Pages

Monday, July 29, 2013

yaya pulak sakit


minggu sudah aku ada citer pasal rayyan yang tak sihat n3 SINI. minggu lepas yaya pulak yang kena. yaya lagi teruk pakej lengkap batuk, selsema, demam & asma. bila budak2 tak sihat aku pun benonya tak sihat jugak. mau nya ta.... 2 malam tido gitu2 je, kepala dah ting tong. ari ni plak keje. adehhh laaa dugaan sungguh di bulan puasa ni.  yang paling teruk sabtu malam tu aaarr... lps maghrib aku nekad kena gak bawa dia gi klinik, sbb napas dia dah lain mcm. lepas amik neb nampak ok, yaya pun main2 bila balik umah  kol 12.30 tgh malam lagi skali gi klinik. budak tu dah nampak tak keruan, merengek2 tak leh tido. napas pun semput. risau aku weh.. nasib baik rayyan tak tido lagi. hangkut semua gi klinik. nasib baik lagi kat klinik tu takde orang,  terus je panggil nama yaya...

malam tu nampak lena sangat yaya tido. tp aku jap2 jaga, jap2 jaga. cek yaya... hahh ko. kul 2.30 dia demam, dah gelisah takleh tido. pusing kanan, pusing kiri. pastu panggil "mimi....mimi.... " (yaya panggil aku mimi)

dah aku kalut kejutkan suami, cepat2 basahkan towel tekap kat dahi dia. buatkan susu, tepuk2 yaya tido balik. mungkin selesa skit ada towel kat kepala. aku mmg dah takleh tido dah... dok monitor yaya je sampai la kul 4.30 nak sahur.

laju2 panaskan lauk dan nasi. cik suami turun dkali dgn yaya. lagi skali badan dia makin panas. cuak okeh. sahur laju2 sbb nak bagi yaya ubat montot, ubat batuk dan selsema. pastu mandikan dia. yaya nampak selesa lepas mandi. then aku buaikan dia, sampai kul 10 dia tido aku pun tido skali.

ahad, 12.30 tghari bawa gi klinik lagi. amik neb lagi.doktor kata mmg terus sgt asma yaya kali ni. doktor suh datang lagi petang nanti... ubat yaya 6 jenis semua. lepas bagi ubat terus dia lalok, masuk buai terus tido. aku pun tido gak jap, amik energy nak masak jap lagi.

masak laju2 sotong kari, kailan ikan masin dan cencaru goreng. cukup utk buka puasa nanti.
nasib baik sempat siap masak.

lepas asar lagi skali yaya amik neb. doktor kata jauh beza dari tadi. yaya dh ok. tp doktor suh datang lagi pagi ni. huhuhu aku lak keje. kalu acik call yaya semput lagi, aku terpaksa bawa yaya gi klinik lagi.


#nasib baik yaya ok je masa amik neb, memula nangis gak... naluri bila jadi mak ni mmg cepat risau bila anak sakit.

Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday~Anak beranak fitting baju raya BAK



sblm tido semalam sempat fitting baju raya yang beli kat BAK ritu. Tema tahun ni pinky-pinky...
baju aku sama ngn Yaya. wehh Yaya punya RM79 ko... pengsann mokcik nih.. nasib baik pokcik yg bayor.

 

 






Tuesday, July 23, 2013

lagi baju kurung murah ready made jalan TAR buat gi opis..

aku ni hari2 lalu jalan TAR time petang balik keje. skrg mmg hapenning aaarr kat jalan TAR tu dengan mcm2 benda untuk hari raya nnt. dari pakaian, hiasan rumah, kuih/biskut, kasut, tudung daln mcm2 lagi laaa. memang meriah laa jalan TAR tu setiap tahun bulan puasa. kira mcm syurga membeli belah laaa giteww.. setiap hari aku rasa mcm lautan manusia kat jln TAR/Masjid India tu.

jumaat lepas, aku rembat lagi sepasang baju kurung murah. RM70 je beb.. siap ada sulam2 kat tangan dan baju. semalam terus pakai gi opis. beli yg readymade je senang. skrg nak jahit baju kat tailor giler mahal wehh. kadang2 tu antar jahit kat rumah orang pun boleh kena RM50 untuk upah jahit baju kurung biasa.
 rasa nak rembat sepasang lagi je kaler hijau...



nota: wehh... blkg ni port tido aku & kawan2 time pose.blkg tabir tu balai polis jalan travers. opis aku tingkat 17. blkg aku berdiri tu berderet bantal.

