Tuesday, October 14, 2014

RESEPI:SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

lepas ni berderet2 resepi kat blog aku ooi... dah rupa blog resepi lak korang. jangan muntah okeh. iyer laa baru jek lepas raya korban kann, mesti laa resepi daging je pasni...
resepi aku takde laa pelik mana pun. mungkin yg penah jugak korang buat pon. 
aku biasa masak yg mudah2 dan cepat je. tak kuasa nak lama2 kat dapo, sampai umah pun dah nak kul 8. biasanya weekend laa aku rajin skit.

macam siput sedut ni takde laa weekday aku masak. nak potong montot dia kemain lama ooii... lenguh gak kaki aku.

bila makan yang beli tak puas ati mula la rasa nak buat sendri. abis tu 5 henggit tak sampai segenggam. mana cukup. tu yang gigih aku buat masak lemak siput sedut ni.

ooo... siput sedut ni aku masak minggu sblm balik raya korban ritu. geli okeh time dia merayap2 tu.
aku letak dalam besen sebelum nak siang tu berlumba2 siput tu cuba memboloskan diri.. rayyan terus tak nak masuk dapo. hahahaha...

betapa tak berkualitinya gambar dari hp aku. huhuhu. ehh geli betul aku masa ni. merayap2 si siput

 hahhhh menggelegak sampai berbuih2 dalam periuk..

bila dah masak, sedap betul makan sampai lupa diri abis bermangkuk2

BAHAN2:
  • 800gm/ sekilo siput sedut (basuh & buang hujungnya)-yang ni part paling bercinta ooi nak buang dia punya montot. abis terpercik kat apron aku. ni jugak sebab aku malas nak masak siput sedut ni.
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawah putih *
  • 1 inci kunyit *
  • 5 biji cili padi (ikut suka) *
  • 1 mangkuk santan- aku guna sebiji kelapa
  • 1 kiub pati ikan bilis- x letak
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai diketuk
  • garam secukupnya
  • sehelai daun kunyit (hiris nipis)- aku koyak2 kan je...dasar sgt kan.
CARA2:
  1. Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.
  2. Tumbuk lumat bahan2 yang ditanda * dan masukkan ke dlm periuk tadi.
  3. Masukkan serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
  4. Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.
  5. Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang..
  6. Nota: boleh gantikan kunyit dengan cekur/cengkur.. begitu juga dgn daunnya..

6 comments:

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam kak ameris,
oohoooiiii geeeeliiiiiiiii nengok dia merayap2..
kalau sha la mau tekinja2 tejerit2 kalo ghope itu he3
Besanya sha beli memang soh sesiap deme potong montot..
so lek umah masak cuci2 masak teruih he3

NM03 said...

puas hati masak sendiri, kalu beli.... mahal woooo

Mila Ahmad said...

mila suka makan tp nak buat leceh jgk makan je senang hahaha..

CikNaa said...

masa merayap je geli kak..dah siap oih terliur! :)

GOLD FINGER said...

Paveret melin ni..

Hana Syed said...

Sedaappp. Suka makan tapi tak suka masak.. adeii

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015