Wednesday, June 12, 2013

Rayyan & Yaya Demam

Assalamualaikum uols...
semalam aku EL eehh MC sebab masa bawa yaya gi klinik gatai aku tanya "doktor, saya leh dapat MC tak sbb semalam anak saya tak tido merengek, saya pulak dah pening2 ari ni sbb tak tido." doktor kata, "ok, nnt register kat depan ye." aku pun yeayyyyyy. selamat cuti aku yang dh tinggal beberapa hari je lagi... huhuhu... (tetiba rasa nak jadi surirumah sbb tak payah pikir pasal cuti kalu anak sakit)

 baru je aku siap bagi tips bila anak demam kat entry SINI tup2 minggu ni anak aku yg demam. aku ni jenis kalu anak sakit aku pun kena tempias jugak. mesti kepala pening bingai sebab tak cukup tido. mau nya tak sebab setengah jam tido mesti otomatik terjaga nak cek suhu budak2 nih. gilir2 la dengan suami. kalu dua2 demam lagiiiii laaaaa bingai kepala otak aku.

mungkin juga faktor cuaca yang buat diorang ni demam, lagi pun skrg ramai budak2 demam. rayyan demam dari ahad lepas lagi, tak lalu makan, asik nak minum air kosong jer... bila dah 3 hari tak kebah2 demam walaupun dh bagi sirap paracetamol rupa2nya dia ada tonsil. tu pun sib baik bawa gi klinik semalam sebab still lagi demam. huhuhu

yaya demam sebab nak tumbuh gigi lagi. adehhh laa anak dara yg makin noty ni. asik merengekkk jer... rupa2nya nak tumbuh gigi. jumlah keseluruhan gigi bawah 4 batang dah skrg.

so aku stay dgn yaya kat umah, rayyan gi umah pengasuh mcm biasa. suami plak amik half day, tghari tu kitorang bawa yaya gi klinik.

petang, lepas amik rayyan kami singgah kedai beskal, konon nak carikan rocking horse mcm kat klinik.  mmg patut pun aku rasa beli kat yaya satu, sebab sblm ni asik beli kt rayyan je toys, kalu beli kat yaya pun dia jugak yg rembat. tp aku rasa beli rocking horse ni pun rayyan yg conquer.

 kat klinik hepi dia dapat naik rocking horse ni.


 giler banyak beskal kat kedai JBS Bike ni. dari sekecik2 beskal sampai laaa semahal2 beskal ada kat sini.
target aku beli utk yaya yg rak atas  hujung skali tu.

 belum apa2 si rayyan dah buat mcm dia punya...bendalah ni nama TOLOCAR


rayyan, ni adik punya tau...
harga TOLOCAR ni RM45 lepas aku main kenyit2 mata dengan cine tu. 


6 comments:

Mila Ahmad said...

yaya dapat tolocar yeay !

Mimy Hamid said...

demam dpt hadiah budak budak ni besttt....selalu demam gi klinik mana ye kt gombak tu?? cepat sembuh ye anak anak

ameris said...

mimy, biasa kite gi kat prima gombak klinik mediveron ke hape tah nama dia. klinik tu doktor ramai, so tak tunggu lama kalu ramai pesakit. lagipun 24jam senang kalu pape. budak2 ni bukan leh tentu sakit demam diorang.

Nory Zoulkefle said...

Get well soon, Yaya n Rayyan...

Rin Maira said...

alahai semoga derang cpt sembuh yaa

PinKy MoMMa said...

demam nak besar ni hehehe..nak pandai sesuatu pun mungkin ;)

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015