Thursday, October 9, 2014

cerita Aidil Adha 2014

wahh.. semua dah update citer raya korban yer. ni turn aku lak nak upload pic. tapi rasa mcm lebih kepada aku ber OOTD. eehh sila jangan muntah hijau lak yer...
raya haji tahun ni takde gambar bersama asben sebab dia stay kat umah dia, aku lak kena  balik umah family aku sbb aku korban 1 bahagian lembu. lps maghrib tu aku balik semula umah MIL aku.

so pakai lelawa pun sekejap je pastu bertungkus lumus mengejakan lembu, perut lembu, kaki lembu. buat sup kaki lembu + urat keting sedap ooii....

ada cerita kelakar masa tgh korbankan lembu tu, lembu dari dari kawasan lain melarikan diri sewaktu nak disembelih. berlari2 org2 kampung mengejar lembu tu. 

biasanya raya korban kat negeri pantai timur ni dibuat secara gotong royong. sembelih lembu pun belakang rumah atau pun kawasan yang lapang skit camtu je. selepas dilapah dan dibahagi 7 bahagian, daging2 tersebut diambil serba sedikit dari 7 bahagian tersebut untuk dibuat kenduri. pastu golongan wanita pula untuk masak. biasanya masakanan yg popular singgang/sup tulang, daging goreng kunyit, perut, limpa dan organ dalaman pula cicah air asam. sedap ooii... aku sempat rasa skit je perut ari tu....

macam aku korban satu bahagian, daging2 tu ma aku laa yg bahagi2kan. aku ambil skit utk bawa balik Kl dan bahagi utk beberapa org kawan kat KL.

 tu baru 3, ada lagi 5 orang adik beradik aku... time raya mmg port ni je tempat amik gambar.

 hahhh kan dah kata aku bergambar sakan....

 close up skit gambar tuan blog kedaung

 susah tul nak ambil gambar dgn anak2 ni tau. sibuk dgn gajet je...

 hahh  tengok tu. masing2 layan gajet je, pandang kamera pun tak nak.

 sempat lagi posing dgn lembu yang akan dikorbankan. tp dok jauh2 je laaa...


 lama jugak menunggu tukang sembelih, sampai aku dah mencangkung ko...

 ok.. semua dah ready nak tumbangkan lembu...

sedih jugak bila tengok lembu kena sembelih. memancut2 darah.




#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa. cuma aku dah tak up kat FB, tak larat nak reply pm.

kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.








6 comments:

nida-razak said...

kat sini biasanya sembelilh dekat surau..aritu lepas solat sunat raya, balik terus, tak berani tengok..hehe.

CikNaa said...

syoknye beraya berbaju raya..kite pakai sluor je kak..hihi

Chekgu Azrine said...

Hamboi..kemahen lg pn amy kita berootd erk..hehe

Allene said...

seronok dapat bergambar... lin anak tak sihat. mmg tak macam raya pun

GOLD FINGER said...

Tes rela ko tgk lembu dgn darah memancut2..kalu aku sure pitam tergolek dok kat situ jer..haha

nini said...

teringat lak sepupu kecik...dulu dia pernah cakap kesian kat pembu kena sembelih

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015