Monday, March 2, 2015

Surprise Birthday utk ma yang ke 61.

ni citer masa balik kampung masa cuti CNY ari tu, 
kebetulan birthday ma pada 23 Februari. tapi masa tu masing2 dah balik KL. 
selepas ding dong ding dong dgn adik aku, 
so kirotang decide nak buat pada hari Sabtu malam tu.. 
Esok pagi nya adik aku dah gerak balik KL. 

so kitorang plan baekk punya..senyap2 malam tu.
tetiba ma pulak selsema gara2 kenduri banyak tempat semalamnya, 
jadinya malam tu nak taknak gi masjid.
dah planning baikk dengan abah. so abah ajak jugak ma gi masjid sesama.

masa ma gi masjid tu laa kitorang projek.
 adik aku gi amik kek yg dh order di Secret Recipe. 
memula adik aku nak wat kek, aku kata takyah beli jek. 
malam tu amik kek, beli pizza 3 bijik. pizza adik aku talha yg sponser. 
aku lak dari umah MIL beli satay. sampai umah aku sorok satay dalam bilik. 

sblm gi masjid tu ma dah pesan kat aku suh makan nasi kat umah sblm balik umah MIL.
 aku ok kan je.
aku kemas2 dapo, kuarkan pinggan, atur semua.atas meja.

masa ma dah dah balik dari masjid adik aku lak tak balik lg dari amik kek.
hadoiii.... memula ma mmg terkejut tgk makanan byk atas meja. 
tapi tak tau tu utk birthday
masa kat bilik tu abah aku suh ma pakai proper skit. tak nak baju kelawar..

siap berlipstik ma aku malam tu.
abah iring ma kuar dari bilik. macam pengantin. hahahaha... 
klakar sangat
pastu kitorang semua dok amik gambar...
siap tutup lampu, kek siap lilin bagai.

pastu ramai2 nyanyi HAPPY BIRTHDAY kat ma..
aku nampak mata ma mcm bergenang.
tak sangka langsung sambutan birthday dari anak2.
aku pun happy. pastu makan ramai2...

menu: kek carrot, domino pizza, sate, macaroni cheese, air teh o.

doa aku semoga ma panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sihat sejahtera diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNya... amin...



 rayyan & yaya bersama sepupu haziq dah ready tunggu tokma nak tiup lilin skali...

 banyak jugak laa makanan pada hari tu. kek siap hantar ke rumah jiran.

 kek birthday ma. kek carrot dari secret recipe.

ma menahan sebak. terselit gambar aku kat situ.

4 comments:

diary_ciknaa said...

sihat lagi mak akak walaupun dah 61 kan..semoga panjang umur.. seronok kan kadang2 buat seprais camni..

Nadiah Hanum said...

Mesti mak akak teruja kan dapat surprise camni? Hehe...semoga keluarga kak amy diberkati selalu.

Prince of Noob said...

meriahnya. semoga sejahtera semuanya. btw dah follow sini, kalau sudi follow kembali ya :) - Noob

arysha_fayyadh said...

Assalam sis,
yaya seksi uols he3

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015