http://amerislovely.blogspot.com/2013/03/bahaya-rotavirus.html
http://amerislovely.blogspot.com/2013/03/yaya-kena-dulu.html
http://amerislovely.blogspot.com/2013/03/masih-di-hospital.html
lepas subuh pagi ahad tu terus packing2 macam nak gi bercuti sbb dah tau confirm admitted. sampai di emergency doktor terus bg treatment untuk demam, cucuk tangan masuk air. rayyan nangis takyah cakap laa meraung2 sampai hilang suara penat. terus call dokor paediatrik Dr Khairul Zaman. nasib baik la doktor khairul available on call.(nasib baik aku tak jadi doktor, tengah senang lenang dengan family kena on call, spoil jek. chaaiiitt, result pn cukup makan ada ati nak jd doktor)
dan sekali lagi kami berumahtangga di spital. sangat2 mencabar jiwa raga dan hanya bole sabar..sabar... dan sabar bila menjaga rayyan masa ni bila dia mengamuk tak nak tangan di bandage dan melayan karenah dia. bila admitted cirit birit dia makin kerap 5 minit, 10 minit skali.berulang ke toilet cuci dengan heret tiang air tu. mengamuk lagi budak tu. cadar bertukar berapa kali pun aku tak ingat.
hari ke-2 keadaan rayyan tak berubah. cirit masih tak berkurang. sehingga abis cadar, selimut, bantal kena skali bila dia tido meniarap. bau pula Masya Allah tersangat la busuk sangat tak leh citer. sampai bau tu lekat kat langsir dan badan aku skali. aku sendiri rasa nak termuntah. time ni mencabar lagi bila nak cuci rayyan. terpaksa gulung2 kan baju rayyan sebab takut terkena muka dan rambut dia. bayangkan kul 2 pagi masa ni.
misi pulak masuk bilik 2 jam skali cek temperature, oksigen dan tekanan darah rayyan. mengganggu betul tido aku wpun tak lena sgt pun tido.
Rayyan dan suami. bilik tu untuk kami 1 family je..
nasib baik masa rayyan dan suami admitted, acik jaga yaya. 5 malam jugak yaya kt rumah acik
cian kat rayyan, penat sampai tertido sbb cirit. dia mmg tak selesa tangan dia mcm tu.
rayyan dan suami discharge pada hari khamis.hampir 10 hari kami berkampung di hospital. dah boleh tahu murse mana yang rajin, nurse mana yang cekap, nurse mana yang malas, nurse mana yang buat keje ala kadar.... nurse mana yang buat muka bila aku asyik tekan bell untuk tukar cadar sebab kena najis dan muntah rayyan.
so korang semua... please...please yang ada anak2. BE CAREFUL bila bawa anak jalan2 bercuti kat hotel mandi manda kat swimming pool. sebab pool yang tak well maintanance akan menyebarkan ROTAVIRUS. walaupun hotel yang aku duduk tu bertaraf 5 bintang. dan inilah yang menjadi punca suami dan anak2 aku berkampung di hospital.
view dari bilik kat hospital. kalu dah tak lalu makanan kat spital turun je kat bawah kedai mamak 24jam.
nampak jugak la KLCC suram2 gitu
agak2 bosan gi je karaoke... (dalam keadaan mcm ni tak lalu nak apa2 pun wpun shopping kompleks KL Festival bole jalan kali je beb)
paling suka dengan nurse ni. buat keje pantas, cekap. takde buat2 muka bila tekan bell.
4 comments:
tabik spring dgn akak..
nory baca pon dapat rasa cmne susahnya akak nak menguruskan anak2 yang meragam sebab sakit...
alhamdulillah, yaya, rayyan and suami akak dah sihat kan...
pasni jgn mandi kat swimming pool lagi, beli kolam belon sendiri pastu mandi kat rumah je...
hehehehe
kesiannyer bila 1 family kena..nasib baik hospital itu selesa huhu..
menu dia pn lazat2 ;)
nory, kolam belon tu dah ada pun kat rumah.
baru skali guna... huhuhu
tu laa pinky momma, mmg teruk laa
Post a Comment