jadual menu aku untuk masak sebulan.
aku seboleh mungkin cuba masak setiap hari untuk suami dan anak2 sbb nak avoid beli makanan dari luar. bukan lah bermaksud aku haramkan terus makanan luar tp kalu setakat nak makan nasi goreng, makan malam yang ringkas untuk isi perut better aku masak sendiri. at least aku tau apa aku letak. anak2 pun tak sakit perut.
sekali sekala kitorang makan jugak KFC, pizza dan sebagainya. budak2 pun bosan jugak kalu setiap hari makan nasik jerrr....
aku punya style mmg beli bahan basah mengikut apa yang aku nak masak setiap minggu. kalu aku beli sayuran berdaun mcm sawi, kangkung, aku cuba habiskan dalam masa 1-2 hari lepas beli sbb nak elakkan sayur tu rosak. so takde la pembaziran di situ. bila dah plan apa yang nak kita masak senang lah nak beli barang.
kat rumah aku ada jugak tanam daun pandan, limau purut dan kari. menda2 ni boleh dikatakan mmg guna setiap minggu. mcm pokok kari. kalu beli kat kedai singgit kot sepeket, nak guna sepelepah je. dah tentu yg lebih tu kering camtu pastu buang. nampak tak penjimatan kat situ. sama jugak mcm daun limau purut untuk masak paprik, daun pandan nak masak nasi lemak, bubur.....
kalu ikutkan nak je aku tanam pokok2 lain yang mmg guna mcm serai ke, daun bawang ke tp dah takde tempat dah kawasan rumah aku. tu pun main tenggek je kat sempadan antara rumah aku dan umah jiran.
sayur yg tak tahan lama mcm tomato aku beli yg hijau2 jadi lambat la skit rosaknya. yg selalu beli kentang, karot, kobis... cili, limau biasa aku beli seminima mungkin sbb cepat kecut.
jajan untuk anak pula biasanya aku beli biskut kegemaran diorang dan air vitagen setiap minggu.
barang yang boleh tahan lama mcm kicap, sos bagai tu mmg aku akan beli yg besar so jimat dah kat situ.
tak payang ulang beli setiap bulan. macam gula kalau ikutkan mmg lambat jugak nak abiskan sekilo tu, sbb suami suka minum yg 3 in 1. tp sbb aku slalu jugak buat kuih, kek, sekilo tu tahan 2 bulan.
stok mcm mee, kotiaw, bihun, ada je stok setiap minggu ikut apa yg akan masak utk minggu tersebut. bihun dan yee mee sentiasa ada stok sbb sebungkus boleh masak 2-3 kali.
minyak pula biasanya aku guna 2 kali je. ada jugak minyak zaitun untuk tumis2 yg guna minyak sikit mcm sup, sup sayur. minyak zaiton mahai tak leh guna byk2. minyak bijan lak untuk masak nasi ayam ayam atau masakan cina.
ikan pula aku beli ikan tenggiri, ikan merah, ikan kembung, ikan selar. anak aku suka makan ikan, aku lebih suka bagi diorang makan ikan tenggiri/ikan merah sbb tulang senang nampak. skali masak ikan biasanya dalam 2-3 keping/ekor cukup untuk skali makan.
ayam aku beli yg sederhana potong siap2. balik cuci je pastu terus marinate siap2 letak halia, bawang putih, garam, kunyit. yg bahagian dada tu aku potong kecik2 buat rencah untuk goreng mee/kotiaw, sup sayur.
aku simpan ayam buat 3 portion. skali masak kuarkan 1 portion. kalu minggu tu ada menu sup ayam aku tak letak la kunyit, halia semua tu. tips marinate ayam tu aku ada share kat SINI. senang marinate sesiap, buka api terus goreng je.
kalu weekend pulak aku masak untuk makan 2 kali terus, tengahari dan malam. mmg seharian laa ku masak bfast, lunch, minum petang, malam makan lauk tghari td. biasanya aku masak weekend ikut apa yg suami request laa. nasi ayam, nasi tomato. ataupun lauk pauk yg special skit yang jarang aku masak masa weekday. udang/ketam mmg JARANGGG sangat aku beli sbb asben tak makan. kalu aku masak pun aku sorang je bedal.
minum petang pun ikut apa yg request. tak tentu jugak, sebab anak2 dah pandai request apa yang diorang nak.
minum petang pun ikut apa yg request. tak tentu jugak, sebab anak2 dah pandai request apa yang diorang nak.
tu pun tertakluk kalu aku tak gi memana atau takde tetamu kat umah.
eehh.. korang pun share lah jugak cemana korang uruskan dapor korang sebagai suri rumah atau ibu bekerja. nnt next n3 aku share menu weekend pulak yer...
7 comments:
rajinnya akak... lin pernah gak buat. tp lari kak... last2 dah malas dah. sbbnya ada time mmg kitorang kena g bangi la.. puchong la... makan luar.. tak sihat la.. malas la.. aishhh... macam2 alasan la. Kenapa Interior Design???
Kak! Terbaik. Yt xd susun atur gini. Main hentam je. Ok. Nak tiru. Halalkan ye. ;)
Rin pun bli mingguan jgk.tp main bli je la.menu masak kemudian pk..hahaha..
Bab2 bg portion tu mmg buat..sbb sng xpyh bawak kua seketui2...haha
Good job sis...ju buat list through hp ye diari...sometimes ada gak beli barang luar kotak plan hehhehe...tu yg kena jentik tgn tu hehheheh
wah kak, siap ada menu lg. bagusnyaa nt tak pyh pening2 fikir nak masak apa. Thanks kak psl penjimatan tu. Cikji sekarang pun baru start tanam pokok2 kat belakang rumah. Pastu tetiba rasa nak tanam pokok kari jugak lah nanti :)
Tesss..caner lar lu blh rajin cenggini..salutt u..hahaha
Assalamualaikum, saya suka bila puan kongsi share menu tu, boleh sy copy ye? :)
sebelum ni pernah buat, lama kelamaan kelaut sebab tak istiqamah ikut.
Salam perkenalan...
Post a Comment