Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Tuesday, November 21, 2017

Rayyan Allergic

minggu lepas kitorang ke Hospital Columbia Setapak untuk ambil result allergy. 
saya belum sempat lg cerita mcmana dia kena allergy masa
 kami ke Johor masa majlis pertunangan adik saya.
otw ke johor tengok rayyan tergaru2 kat badan, tangan dan kaki dia. 
 mata pun dah merah2.
cuak jugak saya sebab takut chicken pox. 
terus singgah klinik di seremban. 
kalau betul chicken pox terpaksalah kami berpatah balik. 
iyer lah kan takkan nak pergi majlis bertunang dengan keadaan dia mcm tu.
tak pepasal kang jangkit abis kat orang lain.
syukur alhamdulillah.... doktor kata cuma rasahes dan allergy biasa.  
pelik jugak sebelum ni dia tak pernah allergy sampai mcm ni.
so teruskan jugak perjalanan ke Johor, 
hajat nak singgah beli nasi beriani di Batu Pahat pun tak jadi sebab dah lewat.

balik dari Johor keadaan dia masih tak berubah. 
asyik tergaru2 lagi walaupun dah mkn ubat, sapu losyen yg doktor bagi.
so kami decide untuk bawa dia ke Hospital Columbia untuk untuk check detail.
jumpa doktor Khairul doktor pakar PAED yg dah biasa dengan budak2 tu.
amik darah. 
pastu doktor suggest untuk buat blood test untuk tahu lebih 
lanjut apa sebenarnya yg Rayyan allergy.

2 minggu kemudian baru dapat resultnya..
setelah doktor explain baru laa kitorang tahu yg rayyan ni allergy ikan kod, 
allergy hama di tilam dan bantal, dan debu rumah & karpet.
debu rumah & karpet tu mmg kitorang dah tahu sebelum ni. 
sebab tu kerap vacum & mop lantai rumah.
lepas ni kena lagi kerap vacum & tukar cadar & sarung bantal.
minggu lepas kitorang ke ikea, saya siap beli pillow protector utk rayyan & yaya. 

kos untuk blood test allergy ni adalah RM400. 
bergantung pada hospital yang korang pegi,
saya pun baru tahu ada blood test allergy ni. 
senanglah kalu dah tahu jenis allergy kita boleh elakkan awal2 kan.. 
samaada makanan, bulu haiwan dan sebagainya...



tanda-tanda awal allergy dia. timbul biji2 merah mcm chicken pox

paling ketara kaki, tangan dan pelipat di siku dan lutut.

kt hotel malam tu abis satu badan saya sapukan dia losyen

amik darah utk test bllod allergy.. nangis kemain..

selpie anak beranak di hospital..

2 beradik..

yg very positive tu mmg sangat tinggi lah...  no. 17,18, 34 & 35...

Thursday, August 3, 2017

Malang tidak berbau

assalamualaikum...ada lagi ke yang baca blog ni ehh..
2 bulan menyepi senyap terus..

alkisahnya mcm ni lepas raya ari tu laa 6/7/2017 terjadi satu peristiwa.
masa nak amik anak saya kat umah pengasuh, 
saya jatuh terpeleot kat divider hitam putih tepi jalan tu.
tak tau mcmana saya boleh careless masa tu. jatuh terus sujud kat situ, dah tak boleh bangun terus. mas jatuh tu mmg ada bunyi prapppp...

muka tahan sakit lps gi klinik

nasib baik masa tu bersama husband. dia angkat saya terus ke kereta. 
amik anak terus ke klinik yg biasa saya pergi di Prima Gombak.
lepas je masuk keta terus rasa mcm nak muntah, mata terus gelap mcm nak pitam.
sampai klinik mmg tak boleh jalan langsung dah. 

dalam kepala saya ingat mcm dah patah kaki, lumpuh dah. huiii dasyat punya lah...
kat klinik doktor cek bg ubat tahan sakit  krim sapu dan bandage je.
sebab baru kena kan mmg tak nampak apa2 lgi. tapi sakitnya Allahuakbar...
Jumaat mc, rehat laa saya kt umah, jalan jengkit2 gi dapo, toilet... buat kje ringan2 jer. masak mmg tak laa.. 

memandangkan musim raya mmg banyak laa open house, kenduri masa tu. kebetulan sabtu ada kenduri anak pengasuh budak2 tu kat Bangi, gigih jugak nak pergi wpun kaki berbungkus, jalan senget2. lps kenduri tu siap ke Tesco lagi beli groceries.

