Wednesday, January 2, 2013

Review D' Kayangan Steamboat

assalamualaikum...uols tak terlambat lagi rasanya aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru. entry pertama di tahun baru. semoga dengan azam baru di tahun kita akan terus bersemangattt. ceewahhh...

ok ni aku nak bagi restoran yang ala2 kunun femes emes. lps balik keje (aku balik awal hari berkenaan) bergegas kitorang ke sana. mcm kebulur plak. hehehe... benonya aku dah booking utk buffet ni. kuar awal sbb tak nak bersesak2 dengan org lain yg balik keje. kitorang bertiga aku, hubby dan abg ipar. dengan perut yg kecut sbb pas ni akan jadi perut stokin. kami customer pertama smpai setelah sesat ntah ke mana2. eehh bukan sesat, tak jumpa tempat je!! sampai pukul 6 terus cari meja yang dah booking. kami disambut dengan Bangla2. semua staff situ Bangla!! sabar je laa. dah mcm mkn kat Bangladesh daaa...

dapat meja terus menjala, memancing bahan2 steamboat kat island. punya laa banyak pilihan yang ada. dari makanan laut, makanan darat. daging lembu, ayam, perot, hati pedal, kambing mmbekkk, pelbagai jenis parabola bebola, segala jenis species haiwan bercengkerang. sumbat la dalam perut selagi mampu, selagi tak rasa nak termuntah. TAPI kalu tak abis kena bayar wehh 100g=RM10. oleh itu JANGAN MEMBAZIR!!!

bagi aku yang kaki steamboat ni, hmmm apa nak komen eekk.. indah khabar dari rupa kot. sedap lagi steamboat yang kat pasar malam. bagi aku kebanyakan restoran yang TV3 Jalan-Jalan Cari Makan adalah BIASA JE,  cehhh... bajet bagus mcm la aku slalu dok review makan kat restoren bagai.. padahal sebulan skali nak makan kat luar pun susah. nampak sgt stetement tipu. benonya sebulantu ada la 2-3 kali tapi kt kedai besa2 je. 

so bila kami dah bertungkus lumus cari tempat yg best makan tp makanan tu tahap biasa atau pun aku masak lagi sedap. ni statement nak kena penampo!! rasa macam kecewaaa sgt2. favourite steeamboat aku kat restoran Johnny je. pastu ada la 2-3 restoran lagi. pasni kalu nak makan steamboat pegi je kat johnny. tak payah nak try2 tempat lain. hightaste ke aku ni??? pastu plak kan tempat island kita nak pilih tu ada lalat HIJO. eeiii...... korang tahu kan lalat HIJO tu dari mana?? yang aku nak cakap kat sini dari segi fresh tu jatuh 1-2 bintang je kot. lebih2 pulak aku review, kang kena saman plak. korang yang nak try bole je ke D'Kayangan. buffet ni RM24.90++ 1 pax.


 kelihatan encit somi dan abang ipar sedang menjala. masa ni awal lagi, kami je bermaharajalela....

 deretan bola2 dan lauk mentah. kat area ni la byk lalat HIJO tu.

 Bangla ni pun interprem dlm blog aku.

 pelbagai jenis sos. tapi agak kecewa sbb setiap sos tidak dinamakan. mana laa kami tahu itu sos apa... ini sos apa.  D'Kayangan kena upgrade lagi. letak la nama setiap sos tu.

 pelbagai jenis parabola

 pilihan banyak tapi.....


 sayur mayur ni kami tak sentuh pun. aku takat snap gambar je laaa

 air kordial dia rasa mcm air yang jual kat kantin sekolah. ada ABC jugak.

 eskrim pon ada wehh.

peha kambing tergantung. rasa ok-ok je....

yang bagusnya ada surau. so lepas mkn kenyang2 bole solat dulu pastu sambung makan balik.

5 comments:

Mayudi + Asniza = Alya + Alesya said...

kami pun dah pergi steamboat nih,, mgm kureng,, kambing golek dia pun,, masin,,,,

ameris said...

frust kan... rasa mcm tak berbaloi. huhuhu

::EIDA:: said...

Kalau makanteamboat ni, kene kosongkan perut kaw kaw kan kak... heeee

ieza ashaari said...

alergy seafood !!! hubby bising klu za ajak.. sedih je..

MizzTina said...

sy kurang gemar mkn stimbot..xtau ngape..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015