assalamualaikum...
masa buat entry pasal rayyan masuk wad ari tu aku ada tulis nak buat review pasal hospital ni. iyer lah biasanya org buat review pasal hotel je bila gi hotel, now aku nak "citer" pasal hospital glamer ampang puteri ni.
bagi aku hospital ni nampak gah dari luar je. dari segi service, management, doktor,nurse jatuh kategori TIDAK PUAS HATI. ok, dari mula2 sampai kat emergency mmg rawatan pantas diberi tapiiii tidak ada kerusi pun disediakan, bayangkan aku yg tgh pangku si zara terpaksa kehulu kehilir redakan budak tu yg merengek. nak offer kusi jauh skali.
pastu plak dengan nak tunggu masuk wad, teramat lah lama. hampir 2 jam aku terpaksa menunggu. ok, aku abaikan perasaan x puas ati asalkan rawatan utk anak aku cepat.
aku & hubby request bilik utk satu bed, tp diorg(nurse) kata kena letak kat bilik kongsi 4 sebab senang nak pantau sbb dekat dgn kaunter diorg. dalam ati aku apsal plak???!! tu tugas diorg, jauh ke dekat ke bukan alasan. masa dok kat bilik kongsi 4 katil tu xde pun special monitor yg diorg buat. lagi satu cer korang semua pikir loceng untuk panggil nurse kat katil tu ROSAK!! aku jugak yang kena kuar panggil nurse bila malam pertama anak aku badan dia makin panas smpai 39'c. aku pendam lagi.
hubby plak siap nak minta tukar gi hospital lain, tp memandangkan kesian kat rayyan nak cucuk2 lg kt tangan, nak pindah bagai. kitorang redha je. masa nak mandikan rayyan hubby minta nurse tu bukan jap wire utk masuk air tu kat tangan rayyan, masa nak minta nurse pasang balik, selepas 3 jam panggil baru nurse datang. aku mmg hangin giler rasa. mmg xde nak kecoh2 kt sana sbb pikir anak tgh sakit masa tu.
hari ke-3, baru pindah ke bilik single. bagi aku bilik pun mcm dorm hospital biasa, iyer la since wad kanak2 biar la ceria sikit, harga bilik pun bukan murah ok. lagi skali loceng untuk panggil nurse ROSAK!! kat hospital ni takde techinician ke?? harapkan mahal je. pastu plak susun atur perabot teramat la tidak sesuai. ada ke patut side table telefon sblh toilet di mana pesakit perlu turun atas katil berjalan menuju ke ke side table tersebut utk call nurse(kena call sbb loceng rosak). bukan lah nk berlagak dok bilik single, tp sbb privacy, keselesaan dan sebagainya.
pastu ada beberapa kali bila call xde pun nurse angkat dan masa ni hubby aku kena menapak ke luar untuk panggil nurse ke bilik.!!!
korang yg pernah admid ampang puteri ada pengalaman tak? cmner dgn service?
aku bukan la nak riak ke hape tp bila kita bayar sesuatu yg mahal meti kita harapkan sesuatu yg memuaskan hati kita.bukanlan mengharapkan layanan mcm hotel 6 bintang. tp cukup lah service yg ok sepadan dgn kos yg kita bayar. lgpun ni bukan kali pertama ahli keluarga aku admit ward. bagi aku baik gi hospital yg kecik2 tp servicenya ok.
oohh... aku ada amik gambar ari tu tapi bila nk tgk balik semua gambar2 bilik, wad, xde dlm memory card. huhuhu... sedey gak sbb xde bukti. mmg kalu ada kena admit lagi mmg ampang puteri bukan pilihan aku & hubby.


