Tuesday, October 10, 2017

Part 2: Cuti-cuti Perth day 1


kitorang mmg sengaja ambil flight mlm dengan harapan budak2 tu akan tido kepenatan...
so pagi tu boleh laa berjalan2 terus lps check in ke homestay.

flight touch down pukul 5.30am. 
sampai jer terus settlekan urusan dengan imigresen  & kastamAustralia. 
cuak jugak masa kat kastam, sebab hasil google kata akan ada anjing yang akan menghidu luggage dan bag. 
yang saya risau budak2 ni akan menjerit ketakutan sbb tengok anjing besar je.
alhamdulillah semasa tu tak ada langusng anjing dan beg kitorang selamat tanpa diselongkar.

TIPNYA: korang kena siapkan list barang2 makanan yang dibawa. semua makanan yang dibawa LINK saya dah siapkan list dan print siap2. masa kastam tanya just bagi kat dia. :)

pastu solat siap2. kat airport Perth ada bilik bertafakur utk semua agama. 
rasanya org Islam jer kot yg gunakan bilik ni utk solat. 
tempat ambil solat pun ada dlm bilik ni. 
so tak payah menapak keluar ke toilet untuk ambik wuduk.
cuma takde laa penghadang utk lelaki dan wanita. 
nak solat je pun kan bukan nak buat tahlil dalam bilik tu. hahahaha...


SEBAB APA PILIH PERTH?
  1. Lokasinya di Australia Barat (Western Australia – WA).. So, kiranya paling dekat dengan Malaysia compare dengan Sydney, Melbourne dll..
  2. Hanya 5 jam tempoh penerbangan..Kena tengok faktor ni kalau ada bawak anak-anak kecik macam kitorang  🙂
  3. Boleh manja-manja bergambar, bagi makan kangaroo..koala dengan wombat boleh sentuh je la.. Semua haiwan ni takde kat Malaysia.. Lokasi yang sangat sesuai untuk bawak anak-anak bercuti..
  4. Bulan September adalah peralihan musim sejuk ke musim bunga, so cuaca masih sejuk dan nyaman. tak nyesal pilih musim bunga sbb dapat tgk tulip yg sgt cantikkkkk
  5. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati kat sini..
  6. sape yg suka makan, Lamb rib kt sini adalah yg terbaik saya rasa.
  7. Tiket murah Air Asia X   🙂. saya dapat tiket AA RM2240 untuk 4 orang return termasuk meals in flight & luggage 30kg.
selesai jer urusan dengan kastam dengan bangganya terus boleh tarik bag keluar. 
dan terus beli sim kad Optus di ruang legar airport. 
kami bernasib baik sbb takde orang masa tu dan urusan pun cepat je selesai. 
15$ untuk 7 hari semasa di Perth.
 ini pun penting untuk waze, google map & 
untuk bertanya khabar orang di kampung. hahahaha...

lepas check in homestay terus ke Spudshed (supermarket) untuk shopping lauk pauk bersama host homestay kak maya.
 oohh... sebelum tu kak maya jugak yang amik kitorang kat epot. 
tak penah lagi jumpa host homestay sebaik kak maya siap offer diri utk amik kitorang. urusan kereta sewa pun kak maya uruskan...
jadi tak payah nak bershuttle2 atau amik uber bagai. 

masa kat Spudshed saya macam kejakunan sbb sayor2 semua murah weiii...
 convert dgn duit RM pun still murah. 
geram sampai rasa nak beli wak balik KL kooo... bayngkan brokoli 3 pokok hanya 1$ jer... kalu kat KL 1 pokok jer dlm RM4 kot. 
pastu plak semua fresh2 dari ladang. kentang... bawang.. adududu... 

lps beli lauk pauk ayam, telo dan sedikit sayo2, 
balik homestay semua dan rehatkan badan. 
breakfast pun kak maya dah siapkan untuk kitorang. mee goreng & air kopi.
makan masa sejuk2 mmg sedap tak terkata.

lepas berehat sekejap laju2 keluar balik sbb nak beli apple strudle. 
kedai pastry corica tu tutup kul 12.30 hari sabtu. 
masa keluar tu dah pukul 11.30. 
alhamdulillah sempat jugak beli, tu pun tinggal 1 jer lagi. 
memang rezeki kitorang laaa..

perjalanan diteruskan untuk jalan2 cari makan plak. 
nak cari charcoal chicken terjumpa plak Ispa kebab. pergghhh... mmg tak menyesal datang sini sbb beriani & rib lamb dia teramat sedap. 
sampai nak repeat skali lagi sblm balik KL. sempat sembang2 dengan owner dia.
 katanya dah lebih 14 tahun dia berniaga kebab kat Perth. 
pastu resepi origin dari Turki nenek moyang dia mmg tukang masak kat sana. 
patut laa sedap. tengah menaip ni pun terbayang2 juicy lamb rib dia..

terus solat zohor kat restoran  Ispa ni. solat kat dapo dia jer korang tau tak, 
alas kotak bentang sejadah. bergilir2 kitorang solat..

lepas solat kitorang ke Chemist. patut laa orang Malaysia kalu datang sini giler2 beli perfume. murah giler wehhh!!! mekap pun murah yang amat. 
International brand plak tu..
lemah lutut tengok harga sbb murah sgt. 
nasib baik tak terjebak sgt. cuma beli 2 botol perfume jer. dalam 20$ sebotol.

lepas tu kitorang pusing2 bandar sight seeing.. 
ke Elizabeth Quay, Kings Park & Bell Tower.
tak turun bergambar pun sbb budak2 ni dah kepenatan.






port wajib bergambar kat sini lepas lulus kastam

nasib baik orang tak ramai. laju2 kitorang beli simkad kt optus ni. 
lokasi: dalam bangunan epot Perth lps lulus kastam. byk je syarikat lain tp optus ni recomended org kata.

selpik depan homestay dengan lakik. edngan tudung senget bengetnya...

brokoli 3 pokok 1$..



apple strudel di corica mmg tidak mengecewakan.  24$ satu... 
siap beli tapau masa nk balik KL

lunch kitorang di Ispa kebab yg sangat sedap

mcm2 menu ada.. bukan kebab jer tau

sempat borak dgn owner dia... asben mmg puas ati mkn rib sini

hstay & kenderaan sewa kami di Perth

lps balik dari beli barang basah ada eksiden kt trafik light tu. kt perth takde berkerumun ramai2 tengok eksiden tu, so xde jem area tu. semua kenderaan bergerak seperti biasa. hanya ambulans & polis jer kat kawasan eksiden tu. kalu kat Malaysia hmm... semua perihatin sampai jem berkilometer.
pastu viralkan kt fb.. lain sungguh culture diorang ...




hidangan di Ispa kebab


perfume yg murah di Chemist Warehouse.
 mekap pun murah2 ralit saya tgk sampai lupa amik gambar.


klik bawah untuk link:

http://amerislovely.blogspot.my/2017/10/part-1-persediaan-ke-perth.html

4 comments:

Chekgu Azrine said...

murahnya perfume...nasi beriani ke arab tu..nampak sedapnya lahai!

safurara said...

alaaaaaa bila lahhh dpt bercuti lg ni.

Nadiah Hanum said...

Makanan sedap2! Bestnya..tang makanan jugak yg ciknad ushar..haha..

Unknown said...

Sis sewa Homestay apa?

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015