Thursday, September 1, 2016

bila Faris sakit...

pada 22/8/2016 kami balik kerja seperti biasa dan menjalani rutin harian hari kerja. malamnya suami menyuarakan untuk ke klinik. pada raut wajahnya mmg nampak ada ketidakselesaan di situ. dan saya bertanya boleh ke drive sendri? kalu nak pegi klinik baik cepat nnt kul 10 klinik tutup. walaupun ada klinik 24 jan dia lebih selesa dengan satu klinik tu ...[alaaa... lupa plak nama klinik tu]

lebih kurang 10.30 dia balik. saya dan anak2 dah siap nak tido. tetiba kul 11 lebih dia nak ke klinik lagi.. terus rasa cuak. kenapa??? dan saya dapatkan dia mmg tidak selesa sangat.

ok. dia terus ke klinik MediPrima di Sri Gombak.. tapi dia tidak tido di bilik lepas balik di klinik. hanya lepak kat bawah. lebih kurang pukul 2.30am skali lagi dia kejutkan saya nak ke hospital. bingkas saya bangun. berkali2 saya tanya samada boleh atau tidak dia drive dengan keadaan mcm tu. saya packing sepersalinan pakaian, incase kalu warded. 

kul 5.00 pagi dia call saya minta bukakan pintu. ward penuh katanya. 
dia dah buat appointment dengan doktor kul 9.00. 
pagi tu nampak dia tido sangat lena. pukul 8 lebih saya kejutkan dia untuk ke hospital.

selepas jumpa doktor pakar [saya di opis masa ni] baru lah doktor bagi ubat untuk fliush segala isi dalam perut untuk lakukan proses untrasound, kolonoskopi & skoop. 
seram sejuk saya mendengar bila doktor bertanyakan history family yg ada penyakit kronik mcm kanser, ulser, radang usus dll.  mcm2 benda terlintas masa tu.
 mmg tak terjangkau nak pikir.

malam tu suami nak tido di hall bawah. 
so saya dan anak2 pun turut tido kat bawah jugak. bagi sokongan kat dia.
 sebab dia akan berulang alik ke toilet... 
sebelum2 ni pun kalau salah sorang anak2 sakit, kitorang mesti tido bawah. 

esoknya saya meneruskan rutin seperti biasa, hantar yaya & rayyan kt sekolah & BS. 
kul 11 pagi saya keluar semula untuk ke hospital menjenguk Faris.  
masa tu dia baru lepas selesai buat segala rawatan.
alhamdulillah... mamai2 je dia tengok saya masa tu. 
ubat bius masih kuat. masa tu laa saya sempat selfie. hihihi...

tak sempat borak lama sebab keadaan dia masih lemah disebabkan ubat bius.
 kul 12.30 saya balik semula ke opis. 
dan saya minta kebenaran untuk balik awal untuk amik faris di hospital.

hasil penjelasan doktor mengatakan faris hanya mengalami sakit gastrik yg teruk & kronik sahaja. alhamdulillah sgt2. rasa lega dahh... 

lepas ni perlu jaga makan & jaga kesihatan... 
mungkin silap saya juga kerana tidak menjaga makan dia sejak akhir2 tu...






2 comments:

diary_ciknaa said...

semoga suami kak amy cepat sembuh sepenuhnya..

Mila Ahmad said...

gws suami akak. be strong k.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015