok..cerita brownies ni plak.. mmg sedap,
tak puas kalu setakat sepotong 2 makan tau.
kebetulan masa saya buat ni adik saya ada sekali,
so dia laa yg tolong saya . hihihi
ada pembantu sedap skit buat kek ni kan.
1/4 dia potong bawa balik kampus di dengkil.
sempat jugak antar kat jiran gojes saya, sape lagi kalu bukan CIKNA.
cheese dia mmg saya letak seketul terus dan mmg tebal dan rasa betul cheesenya.
tapi gambar yg potong saya lupa amik wooo... adeh ruginya.
kena buat lagi laa nampaknya...
resepi asal brownies ni sebenarnya adalah kukus tp
disebabkan pengukus saya kecik, mmg tak muat laa nak masuk loyang tu.
saya bakar dan guna teknik waterbath.
teknik waterbath tu adalah dengan memasukkan air dlm alas loyang tu.
bukan dalam loyang kek tu tau.. jangan silap paham plak.
kalu konpius korang google okeh..
Brownies:
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula castor
Sedikit vanilla
Bahan-bahan yg diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
Lapisan Keju:
500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula halus
Sedikit esen vanilla
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula castor
Sedikit vanilla
Bahan-bahan yg diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
Lapisan Keju:
500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula halus
Sedikit esen vanilla
cara-cara:
1.Sapu
acuan berukuran 7 x 7 inci dengan marjerin atau mentega. Alas dasarnya
dengan 2-3 helai kertas minyak . Tinggikan kertas
minyak di dua sisi loyang supaya mudah untuk keluarkan brownies cheese
bila dah masak nanti.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Ketepikan
3. Satukan telur, gula, susu cair, susu pekat, vanilla dan minyak dalam mixer.
mix perlahan-lahan hingga sebati dan gula hancur.
Masukkan bahan-bahan yang diayak tadi dan kisar lagi perlahan-lahan hingga sebati. Jangan overmix yer kawan-kawan
4. Asingkan
sedikit adunan coklat tadi sebagai hiasan atas lapisan keju nanti dan
tuangkan adunan yang selebihnya ke dalam acuan dyang disediakan tadi.
Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 20-30 minit hingga masak.
Balut tudung pengukus dengan kain supaya air wap tak jatuh atas
brownies. Kalau nak bakarpun boleh tapi kena guna kaedah waterbath yer
kawan2
5. Sementara
menunggu lapisan brownies masak, sediakan lapisan keju. Masukkan 500g
cream cheese ke dalam mangkuk adunan.
6. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
7. Masukkan pula telur sebiji demi sebiji dan vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
8. Bila lapisan brownies dah masak, tuangkan adunan cheese di atasnya
9. Titiskan
adunan coklat yang diasingkan tadi ke atas lapisan keju. Saya suka
corak yang simple saja. Kalau kawan2 nak bt design lain pun boleh
10. Guna hujung lidi untuk melorek adunan. Kukus lagi selama 20-35 minit dengan api sederhana sehingga masak.
Sejukkan sebentar brownies cheese sebelum dikeluarkan dari loyang.
Lapisan
kejunya lebih tebal berbanding lapisan bawah. Kalau kawan2 prefer
lapisan atas yang lebih nipis, buat separuh adunan saja untuk lapisan
keju iaitu dengan menggunakan 250g cream cheese, 2 biji telur (gred B),
70 g gula dan sedikit vanilla
.
.
dah siap bakar. mcm ni laa rupa parasnya...
adik saya tengah melorek corak atas cheese...
gambar ni saya amik dari fb Mufidah. saya punya lupa nk amik masa potong. just nak tunjuk lapisan cheese yg tebal dan mmg terasa cheesenya tau uols...
2 comments:
sedapnye lahaiiii...cam nak buat jew...tq share resepinye :) (mata bersinar)
sedap! saya sorang je hadap..hahaha.. tQ kak susah2 anto
Post a Comment