Monday, July 22, 2013

weekend yang buhsan

korang masak apa? buka kat mana? jalan2 kat mana last weekend?
aku rasa buhsan giler, 2 hari cuti tak cukup tambah2 pulak rayyan tak sihat. haishhh... budak tu kerap pulak demam & batuk skrg. baru 2 minggu lepas demam & batuk. minggu lepas kena lagi. ni pun silap aku jugak bagi dia minum ais.

kisahnya masa nak berbuka ari jumaat petang tu aku buat air blackuurent. 1st time bagi rayyan minum air blackcurrent, tak sangka pulak aku bergelas2 dia minum.

sabtu tu dia dah start batuk2 mild je. petang pulak badan dia dah dedar2 panas nak demam. aku dh start bagi ubat demam. plan nak dating dengan aty nak amik menan budak2 tu terus terbantut.

tp sabtu aku sempat masak nasi tomato dengan set2 lauknya dengan puding roti+sos coklat resepi puding roti SINI (sebab nak abiskan roti yg dh nak expired dan stok susu HL sebelum expired) resepi nasi tomato refer SINI... dalam anak dok merengek tu berjaya jugak. yeayyy... tepuk utk diri sendiri....sempat jugak call acik suh datang amik set nasi tomato aku. pahala besar tau bulan2 puasa ni...

aku suka masak awal. kira kul 12 aku dah start masak mcm nak makan tengahari ko. aku syak mesti jiran sebelah cuak, kul 12 aku dah ketung ketang kat dapur. kikiki... sebabnya petang tu dah leh rehat depan tivi, layan budak2... petang kang si rayyan mesti "jommmmm" nak ajak kuar naik keta. tah tau maksud bosan agaknya bila seharian berkurung dalam rumah.

set nasi tomato hari sabtu; gulai daging, ayam merah, pajeri nenas
desert: puding roti+sos coklat hersheys
malam tu pulak batuk rayyan mcm makin kuat pulak, dah mula tak leh  keluh kesah tak leh tido. beberapa kali aku terjaga malam tu sbb dengar nafas dia semacam. aku ni kalu dia demam mmk cuak sikit. takut yang dulu tu berulang. baru feeling nak bermalas-malasan ari ahad bangun lmbat sikit. lepas solat subuh tu cik suami bawa dia gi klinik kat prima gombak.

balik klinik tu rayyan qadha tido sampai kul 2 petang. lega sikit bila nampak dia selesa tido. kalu anak tak sihat mmg la 2 hari cuti tak cukup weiii...

ahad pulak aku masak simple je; sayur lemak labu, ikan masak taucu, eehh acik(pengasuh rayyan) ada bagi tomyam semangkuk besar ko. leh wat buka ngn sahur. tu pun ada belen lagi..

bosan kannn cuti weekend aku. nak cuti lagi jekk. apsal cuti weeked bukan 4 ari keje 3 ari je... (dah mula start merepak aku ni.

ok.bai...

