resepi lagi kali ni yer uols.... tp jangan la bimbang nama resepi ala gempak feeling dok kat jepang, padahal kat sri gombak je wooiii... kalu nak ikutkan mmg resepi ni dari jepang tapi dah diubahsuai oleh pemilik asal resepi ni.
kalu aku buh resepi kat blog ni mmg resepi mudah2 jer untuk mak2 gojer yg bekerja dan masa pun jap je. sambil nyusu anak, sambil basuh pinggan sambil buat home schooling dah siap lauk ayam teriyaki ni cik bedah wehh..
aku pon dah lama sgt tak buat ayam teriyaki ni setahun kot, tup2 semalam cik hubby request. sblm ni tak penah dia request2 cam ni. korang ayam teriyaki sangat sedap tau mmg jadi faveret anak2.
jom semak resepi.
sumber asal dari FP rinchann
CHICKEN TERIYAKI
Sumber asal : Japanesefood.com
Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus
Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.
Sumber asal : Japanesefood.com
Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus
Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.
ayam teriyaki versi aku.....
semalam aku gandingkan ayam teriyaki ni dgn telur dadar & kacang buncik goreng dgn fishball. dh comot pinggan sebab hubby asyik ratah je...
6 comments:
alahai senang gile..boleh cuba ni menu lunch...tq...
senang resepi nie...pernah try dulu...lama giler x buat ayam teriyaki nie.....
Hubs xmkn aym..so boleh kot ganti dgn dagingkan sis
Senangnyer ..nnt nk try wat.. Pinggan cntik la ameris :)
senang dan menyelerakan.. uuhhuhu nak try la... bahan sume da ada kt umah... ngeee~~~
senang n nampak sedap! nak try laa
Post a Comment