Wednesday, April 1, 2015

tips dapo: stok sambal merah/masakan berlado


Sebenarnya saya pun tak tau nk bg tajuk entry ni apa... apa2 je lah yer janji uols paham udahh...

Weekend sabtu/ahad saya suka sediakan terus apa yg akan saya masak utk weekday berikutnya...

Ni adalah salah satu daripadanya iaitu cili goreng berlado.
Buat siap2 untuk 2-4 kali makan. Guna cili idop ye puan2. Kalu nak guna cili ijo pun boleh jugak. Buat banyak siap2 letak dlm botol.

Bila time malas, sampai umah lambat, tetiba ada tetamu mengejut datang.boleh goreng ayam/ikan/telo rebus goreng/ikan sepat masin/ terubok sarawak... atau apa2 je. Pastu siram sambal ni. Maka jadilah ayam goreng berlado, keli goreng berlado.. dan mcm2 lagi menu berlado  korang.

Satu tips lg nak sedap mmg kena tumbuk yer cili tersebut(tumbuk pakai lesung bukan guna penumbok korang). Setakat ni saya tak pernah lg blender kalu buat cili ni. Seblm tumbuk tu potong kecik2 cili tu nk bg cepat proses tumbuk.

Saya masuk kan jugak laa resepi kot2 ada yg bertanya...

BAHAN:

7-8 biji cili merah besar
Beberapa biji cili api (kalu nk pedas)
3-4 biji bwg merah kecik
1-2 ulas bwg putih
2 keping asam keping
Gula, garam secukup rasa.
Minyak masak utk goreng

CARA:
1. tumbuk bawang merah & bawang putih hingga lumat. Ketepikan.
2. Tumbuk cili hingga lumat.
3. Panaskan minyak, tumis bwg yg tumbuk td hingga wangi, masukkan cili, goreng lg hingga cili masak.masuk asam keping.
4. Perasakan dgn garam & gula. Maduk air dlm 2 sudu, goreng sekejap dh siap...
Simpan dlm botol.


Kalau buat byk lg tambah laa bawang ye...K tetiba mak mertua call nk dtg...  taraaa dh siap satu menu.




10 comments:

anez zamri said...

saya suka tengok akak masak..semua pun nampak sedap..bila nak rasa akak masak ni..

diary_ciknaa said...

memudahkan bl nak masak kan..

yoorinmelacolea said...

sama lah kak..yan pon buat mcm tuu..siap2 frozen / letak dlm peti ais.tahan seminggu.. senang , kang nak buat nasi goreng ke, ayam /telur masak sambal..buat cicah2 pon okey dah.. hehehe

mshazadoes said...

mudah dan ringkas kan kak :)

Nani said...

idea yg bagus...tq.

mummy said...

jimat masa n tenaga buat ibu bekerjaya.

Chekgu Azrine said...

Tips yg sgt bgus.nti rin nk bt jugak.hehe

Unknown said...

Berselera makan yg berlado ni...dah tak payah lauk lain...

ros said...

Surirumah pun leh buat ni.lg mudah nk masak.. tq kak ameris

arysha_fayyadh said...

Assalam sis,
samal dengan iols
mesti buat stok bwang, cili segala sesiap time weekend
pepagi tu time nak mask bekai hubby
sambil pejam mata boleh rejam he3

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015