Thursday, July 18, 2013

Iftar @ Flora Cafe bersama blogger..

sabtu lepas, aku dijemput untuk satu food review buffet di Flora Cafe Ampwalk. heyyy korang dah lupa ke kan tempat ni aku celebrate birthday suami aku dan jugak celebrate anniversary kami. memang sangat2 meriah tau.. so bila dapat invitation ko mampu nak tolak ke?? no...no...no...
kali ni blogger yang join hangkut skali laki masing2, yang ad
a anak siap bersilat gayung bg anak makan aku ler tu... sibuk main eskalator kekdahnya... nasib baik ruang Flora Cafe yang amat selesa, luas buat anak2 aku tenang nak berlari-larian, panjat tangga sana sini... kohkohkoh...terbatuk2 aku ngejar diorang.
dengan deco munga-munga buat korang rasa ohsem sesangat ala-ala wonderland gitew. takder nya crowded nak berebut makanan bagai. yang paling special tu siap ada air zam-zam lagi setiap meja. buffet Ramadhan ni sehingga 5 Ogos yer... so cepat2 set date kat smartphone korang untuk buffet di sini.
lagi satu satu lepas buka puasa tu korang boleh solat maghrib kat tempat yg disediakan. giler selesa tempat tu. econ lagi, karpet tebal tenggelam kaki. rasa terus nak terawih kat situ jer...

k dapat buffet Ramadhan dengan harga dewasa RM45++ dan kanak-kanak 6-12 thn RM20++ dengan makanan yang maha banyak buat korang rasa nak melekat je kat situ dok ulang2 makan...
Kalau tak sedap takdenya aku dok ulang2 datang sini okeh... menunya juga adalah berlainan setiap hari...
3 jenis air: air mata kucing, air Jimi Asmara(gabungan padu sunquick & pisang) dan air lemon

deco buffet mengalahkan kat hotel 5 bintang beb...candle sana sini sinun...

rojak buah sedap giler...



seafood platter...




pemandangan dari atas, apa2 event boleh buat kat sini; wedding, baby shower,birthday etc..

wehh korang Flora cafe ni bukan takat cafe je... mcm2 ada tau



yaya dah terpegun tengok gambar hewan ni...

 
geng blogger kalu dah berjumpa mmg lupa diri. bergambar tak hingat. semoga berterusan ikhwah ni selamanya....

Wednesday, July 17, 2013

contest wall-deco-percuma dari http://www.nadiafarahida.com/ jom join korang!!

dari minggu lepas lagi nak join contest NADIA ni tp dok bz tak nyempat nak buat entry khas untuk contest ni...pastu bila MILA, NORY, DAN IEDA bertalu2 buat entry pasal wall deco ni, eehh mamapinky buat buat entry jugak laju2 taip buat entry. sape  tak suka barang free wehh, kebetulan aku skrg ni tgh mencari idea utk makeover bilik kami laki bini (masterbedroom) dan tetiba NADIA  selaku Manager Blogger untuk wall makeover by na berbesar ati mencari 3 bijik rumah untuk dimakeover. boleh buat beraya dengan rumah baru makeover. korang tak nak ke???

saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk di make over Wall Make Over by Na dengan design pilihan aku ini kerana aku memang tengah mencari idea untuk makeover masterbedroom aku. mmg buntu sesangat sebab aku adalah mak yang berkerjaya dengan limited masa nak buat deco2 untuk bilik. pernah cuba cari stiker yang tampal tu tapi budak kecik tu pulak gatal tangan dok kopek2 stiker tu. sedey wehh sebab nak menampal stiker tu punya aku gigih mengukur dan setting bagai. iyer lah kang terkoyak abis semua. (mmg dh terkoyak pun). dah jadi makin huduh pulak. huhuhu

aku harap jika menang nanti bilik tu akan menjadi favourite room suami dan nak buat ala2 surprise la. aku nak bilik kami nanti menjadi bilik ala2 resort hotel yang mewah gitew. takde la nampak dull dan plain jer...

nadia, please pilih akak. hukhuk... nak buat suami teruja, kagum dengan binik dia nie.  bilik tido suami isteri kan private room. so biarlah ianya nampak special. bila dok dalam bilik rasa mcm tak nak kuar. (ehemm...ehemm...)

ni dia corak pilihan aku... kebabommmm sgt kan... giler ohsemmm...