Ahad pulak gi open house gathering umah Mimi nun di Klang sana. 
jalan selangkah2 mcm baby baru nak pandai jalan.
Isnin, Selasa mcm tak surut2 pulak bengkak dan makin sakit!! 
gi klinik balik terus refer ke hospital.
buat xray sume mmg takde retak patah pun.
 tp doktor decide utk simen terus kaki saya sbb koyak dah makin besar sebab dah bk pergerakam (gi kenduri, tesco, beraya) fes time dalam hidup kaki bersimen.
3 minggu mc hokay!!!

3 hari pertama saya dah tak keruan, stress, kemurungan. 
semua benda nak buat tak boleh, nak tido pun tak selesa, nak gi toilet, nak mandi... padahal sikit je ujian Allah bagi.
dengan rasa gatal kat dalam tempat simen tu. 
sampai saya cuba untuk gunting bhgian atas simen tu utk garu. 
sampai pegi klinik bgtau doktor utk bukak simen tu tp malangnya klinik tu takde alat utk potong, kena refer hospital!!!

minggu berikutnya saya call hosp untuk buat appointment buka simen. 
sebab minggu berikutnya saya nak balik kb jumpa ma & abah yang akan menunaikan haji. tak sanggup berjalan ke airport dengan kaki besar mcm tu. hazabb ooii...
nasib baik berjaya pujuk doktor buka simen tu. pffttt...

lepas je bukak simen tu rasa mcm nak lompat bintang, berjoget2 depan doktor.
perasaan mcm tetiba dapat kaki balik. mcm tu laa lebih kurang.
lepas buka tu saya masih tak boleh lasak2 lagi sbb masih fragile kan.
 tp bawa keta dah boleh. yeayyy...

lps tu sronok gi pasar, gi amik anak2 skolah, gi dating dengan blogger ciknad breakfast sambil borak sampai lupa diri. hahhaha
berpeluang jugak laa saya jadi surirumah sekejap.

 sempat lagi bergathering rumah mimi dengan jalan pun senget2
kaki lps bersimen. mula2 belajar bertongkat hampir nak jatuh tersungkur...

Thursday, September 8, 2016

semuanya berubah 100%...

masuk minggu kedua lepas suami saya sakit ari tu.. 
boleh dikatakan menu kami anak beranak bertukar 100%.
 masa mula2  ari tu saya masih lagi kurang pengetahuan
 tentang penyakit yg dia hadapi dan corak pemakanan dia. mmg total dah berubah.

mcm2 kajian dan pos mortem saya buat,
 termasuk laa recall balik tabiat pemakanan dia 2 minggu
 sebelum kena hari tu.
 antaranya dia banyak mkn durian, 
sampai kitorang ke temerloh makan patin tempoyak dan 
dia pula singgah tah apa nama tempat makan durian.
 tp saya bukan penggemar durian.

lepas tu mungkin saya masak agak pedas, ada yg bersambal dan berkari. 
semua ni adalah penyumbang untuk menjadi iktibar orang kata.

kalu nak ikutkan dia bukan lah perokok. 
tapi bila kita sakit bermakna Allah sayang kita kan.. 
dan ini ada satu ujian untuk kita lebih mengingatiNYa.

alhamdulillah,, suami kata lepas dari kejadian tu dia rasa lebih tenang dan lebih rapat denganNya.

untuk 2 bulan ni, menu suami hanyalah bubur. 
so setiap mlm mmg saya masak bubur untuk esoknya bersama sup ayam.

pola minum dia pun dah bertukar.. tiada lagi kopi & teh.
 skrg hanya minum susu omega, susu kambing & oat.
 sesuatu yg dia tidak suka dulu kini menjadi kegemarannya pula....


Thursday, September 1, 2016

bila Faris sakit...

pada 22/8/2016 kami balik kerja seperti biasa dan menjalani rutin harian hari kerja. malamnya suami menyuarakan untuk ke klinik. pada raut wajahnya mmg nampak ada ketidakselesaan di situ. dan saya bertanya boleh ke drive sendri? kalu nak pegi klinik baik cepat nnt kul 10 klinik tutup. walaupun ada klinik 24 jan dia lebih selesa dengan satu klinik tu ...[alaaa... lupa plak nama klinik tu]

lebih kurang 10.30 dia balik. saya dan anak2 dah siap nak tido. tetiba kul 11 lebih dia nak ke klinik lagi.. terus rasa cuak. kenapa??? dan saya dapatkan dia mmg tidak selesa sangat.

