Friday, January 27, 2012

Resepi: Nasi kerabu kuning

ni resepi tertangguh nasi kerabu kuning yang dah berapa kurun daaaa....


Nasi- warna kuning ( semua bahan untuk 4-5 orang makan)
3 cwn beras
1/2 sudu kecil garam
air ikut periuk nasi masing2 lah sukatanye tu.
sedikit serbuk kunyit
3 helai daun limau purut(aroma masa masak nasi ni boleh bau satu rumah)
wangi sesangatt....

Untuk Sambal Tumis

5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1cm halia
1 sk serbuk kunyit
1/2 cawan santan pekat
1 btg serai
2 keping asam gelugur
1 sudu besar budu
garam dan gula melaka

Sambal ikan

4 ekor ikan selayang (rebus & asingkan tulang & isi)
2 cawan kelapa goreng
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 batang serai
1cm halia
gula & garam skit( agak2 j2)
lada itam tumbuk skit

ulam

kubis
timun
taugeh
daun kesum
kacang panjang
ayam goreng kunyit
budu(biasanya aku masak dulu budu utk hilangkan bau. tumis bwg putih dengan 2 sudu minyak, masukkan budu, gula melaka, serai, daun limau purut, masak smpai pekat)
Keropok

Caranya

1. Mula-mula masak nasi dan masukkan semua bahan-bahan nasi, masak seperti biasa.

2. Untuk sambal tumis, blend semua bahan , masukkan bahan yang diblend tadi dan biar pekat dan pecah minyak. sesuaikan rasa masukkan garam dan gula.

3. Untuk sambal Ikan, mayang halus semua bahan dan kemudian rebus ikan dan asing isi dan tulang, goreng kelapa parut sehingga perang dan masukkan bahan yang dicincang halus dan isi ikan tadi. Goreng dan kacau sebati hingga garing. ( guna api kecil)

4. Untuk ulam, hiris halus kubis, timun, buang ekor tauge, goreng keropok, goreng ayam dan sediakan budu. Ok semua dah siap, Hidang dah sedia untuk dimakan.nyumm...nyumm...

5. kalu rajin boleh buat solok lada, daging bakar, ikan goreng tepung.

5 comments:

mizzkechique said...

amboi, lain dr yg lain ni..

Qhaifa Nur said...

menyelerakan betul....

ameris said...

MK;
nnt cuba yer...

ameris said...

qhaifa nur;
nasi kerabu mmg mknan tradisi org pantai timur.

Mama Gee said...

sedap le..tp nk buat sendiri malass...huhuh

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015