Pages

Wednesday, January 28, 2015

rayyan's 4th birthday...

sebelum abis bulan januari kena cepat2 update
 ttg birthday anak bujang cengeng ni sorang.
seorang yg anti camera. bajet retis gitew. 
marah wooo kalu aku nak snap pic dia.
tahap marah tu sampai leh berebut2 la 
henpon ke camera godang aku tuh. ppfffttt...

ok.. birday rayyan jatuh pada 14/1 ritu. 
masa tu mmg aku tengah bercuti buat operasi mengecat,
 mendeco, pasang wall paper kat umah. 
next entry nnt aku citer ttg projek deco aku tu.

tp anak tetap antar BS.  tak jalan keje aku kalu budak2 tu ada. 
lepas abis mengecat kul 8. kemas2, mandi solat.
 pastu terus gi jusco cari kek. 
beli pizza yg tgh promo skrg kat pizza hut rm5 satu tu.beli spageti, mushroom soup.
 semua tu faveret dia.

kek boboi boy saiz comel buat syarat dengan lilin 4 batang.
pastu baru amik diorg kt BS celebrate kecil2 kat sana.
tak tau apa dia pikir tp marah2 bila snap2 gambar dia.


Insyaallah ada rezeki nnt kita sambut birthday abang yer...
biasanya kitorang buat birthday yg betul2 bulan 4 skali dengan yaya. 
setakat ni tak miss lagi celebrate birthday budak2 tu.
link SINI , SINI ,SINI, SINI

semoga rayyan menjadi anak yang soleh, homat orang tua, rajin berdikari.
 tak nak manja2 cengeng..




# maap laa mmg xde gambar yang betul2 ready depan kek amik gambar dah kata bajet retis kan, mana leh amik gambar

Monday, January 26, 2015

Pasca Banjir: bila lihat sendiri baru dapat menyelami perasaan mereka...

sambungan dari entri di


sungguh... kalu tak tengok sendiri kita setakat tengok jer.
 kalu ada sedetik perasaan pun tak sama melainkan
 kita tengok sendiri apa yang berlaku, mcmana keadaan sebenar...
terus rasa betapa kerdilnya kita, bila Allah nak tarik nikmat tu sekelip mata berlaku.
walhal Allah hantar selembut2 cara iaitu air.

 subhanallah tak terkata bila aku lihat dengan mata sendiri.
besarnya kuasaMu ya Allah.... 
Maafkan hambaMu ini yang banyak melakukan dosa.
sesungguhnya rasa insaf yang aku rasa betul2 dalam di hati.

lokasi yang aku kunjungi bersama abah aku adalah di Kg Kuala Nal, Kuala Krai.
tak terkata bila melihat keadaan itu.
 kesan masih boleh di lihat sampai sekarang.

jika ada kelapangan pergilah melawat, bawa keluarga, bawa anak.
semoga kita semua insaf dan bersyukur padaNya. 
ni bukan di Acheh, bukan di India, bukan di Sri Lanka. tapi di negara kita yang tercinta.
tak nak bebel banyak2... biarlah gambar berbicara...


 antara rumah yang ranap...

 sisa2 dan sampah banjir berlonggok dibuang ditepi jalan.

 rel keretapi pun berganjak dari kedudukan asal.

 sungai kelantan menjadi luas dan lebar akibat dari banjir besar yang melanda.

 cuba menyelamatkan sisa yang ada. jemur dan salai bantal...

 abah bertanya penduduk rumah penghulu. makcik tu sedang mencuci pakaian dan barang akibat banjir.


 boleh tahu paras air bila melihat pakaian yang hanyut dibawa banjir tersangkut pada pokok.

 penghulu menceritakan cetik2 cemas semasa banjir berlaku. masa aku melawat ni 9/1/2015 bekalan letrik dan air masih belum ada.

 rayyan yang teruja tengok menan yang berlumpur. siap tanya aku mana remote keta tu...

 rumah pakcik ni berganjak ke depan. nasib baik ada pokok rambutan yang menahan, kalu tak hanyut lagi kot... kat belakang tinggal sinki jer..


 jemur karpet jemur tilam selagi boleh guna ...


sekolah yang dijadikan pusat pemindahan semasa banjir. air di paras tingkat 2 bangunan sekolah. 


 penguhulu masih khusyuk bercerita. kami dihidangkan dengan teh o dan biskut.

nampaknya yaya yang excited bila tengok jajan...

