Thursday, October 16, 2014

Kursus BTN, Kuala Lipis Pahang

sebelum aku hilang ingatan baik aku cepat2 buat entry pasal kursus BTN aku ritu..
 ni pun dah ingat2 lupa. ada gambar skit2 boleh laaa nak mengarang.

kursus ni minggu akhir sebelum cuti raya haji ari tu. 4 hari 3 malam. tak keruan gak aku nak tinggalkan 2 beradik tu . mcm2 pikir, boleh ke cik asben handle diorang. pagi2 cemana, ptg lak cemana.. dengan diorang yg melasak, aktif, bergaduh je kejenya.
naik je bas dah rindu kat budak2 tu.

kusus ni kat Kuala Lipis Pahang, nak dekat 3 jam gak perjalanan dari KL.
sape yg pernah attend kursus ni mesti tau cemana kan. aktiviti2, bersenam, berkawad, solat jemaah , masuk hutan. bila dah lama tak beraktiviti lasak cam ni mmg sakit badan ooii..... mcm nak tanggal lutut aku nih.nak pulak dewan kuliah tu atas bukit, surau tepi bukit, dorm bawah bukit. mmg mendaki je laaa..
tapi aku suka aktiviti mcm ni sebab masa skolah dulu mmg aktif outdoor2 ni.

menggamit kenangan jugak laa sebab tidor kat dorm yg katil panjang mcm kat hostel dulu. mandi pulak ada kolah. tp tak laa kitorang mandi kat kolah sbb group pompuan 9 orang je masa batch aku gi tu. so cukup laa bilik shower yg ada, tak perlu berebut2. makan lak dalam tray.

aktiviti paling best aku rasa ialah Masterchef yg mcm dalam tv tu. berebut2 amik barang, masa ada 30 min je. dengan nak idupkan api lg, pastu lak tak boleh bercakap dgn ahli kumpulan. pandai2 la nak communicate... kumpulan aku masak sup ayam (halia xde, bunjut xde,garam & bawang je korang agak rasa apa, sambal telur, ikan masin, kacang panjang goreng+telur)

lepas je abis kusus rasa mcm nak tertanggal semua sendi badan....
lagi satu kann nak jadi citer tapak kasut sport aku tertanggal tapak. maklum laaa sejak ada anak mmg tak penah pakai. jadi tukun dalam almari kasut, lama2 gam kasut tu pun dah lekang. cuak jugak sbb esoknya aktiviti masuk hutan. nasib baik ada kawan yg bawa kasut extra. ketat pun ketat laa. takkan aku nak berselipar masuk hutan. 

eehh ada lagi nak citer. kebetulan hari terakhir tu birthday aku (25/9/2014) mlm tu hangus telinga kena lecture ooii.. siap kena panggil kt depan kena denda bagai, rupanya diorang surprise bday aku. siap ada kek Secret Recipe nyanyi lagi happy birthday....sobss...sobs... lps abis aktiviti tu asben lak call wish birthday yaya siap nyanyi kat fon. huhuhu...terharu sgt2.
peserta  wanita. sume 9 orang je. best sebab tak berebut toilet.

surprise birthday aku. sempoi. kek atas kosi jek.

aktiviti aku paling suka wpun sblm tu rasa nak terkencing, nak terberak. gayat ooii... lps turun rasa nak buat skali lg.. ngade kann

masterchep. ni group aku.


*gambar dari ihsan kawan2 kursus.






#notakaki
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa. cuma aku dah tak up kat FB, tak larat nak reply pm.

kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.

7 comments:

AMIIZAA said...

seronoknyaaaaaaa....:)

Mila Ahmad said...

abseling ke nama kita turun dari atas ke bwh tu, mila pun lupa dah masa plkn dulu pernah buat best jugak wlupun masa mula2 tu gayat nak mampus.

Chekgu Azrine said...

Bru ni kursus kat janda baik tu xtido pun..tl tu pun dh best!!!

Tp lama betul kursus btn uols ek..amy

nadiah hanum said...

sweet nyer sambut birthday cam tu...:)

mrs kayrul said...

berkabus2 suasana tue..mesti sejukkan....

GOLD FINGER said...

Main masak2.mcm.pengakap dulu..susah nk rasa balik moment2 tu

Etuza Etuza said...

http://madey09.blogspot.com/ done follow ya

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015