Syarat-syarat nak memenangi pertandingan ni senang je, follow je step kat bawah ni..
1.Like Facebook Fanpage Wall Make Over by Na (klik)
2.Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage yang korang berkenan untuk buat dekat dinding rumah korang.(rujuk album di FB Wall Make Over by Na )
3. Buat 1 entry di blog masing-masing , attachkan sekali design yang korang dah pilih siap-siap dari FB fanpage tadi dan sambung ayat ini "Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk di make over Wall Make Over by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................................................................................................................

*DONE semua step kat atas. korang, meh la join ramai2...

Rutin setiap minggu

aku ni kan...rutin yang paling aku malas nak buat ialah gosok baju dan lipat kain. gosok baju ok lah lagi compare dengan lipat kain, skali ko skip lipat kain terus beranak2 kain tu tak berlipat dari sebukit jadi segunung. dari segunung jadi bergunung2. pitamm*

nak ke tak nak ke kena jugak buat rutin tu setiap minggu. 
biasanya tiap2 minggu , suami pesti hang baju yang dia nak pakai sepanjang minggu tu kat penyidai tu, jadi pandai2 aku nak gosok terus 5 lai on weekend ke ... nak gosok setiap hari selai ke, semua ikut kepandaian aku ejas masa. ..ceeewahhh...
kalu bebudak tu tak banyak songeh aku gosok 2 lai ari sabtu, 3 lai hari ahad. kadang2 time mood aku ok aku terus gosok 5 lai. tapi suar suami gosok sendri. yeayyy... 
sikit hepi sbb kurang skit beban aku menggosok... malas cemana pun tetap kena gosok wehh... kang pakai baju tak bergosok, tempias aku yang kena. silap2 ada yg kata "pemalas giler binik dia tu, baju lakik pun tak bergosok." so untuk menjaga nama suami dan jugak aku kena la gigih setiap minggu menjalankan tugas menggosok nie...
untuk baju keje aku plak aku cari yang paling minimum menggosok. kalu takyah gosok langsung lagi bagussss...  kan... so takde nya aku nak bersutera bagai walaupun baju sutera Terengganu aku banyak jugak dlm lemari tuh..

buat masa skrg aku cuba nak ejas masa lipat kain pagi, tapi tu laaa bebudak tu bangun sama ngan aku pulak. so cemana laa aku nak menjalankan tanggungjawab aku. bila dah tinggi menggunung tu lagi la mengundang kemalasan tapi tetiba aku tgk semua kain dah clear berlipat.. tq suami... peluk ketat2.

biasanya sabtu & ahad 3 kali kot basuh baju. pastu berselang hari. begitulah setiap minggu...
towel setiap minggu basuh. cadar/sarung bantal 2 minggu skali...

 baju suami aku ready untuk di iron.

baju2 ni nampak je banyak sebakul besar, tp bila dah lipat ciput je pong... psiko je tuh.

#korang yang ada anak kecik, bila masa lipat baju ekk?? baju laki pulak antar dobi ke basuh kt rumah je?

Monday, July 15, 2013

baju kurung murah buat basahan gi opis... boleh laaa

aku ni jenis kalu boleh hari2 nak pakai baju baru jer... kalu pakai baju baru semangat je nak buat keje. tu aku laaa murah pun tak kisah, janji baru. hihihihi...

aku hari2 lalu Jalan TAR/ Jalan Masjid India  masa balik keje je sbb opis suami kat area tu. kalu dia amik aku, aku tak leh jamu mata sambil cuci dompet. ko nampak tak kuasa wanita bila bab shopping tu... ppfftttt...

 

baju ni aku beli kat area situ laaa, stok dah banyak giler sbb musim raya kan. baju RM50 je sepasang takkan ko nak tengok je, kuality pun ok jenis cotton biasa tu, bukan yg mahal beratus. kaler shocking pink. kan aku dah kata buat basahan buat gi opis je...

