Tuesday, February 10, 2015

Go'Bang Patin Tempoyak Temerloh, kini di Kuala Lumpur

Aku ni bukan pemakan durian. so apa2 yang berkaitan durian mmg aku tolak tepi laa...
langsung tak pandang dahh...
tak kira wpun orang lain berpusu2 berebut pun.. lantak ko..
skali masa gi kursus BTN di Kuala Lipis [LINK] ada menu ikan patin tempoyak..
ko ingat mkanan kt kursus mcm buffet kt hotel?? boleh pilih2 apa ko suka, apa ko nak..
nak tak nak aku jamah gak laaa...
skaliiiii... SEDAP wehh wa cakap lu...
tak cukup pulak sekeping. 
Ya Allah nikmat makan apakah yg Kau berikan untukku ni...
makanan yg aku tak suka rupanya sedap ooiii...
ikan patin pulak aku tak suka sbb ikan sungai konon hanyir lah..
aku belum penah try makan tp dengar orang2 dok gebang..

lepas pada tu terus jatuh cinta dengan masakan patin tempoyak.
tp durian seketol aku tak makan lagi. masih lagi ego dengan durian .hahahah...

tetiba 2 minggu lepas teringinnnnn sangat nak makan patin tempoyak gara2 majalah 3 di tv3 dok siar
restoran ke gerai ekk di temerloh. hidangan patin tempoyak.
pastu restoran tu dah buka pulak cawangan kat KL.
pergghhhh... laju2 sms asben. masa tu aku puasa leh buat alasan kan...

balik keje pegi cari restoran tu. nasib baik dekat dengan umah BS.
isi semua dah abis, tinggal kepala je.
kepala pun kepala laaa..
mengidam mcm mengandung,
padahal puasa je pon. eehh puasa pun terasa nak mkn mcm2 tau..

asben ku nak menu mana tu.



depan kedai

seketol kepala patin tempoyak. terlio pulak aku tengok. 
kt kepala ada lemak yg lembik2 tu, sedapp!!

nak makan patin tempoyak takyah gi jauh2 lagi go'bang dah bawa restoran dia ke KL.
 Ni link sila add di fesbuk masing2 FB

 lokasi di Sri Rampai di shop lot yang baru buka tu. alaaa sebelah tasik tu. 
kalu nak gi Sri Rampai mesti jumpa tasik tu. 
kedai tu lot belakang kedai Cendol Wahab.. mmg confirm akan jumpa lahh.. parking banyak, restoran pun luas dan selesa. a

ku syak kalu tghari mesti ramai giler datang sini sbb aku gi ptg tu isi semua abis. padahal periuk diorang bapakkk besar.
masa aku gi tu harga kepala RM 12, isi RM15.
ok laa dari nak drive gi TEmerloh kan... 

1 comment:

iryantyismail said...

salam kenal..patin memang sedap masak tempoyak...

iryantyahamad.blogspot.com

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015