Friday, May 13, 2016

bebelan hati..

hampir ke pertengahan tahun 2016 dah kita. sekejap je kan... 
rasa mcm baru saja masuk tahun 2016..ehh 
dan tak lama lagi kita akan menyambut puasa. InsyaAllah...

lepas tu ada lagi 6 bulan utk tahun 2016.

 Rasa tahun ni banyak benda yang buat saya lebih positive
 & lebih kuat berbanding sebelum ni. 
Permulaan tahun tak berapa baik... tapi ada hikmah disebaliknya.
Ada beberapa ujian dan dugaan yang berlaku dalam 3 bulan pertama tahun ni.
hasrat nak carry forward cuti 12 hari tak kesampaian bila Mak mertua saya operate kaki sebab kencing manis pada penghujung Disember tahun lepas, 
kemudian disusuli dengan dugaan kedua2 anak sakit  sampai warded hospital, 
dugaan lagi bila mak mertua saya meninggal dunia pada Mac,
April saya pulak sakit mata sampai MC seminggu.

 Saya belajar untuk lebih bertenang, 
berfikir sedalamnya dalam buat keputusan & lebih bersabar.
 Belajar untuk lebih rasional dalam mengawal emosi terutama dengan anak-anak.

Alhamdulillah…sangat bahagia bersama family kecil  saya. 
Semoga Allah terus panjangkan tempoh pinjaman insan2 kesayangan ni di sekeliling saya ni. Tak ada perkara yang lebih indah & mahal dalam hidup ni melainkan kebahagian bersama keluarga tersayang.
 
KELUARGA
Masih tetap berempat  =). Jangan tanya bila saya nak mengandung lagi..hehee

Alhamdulillah….saya bahagia dengan keluarga kecil kami ni.
 Bahagia dikurniakan suami & anak yang baik yang menjadi pendamping 
& pelengkap hidup.  

Doa saya setiap hari semoga Allah terus bagi kesempatan untuk saya terus merasai kebahagian bersama suami & anak.
 Diberi kesempatan untuk mendidik & melihat anak membesar dengan baik.
 sangat2 bersyukur punya suami yg sangat memahami dan sentiasa support saya.

KERJAYA

Masih bekerja di tempat yang sama.  
Alhamdulillah….genap 10 tahun  saya kerja di sini tahun ni. 
Banyak yang saya belajar & timba pengalaman dekat sini. 
Majikan yang baik &  Dikelilingi officemate yang baik2.
 
 Cuma cabaran kerja tu normal la. Saya anggap semua tu pengalaman berharga untuk saya.  InsyaAllah akan try improve diri lagi lepas ni.
 Banyak lagi benda saya kena tahu dan belajar.
 Belum ada sebab saya nak keluar dari sini sebab semuanya masih ok. 
Baik dari gaji, environment dan lain2. Dah cukup untuk saya. 
 Tak semua tempat kerja tu  perfect kan?mesti ada jugak kekurangannya .
 
BUSINESS

business lasagna saya masuk tahun ke 4. Masih lagi beroperasi sampai sekarang. . Alhamdulillah…sambutan pun sangat baik. 
Sebab ni bisnes kecil-kecilan & part time,  saya buat setakat yang termampu. 
 dah tahun ni saya mula expand cuba buat frozen food. alhamdulillah sangat2 menggalakkan. dari buat utk makan-makan sendiri dan ada permintaan utk jual.
rasanya business masak-masak dan makanan je yang sesuai dengan saya kot. 
benda-benda lain tak reti sangat. 
 
Semoga Allah mengurniakan saya kesihatan yang baik dan boleh manage time dengan baik. Sama rata untuk kerja dan family. Untuk fizikal & rohani. 
Bab ni saya berterima kasih sangat dekat husband sebab banyak bagi support & tolong jual skali kat kawan2 dia. Selagi ada keupayaan, masa dan rezeki InsyaAllah akan terus berbisnes. Minat kot...
 

1 comment:

Chekgu Azrine said...

All the best Amy...lama dah xjmpa amy

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015