Tuesday, May 10, 2016

RESEPI: apam coklat yg sedap dan mudah

weekend lepas saya terlebih rajin. sabtu & ahad buat kek. 
ala kek mudah2 je pon.
saya ni jenis malas nak berlama2 kat dapo.
asal anak suka dah cukup nagi saya. 
yg penting aktiviti buat kek ni di buat bersama2 diorang.
biarkan je bersepah. learning proses jugak tu. 
pastu sama2 kemas dengan rayyan & yaya.
sronok!!!

hari sabtu buat apam coklat. saya pernah share sebelum ni.. LINK.

tapi kali ni saya tambah 1sk nescafe dan rasa dia lagi ummph...
korang mesti cuba tau.. mmg sedap. 
kebetulan bolgger CIKNA datang umah saya amik frozen food. berketul2 dia makan.


BAHAN:
2 cawan gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1sk soda bikarbonat*
1sk penaik*
2 biji telur
1 cawan susu low fat/susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas.

yg bertanda * ayak dulu.

CARA:
gaul semua bahan kering,  gandum, serbuk koko, gula, soda, penaik, nescafe.

masukkan telur, minyak, air panas, minyak, susu cair/low fat, susu pekat. kacau sebati.

panaskan pengukus, masukkan dalam cup apam. kukus 15 minit. siap!!!

kalu guna loyang kukus 45 minit ke 1 jam.

2 comments:

Qhaifa Nur said...

selalu gak buat tp yg ini nmpk sedap pulak...

Dilah said...

anak2 dilah pun suka makan apam ni kak.. best kan...

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015