ok. dia terus ke klinik MediPrima di Sri Gombak.. tapi dia tidak tido di bilik lepas balik di klinik. hanya lepak kat bawah. lebih kurang pukul 2.30am skali lagi dia kejutkan saya nak ke hospital. bingkas saya bangun. berkali2 saya tanya samada boleh atau tidak dia drive dengan keadaan mcm tu. saya packing sepersalinan pakaian, incase kalu warded. 

kul 5.00 pagi dia call saya minta bukakan pintu. ward penuh katanya. 
dia dah buat appointment dengan doktor kul 9.00. 
pagi tu nampak dia tido sangat lena. pukul 8 lebih saya kejutkan dia untuk ke hospital.

selepas jumpa doktor pakar [saya di opis masa ni] baru lah doktor bagi ubat untuk fliush segala isi dalam perut untuk lakukan proses untrasound, kolonoskopi & skoop. 
seram sejuk saya mendengar bila doktor bertanyakan history family yg ada penyakit kronik mcm kanser, ulser, radang usus dll.  mcm2 benda terlintas masa tu.
 mmg tak terjangkau nak pikir.

malam tu suami nak tido di hall bawah. 
so saya dan anak2 pun turut tido kat bawah jugak. bagi sokongan kat dia.
 sebab dia akan berulang alik ke toilet... 
sebelum2 ni pun kalau salah sorang anak2 sakit, kitorang mesti tido bawah. 

esoknya saya meneruskan rutin seperti biasa, hantar yaya & rayyan kt sekolah & BS. 
kul 11 pagi saya keluar semula untuk ke hospital menjenguk Faris.  
masa tu dia baru lepas selesai buat segala rawatan.
alhamdulillah... mamai2 je dia tengok saya masa tu. 
ubat bius masih kuat. masa tu laa saya sempat selfie. hihihi...

tak sempat borak lama sebab keadaan dia masih lemah disebabkan ubat bius.
 kul 12.30 saya balik semula ke opis. 
dan saya minta kebenaran untuk balik awal untuk amik faris di hospital.

hasil penjelasan doktor mengatakan faris hanya mengalami sakit gastrik yg teruk & kronik sahaja. alhamdulillah sgt2. rasa lega dahh... 

lepas ni perlu jaga makan & jaga kesihatan... 
mungkin silap saya juga kerana tidak menjaga makan dia sejak akhir2 tu...






Friday, February 26, 2016

apa itu Pneumonia?? 1 family berkampung di Columbia Asia Hospital

Jumaat lepas 19/2, Yaya akhirnya warded lepas demam lebih dari seminggu. 
bermula dengan batuk tak henti, pasu demam on off. dengan muntah lagi.
 petang isnin lps balik keje bawa gia gi klinik, bila cek suhu 40.4'c terus doc masuk ubat montot dan tulis surat untuk refer ke hospital sbb demam terlampau tinggi.

selepas 4 hari still lagi demam, saya dan suami terus bawa yaya jumpa pakai kanak-kanak di hosp Colombia Asia Setapak. bila doktor cek terus, suh buat xray dan warded. 
lega dah 1 hal.

kul 12.30 saya call BS tanya rayyan. 
mmg setiap hari saya call bertanyakan dia apabila pulang dari sekolah. 
terus BS cakap rayyan demam dan start muntah. ohh maii...

terus call asben to fetch rayyan & bring him to hosp.
 nasib baik saya cepat, sebab hari tu hari jumaat, 
masa pendek  so terus bagitau doktor dan doktor advise suruh warded sbb simptom sama dengan yaya. so minggu berkenaan kami berkampung di hosp sekeluarga...

rayyan & yaya kena PHEUMONIA. di bawah ni hasil saya google tentang penyakit ini..
sebenarnya pheumonia ni boleh membawa maut jika kita sekadar ambil mudah... alaa sekadar demam je kan.. 

korang... jika anak demam berlarutan melebihi 4 hari cepat2 bawa ke hosp. skrg mcm2 penyakit melanda... 
 
In addition to viruses, pneumonia can also be caused by bacteria, including S. pneumoniae, H. influenzae type b, group A streptococcus, and M. tuberculosis (TB). Walking pneumonia is caused by the Mycoplasma pneumoniae bacteria. Although it is usually a milder form of pneumonia than other bacterial forms of pneumonia, the symptoms can be bothersome, lingering for a month or more.
Less commonly, a child's pneumonia can be caused by fungi, parasites, and rickettsiae.

