Tahun ni adalah tahun akhir
saya menyambut hari lahir 3 series.
Actually lagi 2 bulan pun besday tu. Masuk 2017
aku dah 4 series uolss…
Mmg terasa sangat
meningkatan umur tu. Sobs..
bukanlah bersedih Cuma mcm banyaknya nikmatNya saya
telah rasai sehingga kadang2 leka dengan dunia. Jika ditanya apa yang saya
inginkan,
saya hanya ingin lebih banyak masa diluang bersama anak & suami.
Bukan
lah selama ini saya tiada masa langsung tetapi kekangan kerja membuatkan masa
begitu suntuk. Setiap pagi keluar rumah seawal kul 7, ada kwn2 lain keluar
rumah pukul 6 lagi!!! Oohh ini saya tak sanggup. Bertemu dengan rumah semula
kul 7.30- 8 malam.
Balik kje berkejar pulak
dengan solat mandi, sediakan mkn malam, kemaskan dapo.
Lepas tu series mmg
penat giler rasa.
Masa lagi ada sejam jer bersama anak sebelum tido.
Ikut hati
mmg nak landing je depan tv dengan suami layan drama2 sambil santai hirup kopi.[BERANGAN]
Tapi gagahkan jugak laa ajar anak selai dua muka surat membaca, bermain, belek
buku sama2 dengan diorang.
Esoknya ulang lagi rutin
yang sama. Sighhh!!!
Dan saya yakin ada mak2 yang lebih sibuk dari saya.
Seharian
x sempat tengok pun anak sbb kul 9 anak dah tido, mak pulak kul 10 baru dapat
jejak rumah… bukanlah merungut, tp inilah reality hidup di ibukota Kuala
Lumpur.
Ada jugak kata “apsal tak
masak?? Kan senang beli jer….”
Yer mmg senang beli bungkus
je.
Tapi saya lebih suka masak sbb bukannya saya masak sedap,
tp soal
kebersihan dan air tangan.
Walaupun saya hanya masak nasi & ikan goreng
kicap.
Saya lebih puas bila masak untuk keluarga sendri, wpun sedikit penat
disitu.
Bila saya bgtau mcm ni bukan lah bermakna saya langsung tak pernah
makan di luar,
jangan pula silap faham.
Bila anak2 dah semakin
membesar,
mmg saya nak spent masa bersuami [jika di panjangkan umur, InsyaAllah].
Buat aktiviti bersama. Berkebun, berjalan2 ke negara orang, pergi masjid
bersama.
Pergi bersenam ke taman bersama.. oohh ohsem sangat rasa.
Saya mmg tidak setuju bila
akak2 yang dah nk pencen kat opis saya berkata “mati kutu laa akak bulan depan,
tak tau nak buat apa bila pencen nanti.
Dok umah pandang siling je laa nanti…”
ohmai… tak tau apa di minda diorang ni, buat keje ni bila gi opis je ke??
Sedangkan
banyakkkkkk nya benda yang boleh di buat di rumah.
Anak2 tak selamanya bersama
kita.
Bila meningkat remaja diorang dah tak nak ikut ibubapa diorang dah.
Lebih
suka isi masa dengan aktiviti masa diorang sendiri,
dengan kawan2 dan akitivi
sekolah.
Ni pun berdasarkan pengalaman saya sendri.
Di sini pun perlunya
ibubapa memantau jugak apa jua aktiviti anak2.
Zaman teknologi serba canggih ni
semua dihujung jari mmg perlu pengawasan ibubapa.
Begitu juga seterusnya roda
kehidupan bila mereka berkahwin dan berkeluarga
, mereka akan bersama keluarga
mereka,
dan kita[isteri] akan tetap bersama pasangan kita[suami].
Bila ada yg mengusik
bergurau [mungkin dalam serius] saya
“anak2 dah besar, tak nak beranak lagi
ke??” saya hanya gelak..
langsung tak kecik hati pun.
Rezeki anak pun Allah yg
bagi, amanah & tanggungjawab yang paling berat untuk kita.
Kalu setakat
beranak ramai, tp semuanya huru hara.
Hmmm… lagi pun bila doctor kata ada
kompilasi jika saya mengandung lagi selepas bersalinkan yaya dulu, saya tak nak
amik risiko tu.
so untuk masa sekarang biarlah saya membesarkan diorang dengan penuh kasih sayang, dan mencukupkan keperluan diorang, rohani dan jasmani.
InsyaAllah... doakan saya diberikan kesihatan yg sebaiknya....
1 comment:
rindu nak sembang2 ngan Amy lelama..nasib hari tu dpt jugak jmpakan
Post a Comment