Sunday, July 14, 2013

Restoran Hj Sharin Low- masakan khas cina muslim

takde niat nak wat korang terliur sebenarnya. aku tulis entry ni sehari sblm puasa dan ni adalah schedule entry memandangkan aku mmg sibuk sgt nak buat entry.

ok, isnin tu aku mc demam batuk dan selsema. pakej lengkap untuk jumpa doktor dapat mc. cik suami yang mmg amik cuti untuk servis keta terpaksa melayan aku yang mengidam nak makan masakan cina. wahhh... korang nie... aku sebut mengidam je terus saspek aku pregnen. buat masa skrg masih lagi terkunci rapi.

apa ko merepek ni amy wooiitttt...
restoran ni dekat giler dgn kawasan rumah aku.dan merupakan laluan utama kitorang setiap ari. asal balik keje je mesti penuh aku tengok kat restoren cine ni. konpius gak aku sedap sgt ke???

benornya lepas balik dari Guangzhou kat entry SINI dulu, tekak aku mmg tak lalu nak mkn masakan cine ni. kt GZ dulu mmg tak sedap tau masakan. kebanyakan rebus2 dan stim je jenis masakan masa aku gi GZ dulu. so mmg out pada tekak aku. tp bila tgk restoran ni asyik penuh je nakkk je aku try.

nasib baik demam, ada org melayan tekak aku. kikkiki... tq cik suami.

menu dia giler banyak, bila tgk menu dh tak tau nak oder apa & tak tau mcmana rupa masakan tu... kalu yg biasa2 tu kitorang tau laaa..kalu yg bahase cine tu mmg tak tau laaa.. jadi untuk langkah selamat. kami oder yg biasa2 je. nak test la katakan..






 bapak banyak menu kat restoren hj sharin low ni... pandai2 la korang pilih yea

 udang nestum

 tomyam seafood. giler best. bukan mcm yg korang makan kat kedai siam biasa tu. lagi best yg ni..

 daging kicap blackpepper dgn sos apakebenda ntah... sedap giler. tido malam tu teringat2 rasa dia.
 tak tipu okeh!!

aku oder lai chi kang. suami oder longan+kelapa laut. lei chi kang mmg beza dgn yg korang makan kat kedai siam. mmg betul2 best.


lokasi restoran ni kat sri gombak. dekat bukit antarabangsa, ampang pun ada jugak cawangan. alamat korang google ye...

 
#len kali bole datang lagi. pilih menu lain pulak. puas hati sesangat....

Friday, July 12, 2013

coretan di bulan puasa...

kat FB, blog, istagram semua pakat dok upload gambar makanan dan citer menu ttg puasa & sahur. giler meleleh tgk korang masak sedap2 semua.  aku??? haii..bulan puasa thn ni tak nampak gaya nak bertarung dengan periuk senduk masak utk berbuka. nak buat cemana, tahun ni bulan puasa jatuh time aku buzy kat opis dengan dokumen annual return dan account. peak period bebbb!!! orang lain best je buka pose dgn family aku bergelumang dengan keje. adehh laaa. minggu depan lak orang lain dah balik terawih aku mungkin masih di opis. rapat sampai nak raya tau. nangess makcik. iskkk...iskkk...

hari pertama berbuka, mencabar minda dan kederat. sampai lagi 5 minit nak azan. budak2 pulak time tu nak nak berdukung la, ajak main bola la... stress mak ooitt... yg sorang tu pulak nangis melalak tak tau nak hape. sudahnya kul 8.45 aku baru dapat makan. huhuhu.... dugaan bulan puasa. sabar...sabar... jadi mak ni mcm ni laaa.

sahur hari kedua. aku dok keletang keletung masak nasi goreng, tetiba diorang dah bangun. sudahnya 4 beranak bersahur bersama. rayyan pulak makan bertambah. dia ingat mcm bekfast kot mkn nasi goreng. padahal pukul 5 pagi wehh... yaya pun makan sama. lalu pulak budak2 ni makan waktu camni. nasib baik aku masak lebih.