Wednesday, January 21, 2015

Wordless Wednesday ~ 1st time....

aku tak penah selfie buh dlm fb apa lagi dlm blog. ni 1st time. 
hooiiiii... bolat muka..

aku mmg tak brapa gemar berselfie, xde confident  kot.
pic tanpa apa2 edit atau camera 360'.
 
 lagi pun rasa mcm tak cun je.. segan wehh...
tunggu nnt kurus langsing, muka bujur sireh.
kalu org lain amik kan gambar xpe. ngade kan..
hijab dari neelofar... 

ntah nape aku pakai nampai berserabai jek. 
ke sebab pakai blazer nampak lagi gemok berlapis2... huhuhu

selesa, tak licin, jatuh terletak. 
cuma aku kekok sket sebab biasa pusing dari kanan ke kiri tapi yg ni sebaliknya. 
jadi balik kb ari tu aku bagi kat adik aku sebab dia dok minta sangat.
 pastu katanya as birthday present dia sbb esoknya birthday dia. 
apa2 aje lah ainun...

Monday, January 19, 2015

Teaser dulu...

teaser dul lah yer... lagpu pun gambar yg siap blm snap lagi..
aku baru masuk opis lps bercuti seminggu. mcm2 citer nak citer
ni salah satu aktiviti masa cuti ari tu...





Wednesday, January 7, 2015

Misi Abah untuk mangsa banjir..

minggu lepas aku ada post kat FB menyuarakan misi abah aku 
di kampungnya yang turut tenggelam masa banjir besar ari tu. 
walaupun tak seteruk seperti di Kuala Krai sampai hilang rumah,
 tapi tenggelam sampai atap jugak. harta benda mmg dah tak leh pakai.
 nasib baik masih ada rumah tempat berteduh.

abah ambil inisiatif dengan membuat pengumuman kat masjid 
di taman perumahan untuk sumbangan masgsa banjir. 
sudahnya kat garaj keta dipenuhi dengan hasil sumbangan orang ramai. 

kagum dengan usaha abah. kagum aku dengan usaha abah untuk membantu
 dan menyumbangkan sesuatu untuk kampungnya...

barang2 tersebut abah angkut berulang2. sampai penuh van kecik tu diisi.

menurut abah, baju dewasa lelaki dan wanita dah banyak. 
yg perlu baju dan peralatan bayi dan kanak-kanak. kesian diorang takde baju. 

jadinya aku cuba sedaya upaya kat sini mengumpulkan
 baju bayi dan kanak-kanak.
banyak jugak yg dapat. InsyaAllah hasil sumbangan korang
 semua akan aku terbangkan pada hari Jumaat ni 9/1/2014 
dengan MH1402 jam 18.25.
tak sabar dah rasa aku nak balik. 

berat luggage yg layak untuk kami 4 beranak aku muatkan 
dengan sumbangan untuk mangsa banjir!!! InsyaAllah boleh sampai 80kg. 
20kg lagi untuk barang2 aku dan anak2.

terima kasih atas sumbangan korang. paling terharu bff aku yus 
siap bagitau jiran dan buat kutipan wpun masih dalam pantang. 
berlambak2 dia bagi aku masa aku gi umah dia ahad lepas.
 next entry nanti aku citer pasal tu. kamera fon aku rosak, tak leh amik gambar..

aku akan update nanti tentang perkembangan pasca banjir kat sana nanti...


 abah dengan hasil sumbangan penduduk taman.

 dah muat van untuk hantar ke kampung temangan, machang.

menurut abah sumbangan  hampir cecah 2000kg...

