mommies gojes semua, kali ni aku nak share "buttered chicken with cheese" ko... nama kemahennn omputih. nak yang ber cheese aje.. eehhh tapi kali nie mmg super duper best tawww...
alkisahnya aku kan slalu gak aarr mkn kat restoren cine hj shaarin low kat sri gombak tuh. nak jadikan citer satu ari aku nampak sorang mamat kat kitchen tu pakai salib, pastu tertengok plak staff dia tgh makan masa bulan pose ritu, terus rasa mcm dah tak lalu nak makan restoren cine wpun cine muslim. bila ayam butter ni fav aku, berbulan aku google cari resepi tau.
gigih giler kalu bab makan aku ni. dan paling tak mengecewakan bila rasa ayam butter hampir 99% mcm kat restoren cine muslinm hj sharin low. dan aku yang baik ati ni share pulak dengan korang semua...
resepi ni aku dapat dari blog kak azie. tq kak, saya share kat sini plak yer...
Ayam Masak Butter & Cheese
Sumber: Azie Kitchen
olahan: AmerisLovely
Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang [aku letak cili boh 2 sudu]
2 chili padi - cincang[aku x letak]
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese[aku letak 2 keping]
Beberapa keping cheese[aku letak 2 keping]
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai[aku letak 3/4 tin[
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - optional
Garam
Serbuk lada hitam
Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur[lupa nak letak]
Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.
Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.
Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.
ni hasil yang aku buat kuah dia aku jilat sampai licinn...
digandingkan dengan ikan cencaru, sup telur+suhun+kentang utk anak, dan sambal bilis+kentang. Jgn kang ada plak yg mintak resepi ikan cencaru goreng, sup telur+suhun. aku siku kangg...
4 comments:
i like....tq sharing....suka ayam butter ni.....apapun thanks amy sharing pasal nampak salib...kena waspada la
huwaahhhhh....nanti boleh test ni..nmpk so tempting....
cer try guna crab wat butter with cheese...nyummy!!!
sedapnyeee...kene try ni..
Post a Comment