hari ke3 baru aku dapat berbuka dengan aman damai. tetiba budak2 tu dok layan upin ipin waktu berbuka. rayyan sampai ketawa terkekek2 sorang-sorang. konpius jap aku. kelakar sangat ke?? aku tak suap pun nasi kat diorang sbb diorang dok makan biskut cream crakers sampai berkeping2. kira kenyang dgn biskut tu laa korang. nampak beno aku pemalas nak suap anak nasi. abis tu kalu dah abis 4-5 keping aku suap nasi mesti dh tak nak...

oohh... walaupun aku tak sempat nak masak semua lauk bukan dari PARAM. aku cater terus dgn pengasuh rayyan & yaya. suh dia masak lebih je. tak kisah telo goreng ke...ikan goreng ke... apa yg diorang berbuka tu jugalah lauk kami.  tak perlu byk2 satu lauk, satu kuah dah cukup.aku bayar kat diorang je acik kata takyah bagi duit, niat sedekah. mana boleh lauk basah mahal skrg wehh... TQ to acik. dia sedekah kat aku, aku sedekah kat dia balik. boleh gitu??

so takyah risau lauk PARAM yg semalam ke, basi ke, hape ke. masa  nk balik semalam aku sempat beli samosa kat area opis ni. seketul 80 sen. konon samosa ayam, samosa daging. bila balik hampeh tak nampak pon ayam ke daging ke, rasa jauh sekali. lipatan2 samosa tu je yg buat samosa tu jadi besar. sedeynya.  cakap lelebih kang kurang lak pahala pose aku ari ni...

bestnya esok lusa cuti. dah plan dalam kepala otak nak masak apa. lalalalala....

sekian....

hari pertama sahur: ayam sos tiram + telur dadar


hari pertama bersahur dengan 2 kiddos. nasib baik 2 kiddos tu bangun sebaik sahaja azan subuh berkumandang. kira lega lah sbb dh siap sahur dan basuh segala pinggan mangkuk.

aku bangun kul 4.40. terus basuh muka, gosok gigi. masak nasi dulu. pastu goreng ayam sos tiram dan telur.
giler berselera sahur wehh. rasa mcm nak tambah nasi tp dah abis, kengkonon tak lalu makan. tp dah dasar pemakan tak kisah kul brapa pun aku lalu jer makan tambah pulak nasi panas2 nyummmm...

korang masak meriah ke sahur? aku dgn cik suami mcm ni dah ok.

ni aku share resepi ayam sos tiram versi campak2 yang paling mudah di abad ini.telur dadar tu xyah la resepi, kang ada yang kena penampo puasa2 ni.. kan dh kurang pahala...

AYAM SOS TIRAM VERSI CAMPAK2

 BAHAN2:
ayam- potong kecik2 (perap dengan garam+kunyit)
           aku dah perap siap2 malam tu, jadi pagi terus masuk kuali je
bawang besar holland- 1/2 labu dimayang
bawang merah kecik- 1 biji dihiris
halia-4 hiris(byk lg bagus)
bawang putih 2 ulas
sos tiram - 3 sudu besar
kicap- sesudu kecik.
cili api - 2 biji tumbuk sekadar pecah (aku tak letak)

CARA2:
1.  goreng ayam smpai sedikit garing.
2. buang skit minyak agak2 tinggal dalam 3 sudu besar.
3 campak semua jenis bawang, halia dan cili, bila dah layu masukkan sos tiram & kicap. kalau agak kering masukkan air sikit.
4. dah siap, boleh hidang makan dgn nasi panas2....


Thursday, July 11, 2013

Event: Philips smart kitchen blogger cooking workshop!!

tq to http://www.pinkymomma.com sebab invite aku untuk event ni. maghrib dia call ajak aku attend event ni. memula mmg xnak pegi sbb anak2 tak sihat, aku pun dah start selsema. tp bila pikir event masak2 laju je stuju tak cik suami pun mengizinkan.tambah2 lagi bila kebanyakkan barang2 letrik kat umah aku pun guna PHILIPS. tak mampu aku nak tolak wehhh....

giler excited tekad redah Federal Hiway cari tempat event tu. nasib baik tak sesat, sedang2 elok je timing aku sampai.