Monday, January 5, 2015

akhirnya selepas hampir 3 bulan menunggu...

sebenarnya tak nak lagi masuk n3 ni sbb hati masih lagi dalam 
keadaan sedih dengan episod banjir yang melanda Pantai Timur.

korang ingatkan tak entry my first car kat SINI 
sebenarnya masa buat n3 tu keta aku dah seminggu jual keta tu.
 seminggu jugak aku teringat kat keta tu.
7 tahun dia berkhidmat utk aku. 
last skali terpaksa jugak jual wpun keta tu masih elok sgt2.
ramai betul yg berminat dengant keta tu. 
mcm goreng pisang lak jual kancil kesayangan tu.

aku jual sbb nak beli keta AUTO. 
lenguh kaki tangan betis setiap hari meredah jem dalam KL ni.
sian kat faris laa sbb dia yg byk drive.
aku tak kisah sangat tang spec2 keta tu janji auto
 tapi asben suh ambik yg advance... 
lether seat, ada skrin leh anak2 aku tgk atomen, pastu ada sensor tepi. 
kalu motor lalu rapat sebelah keta pun bunyik..

aku tak nak keta gabak2, nak yg comel2 senang nak cilok.
susah giler rasa dengan keta seketul. kena gak ada 2 ketul.

aku tak gemar sgt bawa keta hitam suami sebab rasa panjang je leher aku nih.
dah masuk jalan sempit skit aku dah mcm kura2 je aku rasa...
skrg dah mula serasi aku bawa cik AXIAH ni...

alhamdulillah sgt2... rezeki.
wpun tunggu lama, sampai aku dah hilang exited bila nak gi amik keta tu.
demand tinggi betul utk keta cik AXIAH ni. 
 abih nak jugak kaler putih tunggu laa ko..
kaler lain ada je merah, kuning. tp aku nak jugak putih...

lepas ni kena laa berjimat cut cost online shopping 
sbb dah ada komitmen bayar AXIAH ni.
nasib baik suami topup. tq asben





Friday, January 2, 2015

Pasca Banjir: bersama skuad SSM

Entry pertama 2015.

tak terluah dengan kata2 bila melihat keadaan sebenar perkampungan di beberapa kampung di Kelantan selepas banjir. wpun bukan keluarga aku atau sedara mara aku, tak tergambar mcmana kehidupan mereka lepas ni bila hilang tempat berteduh dan bergantung. dengan anak2 kecik, orang2 tua... 

lagi bertambah hiba bila ada yang terpaksa tidur di atas jalan raya. di R&R. berilah mereka kekuatan dan ketabahan Ya Allah... aku belum sekuat mereka untuk di uji sedemikian rupa....

semenjak kejadian banjir hati aku seperti tisu...murahnya air mata ini Ya Allah..
aku melalui kampung2 ini setiap kali pulang ke Kota Bharu...

Terima kasih kepada sukarelawan SSM yang turut serta bersinsing lengan membantu mereka semampu mungkin... pakaian, makanan dan keperluan lain.

sungguh, hati aku tak bak tisu lagi bila mengenangkan mereka terpaksa berlapar berhari2 TANPA makanan langusng bila terputus hubungan dengan jalan darat, udara dan air...
sedangkan kita makan enak di meja makan bersendawa berulang kali....

koranggg... hulurkan derma semampu mungkin untuk mereka membina semula kehidupan yang sama sekali lenyap sekelip mata. rumah, kereta dan sekelumit harta yang harta, tanaman dan haiwan ternakan...
ini bukan di negara lain korang TAPI dalam negara kita Malaysia.

bayangkan yg hilang tu rumah ibubapa kita.... saudara mara kita... yg uzur itu ibu kita terpaksa diusung untuk diselamatkan... tak terasa sesuatukah di hati korangg...





credit to opismate aku Abg Anuar, atas gambar2 melalui wassap group..