Monday, January 14, 2019

Persediaan & muqaddimah sebelum ke Yurop

bismillahirahmanirrahim...
hi korang... lamanya tak bersiaran kat blog suam ke dah sejuk beku terus hahaha.. nasib baik password ingat lagi, tu pun kena tgk buku.
last posting yg agak lengkap masa lepas balik Perth 2017. omg...omg... gila ko bertahun wehh.. wpun sblm tu ada juga post tp yang ada dalam draf je. hampoonnn korangggg...

entry #Yurop ni pun tak tau ada ke ke tak yg sudi baca. ke nak draf jugak utk rujukan sendiri.

saya cuba sedaya upaya merajinkan diri. tapi part sewa keta, homestay & hotel saya serahkan baton kat Encik suami untuk teruskan sbb benda2 tu semua dia yang handle 100%. bukan senang tau, dah booking lps 2-3 hari cancel balik.study balik route kitorang. pffttt... sangat mencabar. tgh makan pun study Yurop ni.

pastu pegi plak dengan anak-anak yang lasak wehh. musim winter pulak tu. double triple cabarannya.
saya plak pikir pasal makan anak-anak je. nak berjalan jauh perut diorang kena jaga. mampu ke nak hadap roti jer.dah makan berat2 kat hotel/homestay bawa plak bekal.

dari awal tahun lepas lagi perancangan ke Yurop tu dah ada. tapi agak tipis jugak laa sebab kitorang kan baru pindah rumah ke kondo skrg ni, so banyakkkk dah RM tu dah berhabis untuk segala kelengkapan rumah tersebut. dengan perabot, kitchen cabinet, lampu kipas bagai. pendek kata mcm pengantin baru nak masuk rumah. haaa gitewww...
dari Sri Gombak ke Seasons Garden hanya angkut baju bajan sahaja. so korang boleh bayangkan mcmana kitorang dah spent. pastu ada ati lak nak ke Yurop. OMG!! celah mana duit nak gagau wehhh....

start bulan 3 tahun lps asyik laa dok tengok harga tiket flight. 2 dewasa 2 kanak-kanak. helloooo kanak2 pun harga tiket sama je wehh.. ko jangan berangan harga tiket separuh plak.
pastu dok usha2 jugak blog2 travel ke Yurop tgk iti diorang, tgk bajet diorang, google jugak tempat yang KONONNYA nak pergi.

Yurop adalah negara yang NAKKK sangat saya pergi. tapi saya suka lg kawasan perkampungan, bukan kota dan bandar besar dan gah. very the village sangat saya nih. hikhikhik...

bulan April 2018, kitorang jumpa tiket harga return RM9400 utk 4 orang!!!! maknanya tak sampai 10k. kalu korang dapat tiket sama atau kurang daripada saya dapat ni terus je beli tau.
terus decide beli.. terus contact travel partner merangkap fmly in law hasut skali beli tiket. miahahaha

dalam kepala alaa sempat je kumpul duit nanti. nak pegi kan bulan November..
yer laa wak, kita bukan orang senang, hari ni nak pegi esk terus beli tiket, lusa terus sampai...

ramai jugak yang tanya cemana saya simpan duit. nak pegi yurop bukan mcm ko nak pegi Indon, Thailand ko ada 2k pun boleh sampai Bandung, Jakarta, Krabi, Phuket. pasal bajet nnt kita kupas kat entry lain.

*** bersambung....


tiba di Heathrow airport London.... balik melalui Paris Charles de Gaulle Airport



dalam gambar ada lg makanan yang saya tak amik nasi fozen CP. 

2 hari sebelum baru gelabah kemas baju 2-3 malam sebelum tu tido pukul 1 pagi mengemas.
lepas masuk kuar balik, susun balik, masuk balik, kuar balik.. heyyy bila mau siap daaaa..

Wednesday, August 15, 2018

Teaser yg dah basi: cerita deco2 Seasons Garden

cerita deko rumah baru kami nnt saya upload gambar before & after yer.
kasi panas, lap2 habuk & sawang dulu kat blog. nasib ingat lagi password.. dah nape suam2 kuku plak dah blog ni. tapi kena simpan gambar2 kenangan ni, penuh tahap maksimum dah hp cap ayam tu.. ok byeee...


nampak KLCC tak di situ...

RESEPI: Nasi ayam madu yang sedap

 Nasi ayam adalah paling ringkas, cepat dan lengkap untuk dimakan bersama keluarga, selain menjadi kegemaran anak-anak saya dan tidak jemu untuk dimakan. nasi ayam yang sedap mestilah berasa nasinya, sambal cili sedap dan lengkap rasa halianya. dan kicapnya ada sedikit rasa minyak bijan. jom cuba nasi ayam versi saya:

Ayam:
1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah

Bahan perap:
1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar dalam 30 minit. 

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan sejatkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Nota:
Ayam jangan dipotong terlalu kecil, cukup potong 2 atau 4 je. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. 
Saya lebih suka goreng dari dipanggang. sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.


Nasi Ayam:
2 sudu besar mentega 
Ketulan lemak ayam - untuk lebih rasa ayam
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 pot beras
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave). kalau takde abaikan.
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega dan minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 

Sambal Cili
5 tangkai cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia - saya tambah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah

Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Sesuaikan rasa garam, gula dan beberapa titik minyak bijan. Angkat.


Kuah Sup

Garam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam dimasak semula, garam.

Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.







Wednesday, November 22, 2017

REVIEW: Homestay kak Maya di Goesnells, WA


ramai yang watsapp saya tanya homestay yang saya duduk di Perth.
Homestay ni terletak di Gosnells, milik Puan Maya Mohd.
semua peralatan lengkap untuk korang tinggal sepanjang percutian di Perth.
bagi saya tinggal di homestay lebih berbaloi sebab 
kita dapat merasai cara hidup orang di sana, keadaan rumah dan suasana di kawasan perumahan yang sangat harmoni & tenang. 
bila dah stay sini terus rasa macam nak balik Malaysia.. 
hahaha.. melampau sangat kan.
 tp itu lah realiti bila saya jumpa beberapa kawan2 
yang ke Perth sampai nak migrate ke sana.. serius..

homestay kak maya ada 2 bilik, dapor, mesin basuh, toilet siap bath tub lagi..
pasal dapo korang boleh terus guna tak payah nak samak menyamak bagai sebab kak maya hanya menerima tetamu muslim sahaja. 

dekat dengan Spudshed untuk korang shoping barang2 dapo untuk masak. boleh sshopping ala2 korang dok umah sendri di Malaysia tau... lagi satu dekat je dengan stesen ketapi.

sebarang pertanyaan boleh watssapp +61410873788 ni nombor contact kak Maya..
jangan lupa seru nama saya tau, mana tau dapat diskaun untuk korang :)

korang yg bercadang nak sewa keta juga boleh tanya kak maya...
dia boleh uruskan.


baru sampai terus bergambar... 

ruang tamu yg luas & lapang

bahagian dapo... alaa lupa nak snap meja makan. tp mmg selesa.

wardrobe. boleh amik xtra selimut dan bantal

laundry area

bilik 1...

bilik 2...

bath tub..

toilet yg selesa

hadapan rumah yang ohsem

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015