Wednesday, June 26, 2013

Flora Cafe Ampwalk lagi: ber-candle light sempena bday cik suami

1st time aku gi Flora Cafe ni masa celebrate anniversary kami bulan lepas. lepas pada tu terus jatuh chenta dengan Flora Cafe ni. mau tak...dengan deco2nya yang boleh buat aku terpegun seketika. mula2 mmg aku tak plan pun nak celebrate kat sini memandangkan bday suami jatuh pada hari keje iaitu pada 25/6 ari tu. lagi pun lokasi Flora Cafe ni bukan laluan aku balik keje.tak kose nak redah jem semata wehh... tp memandangkan aku nak sumthing yg special maka redha je lalu jalan Ampang. 

boleh je pon kalu takat nak takat makan2 kat kedai mana2 pun. tapi bila kat Flora Cafe ni korang akan rasa special "touch" dari Mel, manager cafe ni. kalu makan kat restoran lain, lepas perut ko dah sendat, ketat pastu burrpppp sendawa pastu terus balik, tp kat sini diorang siap wish lagi, boleh tanya khabar ttg anak2 aku. staff yang very the friendly, mesra alam....bukannya bangla mahupun vietnam...

 kalu deco meja mcm ni ko tak terasa ke nak datang lagi. wangi semerbak bau roses petals tu. dengan aroma lilin lagi....


 penat giler nampak muka aku...

sang suami yang sentiasa di sisi...

 sempena Ramadan yang akan tiba, ada jugak buffet. make sure masuk dalam list buffet uols...

giler ohsem


uols kalu nak celebrate apa2 je kat sini boleh terus contact Mel, dia akan deco cantik sampai korang rasa nak usung meja tu bawa balik rumah.


017-3024122 (Mel)  
fb: Floral Kafe AmpWalk

2 comments:

Mila Ahmad said...

wah flora cafe lagi best2...
Selamat hari jadi buat suami akak.

Mimy Hamid said...

flora cafe femes sekarang sbb tmpt dia ala ala kelas romantik..kat ampwalk tu kan...berapa ye buffet ramadhan 2013

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015