Thursday, February 2, 2012

Majlis Harijadi Faqeef Arrayyan


assalamualaikum.... dh berkulat basi aku baru nk upload gambar masa bday rayyan ari tu. 2 minggu lebih dah... huhuhu. sebab utama gambar semua dlm camera org lain, sebab ke-2 keadaan kami sekeluarga tidak sihat sebaik saja majlis ni berakhir dimulai dgn rayyan yg muntah pada malamnya, demam menggigil sampai panic kami laki bini tak tido sampai pagi. panas badannya mencecah 39.5c. dua ari sblm majlis tu dia dh selsema dan demam skit2. masa majlis tu plak dia selsema je hidung comot je meleleh2 hingus tp masih aktif bila tgk ramai org kt umah, excited sbb ramai budak2 yg sebaya dgn dia. makan pun mcm2. mungkin tu jugak jadi faktor dia muntah pada malamnya.

ok, layan je gambar2 kt bawah sepanjang majlis tu......


antara tetamu yg hadir. aku cuma jemput jiran2 terdekat dan kawan dekat je. tetamu paling istimewa aku inaachik. sbb tu aku letak gmbar dia atas skali. terharu sgt sob sob sob sbb ina sudi datang. berkali2 aku remind dia suh datang. iyer laaa sbb umah dia dekat jek dgn umah aku. akhirnya dapat jugak jumpa ina yg teramat suwiitttt. suka tgk dia tau. acik pun cute jek. sama mcm dlm gambar2 dlm blog ina.

dlm umah pulak. ni first kami jumpa tp mcm dh bertahun kenal. suka sgt gambar nie.... ina antara yg terawal datang. sib baik awal, kalu tak segan la nk bergambar2 gini. hihihi

ina kata aku ni kecik molek je tp aku rasa aku ni dh mcm mak gajah je bila pregnen. huhuhu

comel kan ina... Insyaallah nnt ada rezeki dia dapat anak nnt. jeles tgk ina berdua dgn acik, bebas ke mana saja berdua.

rayyan dh x selesa masa ni sbb dia asyik nak berjalan je. maklum la baru dapat berjalan lesen L.

tgk laaa meronta dia nak dilepaskan.

apa pulak la incit suami ni tgh fikirkan...

kitorang atur je kusi dari pagar sampai ke grill umah. maklum la umah x besar mana tp boleh lagi la kalu nak buat majlis kecik2. tgk la budak kecik tu meronda tanpa kasut kt blkg...

bebas ke mana saja. tu la yg dia nak...

ni antara menu pada ptg tu. simple je sbbb buat ptg kan. ala2 hi tea gitu...
ada puding sagu, naget, sosej,popia, muffin, bahan pelawas buah2an, bihun singapore & kotiaw.
air kordial dan nescafe panas.


incit suami menyambut tetamu yg datang...

dalam umah plak. mkn2 kt luar tp kalu x cukup kusi bole masuk dlm.

yg ada anak kecik prefer masuk dlm umah. senang nk suap anak.

sampai ke petang dok layan si rayyan. ni nak naik motor plak. dalam kul 6 gitu caterer dh pn kemas2....

ooohhh... kek bday rayyan kitorang potong last skali. dh nak maghrib masa ni. kek pun cinonet je, sbg syarat je. blueberry cheese cake. kebetulan yus & family sampai masa ni, sempat la dia merasa kek ni. yus pun aku x jumpa 4 taun. last jumpa masa dia bersalin, now isyraf dh 4 taun.
padahal dok kt s.alam je.. tq byk2 la yus sbb ko datang jugak akhirnya....

walaupun aku oder semua mknan, tp penat woo... kuar masuk kuar masuk umah... insyaallah nest time aku masak sendri.dlm keaadaan mengandung & ada anak kecik mmg xleh buat apa2.
Terima kasih buat semua yg sudi datang. dan maaf byk2 jika ada sebarang kekurangan.

12 comments:

mizzkechique said...

amboi..birunya mak yong.. =P

ameris said...

kebetulan tema biru/putih la MK..

eynda said...

Naik seri ibu mengandung pakai baju biru muda :-)

Mama Gee said...

seronoknyaaa..
nnti lenkali buat makan2 lg ye... ;)

ilovekampungku said...

hepi birthday :)

ameris said...

G; kalu G nk datang x payah tunggu time mkn2. sure saya masak punya...

bila la dapat jumpa G nie....

aisyahshakirah said...

Asslamualaikum, saya aisyah dari kelab blogger. Subhanallah, indah betul nama nya , Raqeef arrayyan. Semoga mmbesar mnjadi anak yang soleh dan memimpin keluarganya ke syurga kelak, inshaAllah :)

Salam Harun said...

Comelnya anak akak....geram saya..rasa nak cubit2 je pipi tu

::Hijab::Is::Indah:: said...

Happy Birthday Rayyan...Jom singgah Blogshop I..ada banyak koleksi terkini n Polkadot pn ade tau..RM @% je..Free Postage!!

GOLD FINGER said...

hahahah...tak jumpa 4 taun..tapi kita always calling2..email2..FB..blog..dah tak rasa 4 taun tu..ehehehhe

AZLITA AZIZ said...

Happy B'lated B'day buat Rayyan..
semoga jadi anak yang bijak dan pintar.. taat pada ibu dan bapa, dan sentiasa mengigati penciptanya..

nanti kalau buat B'day lagi jemput auntie ye.. >^<

InaAchik said...

ehhhh... dah kluar rupanya entry ni... eh, suka gambar2 kite ngan kamu. nanti ina nak cilok sekeping 2 yer.

nway, thanks for invitation yer...
bagi makan sesedap... :)

nice to meet u my dear friend...

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015