dapat je keta di airport, kitorang terus gi isi minyak. memula isi rm40 je dulu.
mana tau x abes rugi jek kan..
biasa laaa kalu singgah petronas mesti kena pow dengan anak2 dulu. ok,
tunaikan apa yg diorang nak supaya tak cranky.
robot rayyan je dah abis rm15.90...
sebab datang pun nak bersuka ria ikotkan aje apa yg anak nak sobsss..
pastu terus jalan2 cari makan utk tengahari tu.
dalam tentatif mmg nak sgt ke JOMI IKAN BAKAR sebab review banyak kata tempat tu best.
tapi sayangnya kedai tersebut tutup seminggu. gi umrah ke tak tau laaa...
takde rezeki nak merasa ikan bakar kat situ.
anak2 pun dah kelaparan, makanya kitorang singgah je kedai makan terdekat.-lupa lak nama kedai tu-
masa tu dah nak dekat kul 3 pun.
beli je apa2 makanan utk lunch sebab anak2 pun dah kelaparan, merengek.
lagipun cuaca sangat panas. tak sempat nak snap gambar restoran tu.
tapi ikan pari dengan cicah dia sedap.
rugi pulak amik sekor. pastu amik kurma daging..
ehh sedap laa kurma dia... huhuhu
disebabkan 2 beradik tu dah tak berapa nak stabil
saya tapaukan je pastu makan kat hotel.
saya sekeluarga stay di Hotel Aya.
caner boleh dok sini?? kisahnya sblm tu tertengok kat astro apa tah pasangan Irma hasmie
honeymoon kat situ. mmg cantik dan hotel tu hotel islamik.
tu yang boleh ter stay kat situ.. bilik pun besar, puas dua beradik tu lari2 kejar2 dalam bilik.
cuma takde bath tub je... yg lain semua ok. maklum laa hotel baru.
siap ada quran dan yasin.. sejadah pun ada.. iyer laa kata hotel islamik kan..
tapi kalu ada azan tiap kali masuk waktu solat lagi bagus... hmmm.
lepas makan, kasi 2 beradik tu rehat. dalam kul 5.30 kami kuar pusing town...
tapiiii... 2 beradik tu bantai tido dalam keta pulakkkk...
makanya masa singgah kat Haji Ismail Group tu aku jer yang kuar beli barang,
suami tinggal dgn anak2 dalam keta.. yuhuuu.... banyak gak melabur kat sini.....
nak baca langkawi part 1 sila klik SINI
pilih apa yg berkenan rayyan ooii...
adya hotel
jamban pun saya snap...
UPDATE:
saya update adress hotel tu bg yang bercadang nak ke Langkawi. Hotel ni betul2 depan KFC. untuk makluman yang bertanya rate
4 hari 3 malam saya di hotel Adya adalah RM1050. itu adalah rate govt. kalu rate biasa RM1600++.
ADYA HOTEL LANGKAWI
No 1 PT, 4001, Persiaran Mutiara 2
Mukim Kuah 07000 Langkawi
Phone : +604-960 8000
Email : reservation@adyahotel.com
7 comments:
kalau tak keberatan bole tak nak tau harga semlm kat hotel adya ni...cantik dan bersih...
Wah syoknya jalan-jalan Langkawi...
teringin nak ke sana...
InsyAllah satu hari nanti mesti ada kesempatan ke sana...
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/
ADYA HOTEL NI KAT MANA NI ... X PRASAN PLAK AI ....
MKNAN KAT LANGKAWI MMG SEDAP ... AI IS RINDU KAMPUNG HALAMAN ... BALIK SANA HARUS MKN GULAI SAMPAI PUAS2
Bersih nampak hotel ni.. nntpergi leh survey2 .... seronokbercuti time org xbcuti kan... hihi
nampak selesa bilik tue...
klu bawa anak2x kena pow memang x sah la...hehehe
Mahal jugak ek amy..hahahha...
Stay kt hotel baru mmg best...cantik dan selesa nampaknya...
Post a Comment