Wednesday, May 13, 2015

Shopping di HIG dan Island Hopping Langkawi: Part 3

sambung dari entry langkawi part 2 kat SINI


 ni  kat Haji Ismail Group pada hari pertama di Langkawi.. 
lap peluh... mmg tempat sawan utk para mak2 tengok benda2 ni semua.. 
saya pun geram jugak melihat tp memandangkan had luggage kami hanya 40kg.
 kutahan jebat...
 eehh sebenarnya ongkos pun takde nak memborong bagai... 
lagi pun niat ke langkawi bukan nak borong benda ni semua,
 beli yg perlu je.
yg saya beli banyak adalah coklat je...ngeeee...



untuk tatapan mata sahaja. harga mmg sgt murah berbanding kt semenanjung

ni hasil aku memborong pada hari pertama di HIG, lap peluh lagi... pfftttt...

hari ke-2 di langkawi kalu ikut tentatif, kami ber island hoping.
sebenarnya untuk ke island hoping ni saya takde arrange dengan sesapa lagi..
malam sebelum tu whatsapp group gojes tanya. 

nasib baik ada geng gojes Zila dari langkawi. 
dia bagi no fon kuarga abang ipar dia yg mmg buat bisnes keta sewa,
 island hoping dan homestay kat langkawi..
nnt saya bagi info yer...

masa deal dengan Wan budak island hoping tu,
dia bersetuju untuk amik kami sekeluarga di lobi hotel
pada pagi tersebut untuk ke jeti bot. bagus sangat si wan tu.
lagi 10 minit nak sampai dia call,
 jadi takde laa kita terkocoh2 masa bfast tu.
 ngam2 abiskan bfast dia pun sampai sangat recomended..
lega skit rasa sbb takde laa kitorang menyesat cari bot diorang kat jeti nanti.
 lepas siap2kan budak2 tu, bfast kat hotel, si wan tu sampai.
sempat aku menapau beberapa ketul kek, mufin dan sosej utk bawa ke pulau.
suami pun dah belikan biskut, roti dan air minuman
 memandangkan harga air kat sana mahal weii..
boleh baca tip kat SINI

dari jeti ke Pulau Beras Basah amik masa lebih kurang 45minit gak.
bot agak laju jugak..bagi saya kalu mengandung tu tak digalakkan sangat.
 boleh cuba dapatkan nasihat doktor dulu.. dalam bot boleh muat 12 orang.
kat Pulau Beras Beras budak bot tu bagi masa 1 jam kat sini.
so boleh mandi, amik angin, bergambar.

lagi satu kat pulau ni banyak monyet. yg bawa anak kecik kena hati2 skit.
sbb monyet2 ni boleh jadi ganas jugak...

rayyan dan yaya mmg pantang laa tengok laut. mesti nak mandi punya.
saya mmg dah stand by baju mandi diorang. pastu bawa sepasang baju spare..


time mood dia elok mmg best amik gambar budak ni...

si rayyan pulak suka sangat buat binaan dengan pasir..

cuaca yang sangat cantik...

ada jugak gambar 1 family tp rayyan mmg anti camera tau...

lepas ke pulau beras basah destinasi seterusnya ke Tasik dayang bunting pulak..

muka dah serabai

time nak bergambar sokmo buat hal. sorg blkg bontot, sorang lg sorok muka...

masa kat dayang bunting, saya tak naik pun ke atas. suami je yg menapak naik. 
saya cuma lepak dgn anak2 sambil tgk monyet2 kat situ...

time ok siap boleh peace nak ambik gambar



 
selfie je laaa. laut kat belakang tu cetek je tak berombak pun

 eagle feeding. byk betul helang kat tempat ni, 
tak tau apa tarikan helang ni ada kat tempat ni je..

Pulau Dayang Bunting. mmg nampak jelas bentuknya




INFO:
bot untuk island hoping - Riduan  watsapp- 0176916975

klik untuk baca  citer Langkawi
PART 2






10 comments:

diary_ciknaa said...

kak! baru teringat cekelat daim saya..

Aeen said...

sampai tasik dayang bunting akak x naik ek? ain naik sampai atas kak...Ya Allah..betapa seksanya bawak budak2 tu naik sana..sampai sakit2 badan...dalam bot plak anak2 ok x takut..maknye la yg lebih terjerit2 bila bot tu melompat..hahaha

miss eimanhikmah said...

wahhh bagus ni kak, bulan 10 nak pg langkawi ni..boleh refer blog akak je..=)

Chekgu Azrine said...

Tazabar nk tggu our trip.bln 2 tahun depan..hahahaha

Rosmawani♥ said...

Alahai rindunya pergi ari tu.. seronok tgk ank2 hepi.. kat hig tu xtahan tgk....

eima said...

mesti borong sakan ni kat kg kite ni kan .... rindu gulai plak klu teringat kg ni

Jueliza Jamani said...

ohh pinggan corelle... aduhhhhh

mummy said...

nak letak dalam wishlist 2016 pulak hehe

juicy X said...

sekali seumur hidup mesti kena try island hoping ni hehehe

btw salam perkenalan :)

Unknown said...

Lamanya tak bw...masuk2 sini..tup2 rumah dh baru lah...lebih berseri2...hihhi
Rinduunyaa nk gi Langkawi.......bilalah nk gi lagi ni..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015