semua blogger dibahagikan kepada 4 kumpulan dan kena masak 4 menu ~nerves giler masa nie~
memula Miss April menerangkan kepada tentang workshop ni dan apa yg perlu kami lakukan dup...dap...dup...dap.... debar okeh!

kemudian beliau memperkenalkan Chef Marina Mustafa yang giler sporting dan tersangat ohsem...

masa chef dh start explain itu ini aku dah terasa excited nak masak. walhal seumur hidup tak penah masak nasi beriani gam!!! kalu nak makan, beli sajok kat kedai..  oohhh... menu kali pada hari tu ialah
Nasi Beriani Gam, Kuzi Ayam, Kacang Hijau Dessert dan Coconut Fudge Slice..yummyyy!!!

terkujat aku bila dengar menu yang kena masak... tp dengan bantuan Philips Smart Kitchen akan buat korang jatuh cinta. ok, untuk masak beriani gam kami penggunakan Philips Electric Pressure Cooker. believe it or not dengan 14 minit saja nasi beriani akan terhidang.tak payah nak bukak tutup tutup periuk tu nak cek bagai... dengan senang hati korang boleh gi shopping tanpa risau nasi hangit or rentung. menarik kann!!! yang ping best, kentang or karrot yg ko campak dalam  Philips Electric Pressure Cooker tu takkan hancur..keje kami berempat hanya campak segala bahan dalam pressure cooker tu dan boleh buat keje lain. dapur tak bersepah, memudahkan keje dan paling penting selamat. seisi family boleh menikmati hidangan nasi beriani gam yang selama ni dok makan kat kedai je...

inilah pressure cooker yg sangat membantu

 
tanpa membuang masa kami terus proceed ke menu seterusnya Kuzi Ayam dan masih  menggunakan    Philips Electric Pressure Cooker . sama macam buat nasi beriani tadi jugak, campak segala ayam dan bahan2 dalam tu dan tunggu je kuzi ayam siap dengan bau yang sungguh mengancam dan menggoda sekali..
paling penting bagi mak2 bekerja tak payah nak lap2 dapur bagai. segalanya clean & clear....

lepas tu pulak buat desert kacang hijau dengan menggunakan Philips Soy Maker. skali tengok macam ketel jug je taappiiiii benda alah ni boleh buat puree baby, bubur,air soya dan mcm2 lagi. suka tak?? suka tak?? 
PinkyMomma dah berangan nak buat bubur untuk twin dia dengan alat ni. serius korang alat ni sangat memudahkankan. dalam masa yg sama boleh kisar dan masak skali. hanya tekan menu yg nak dimasak dan tekan START. 


                  Philips Soy Maker                                                                                Philips AirFyer


menu terakhir Coconut Fudge Slice dengan menggunakan Philips AirFyer . konpius jap aku.. boleh ke benda ni membakar? kecik mcm ni?? tapi serius produk ni boleh menggoreng tanpa minyak jugak!!! goreng ikan tanpa minyak, goreng fries tanpa minyak, goreng kopok tanpa minyak... see, sangat menjaga kesihatan okeh!! canggih tak???







non stick Philips Pressure cooker...

semua peserta yang bersemangat

mengancam tak nasi beriani group kami???

inilah group yang menjayakan masakan kami bersama chef Marina yg sangat sporting dan tak kedekut ilmu dan tips masakan...


Chef Marina yg sporting. banyak tips beliau kongsi ari tu. nnt aku share dlm next entry. tq chef bagi resepi yg best tapi  syok masak dgn adanya produk Philips ni...

main campak je segala dalam pressure cooker tu.

giler cantik kaler kuzi group kami...


hidangan ohsem; nasi beriani gam, kuzi ayam, desert bubur kacang hijau dan coconut choc fudge...


mmg takde rezeki kami untuk menang hari tu tp kami semua enjoy masak dan dapat berkenalan dgn blogger yg handal masak...

LIKE Facebook: Philips Home Living untuk resepi dan product detail