Monday, October 20, 2014

Resepi:Daging masak hitam yang sedap

kalu pegi kenduri belah utara, lauk daging hitam ni antara menu wajib yang dihidangkan. aku mmg suka giler lauk ni. ratah camtu je sedap sgt. makan dengan roti pun boleh.


daging korban aku baru2 ni banyak lagi stok. cukup untuk masak daging hitam ni. dah lama aku nak masak ada daging yg elok skit terus decide nak buat daging hitam ni.. eehh korang jangan ingat daging aku ni hangus pulak tau. mmg rupa dia cenggitu. mmg sedap bak hang.

tapi aku kalu tak menderhaka resepi mmg tak sah. alaa tambah kerisik je pon. sedap ooii.. sekilo lebih aku masak habisss. padahal 2 perut je pon yang makan. miahahaha... dasar sgt kann.

aku google resepi banyak jugak tp resepi Kak Azlita jugak yang aku berkenan. tq kak azlita. aku baca lebih kurang pastu terus buat sbb bahan2 dah ada kan..

makan dengan nasi putih aku lawan kan dengan pajeri nenas. kalu buat nasi minyak lagi terangkat aku rasa. mmg sedap giler...


 tak semenggah sungguh gambar pajeri nenas. comot abis mangkuk.dah tak nyabar nak makan.

Jom kita intai bahan-bahan yang di perlukan

1 kg daging batang pinang ~ di potong, cuci bersih. Jika guna daging lain, rebus dahulu hingga empuk.

Bahan tumis
3 tangkai daun kari ~ di raut
1 batang serai ~ dititik
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
5 kuntum cengkih

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merag
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut dan kisar
1 inc halia

Semua bahan di atas di kisar
4 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu besar kerisik (aku tambah)

Bahan Perisa
1/2 cawan air asam jawa
1 kiub daging
garam dan gula secukup rasa


Cara:
1. panaskan minyak, tumis daun kari, serai hingga harum
2. masukkan bahan kisar, bawang merah, bawang putih, halia.
3. masukkan cili kering yg dikisar.
4. masak hingga garing dan pecah minyak.
5. masukkan daging, masak hingga daging empuk.
6. masukkan jintan manis, jintan putih yang dibancuh dgn sedikit air.
7. masukkan kicap pekat, air asam jawa, gula melaka, perasa, gula garam, kerisik.
8. renih sampai sebati dengan api perlahan.*aku renih lama sbb nak bagi kering dan daging lembut.

9 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

boleh la mencuba daging masak hitam ni kak,,tak pernah lagi try.

Chekgu Azrine said...

Nti blh cuba..tu pun kalau rajin la..hahahha..haru!

AMIIZAA said...

sedapppp...:)

GOLD FINGER said...

Tes ingat tak mak selalu buat dulu..rendang tok..skrg dh menurun ilmu kat kakak gua

Fai CeritaCinta said...

simple je resepi daging masak hitam ni... boleh la cuba weekend nanti, daging korban pun ada lagi tu.. hihi

nadiah hanum said...

mesti best ni...siap letak kerisik lagi kannn...thanks for sharing!

mrs kayrul said...

nie klu makan ngan nasi panas2 kompem berpinggan2 tambah

Anonymous said...

Dear Supermom,
Saya nk Tanya skit. Masa menumis tu, puan cakap tumis rempah. Tapi dalam senarai bahan-bahan menumis, tak ada pun tulis rempah. Ada rempah ke?

ameris said...

dear anon, sori, sebenarnya tumis bahan tumis. nnt saya edit balik. tq sbb perasan silap saya di situ.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015