Pneumonia Symptoms

After having symptoms of a mild upper respiratory tract infection, such as a runny nose and mild cough, children who develop pneumonia may have a sudden worsening and develop other symptoms, including:

Diagnosis of Pneumonia

Most cases of pneumonia are diagnosed clinically, meaning that your Pediatrician makes the diagnosis after examining your child based on your child's symptoms and after a physical exam.When necessary, a chest xray and blood culture are also don











Wednesday, November 18, 2015

Cerita semalam...

hi uols...
senin slasa saya mc sbb sakit perut. 
ingat doktor bagi seharirupanya dapat 2 hari sbb saya demam kata doktor.
 rezeki lah kan..
senin tu saya masih gi keje mcm biasa.. 
bila sakit perut dah memuncak baru gatal nak gi klinik amik mc bagai..
 sudahnya kul 1 tghari baru sampai umah rehat lepas gi klinik...
senin anak2 masih lg kat umah BS.
petang dalam kul 5 baru saya gerak gi amik anak dan asben kat lrt station.

slasa baru terasa betul2 demam. anak2 pun ada dengan saya skali.
pagi tu saya sempat goreng mee utk breakfast dan asben pun bawa bekal skali.
 lepas diorang bangun dam kul 8 terus saya suap mee sambil main2 , tengok tv.
seronok betul tengok yaya & rayyan bila saya ada kat rumah..
lepas mandi buat aktiviti & games coloring dan sambung dot2 tu..
pastu makan lagi naget & kentang goreng.

dalam kul 12, paksa diorang tido sebelum masuk zohor.
saya pun dah kehabisan gas sbb demam lg.
 dalam pada tu gigih gak buat keje2 umah, 
cuci baju[guna washing mashine ofcoz], masak utk tghari kami anak beranak, 
kemas umah tak tahu brapa kali daaa...
 dah jenis tak leh tgk bersepah. 
wpun saya suruh gak diorang kemas lps main tp end up kena kita jugak...
 rasa sronok jugak 
mmg rasa kagum dengan mak2 surirumah yg supermak.

lepas bangun tido tu saya suapkan nasi diorang sambil main beskal kt porch.
 ni laa can nak main beskal bila seketul keta dah xde kan..

lepas saya solat, sambung lagi reading dan story telling.

lepas asar tu rayyan request nak makan kek. oh mai..
terus belek2 buku resepi cari resepi yg semudah ABC dan semua bahan dh ada kat umah.

terus jumpa resepi kek minyak. kek ni antara kek yang saya nak cuba tapi tak sempat2 lagi..
bila tgk resepi mcm kek apam belang susu yang saya penah cuba sebelum ni cuma ditambah minyak masak jer..

Sronok laa diorang boleh main masak2, campur2 warna untuk buat belang2 kek tu.
moment tu saya tak sempat snap sbb tangan saya pun comot jugak...

bila dah kek siap kukus kemain excited diorang...
dah hampir maghrib pun.

Rayyan: umi...
saya : iyer...
Rayyan: abang tak nak gi umah nenek lah (BS dia panggil nenek]
saya: kenapa? esok umi dah keje, abang & adik kena gi umah nenek...
Rayyan: tak sronok laa umah nenek... abang nak dok umah umi jer..
saya: ..... :(

ko rase???



 tengah coloring pun sempat ber peace lagi...

 adik pun tak nak kalah dengan abang

 ok..  fokus...

 siap 4 lauk saya masak. udang tempoyak, ikan pekasam, ikan selar goreng dan sup sayur

 tunjuk hasil masing2. mata tu fokus tv.

kek minyak kukus




Thursday, September 3, 2015

Mood bercuti hilang bila Rayyan demam... :(

merdeka lepas 31/8/2015, saya sekeluarga bercuti ke Penang...
 memang tiap2 tahun suka pergi penang untuk 
sesi jalan-jalan cari makan sambil bawa anak2 jalan-jalan.

sambil merealisasikan hasrat  rayyan nak ke hotel Trivago. 
gara2 terpengaruh dengan iklan di tv laa...
nasib baik tak tanya hotel agoda ke... hape...
bagi dia hotel mesti ada pool dan bath tub.
so kalu takde 2 benda tu bukan hotel trivago namanya...

mood bercuti terus terbantut bila rayyan demam di hari bertolak ke Penang.
sampai ke hari ni masih demam.

 sampai sana berkejar2 ke klinik memandangkan kebanyakan klinik tutup kerana cuti hari merdeka dan cuti weekend.

mood nak mengarang masih lagi ke laut. 
mata saya juga dah mcm panda datang opis ari ni.
bila dia demam, ragam mengada2 tu terpaksa dilayan..

tambah lagi bila lps 6 jam bagi ubat, badan mula panas balik, 
seolah2 demam dia reda sbb ubat je...
                                                          teaser gambar je laa dulu...



Friday, December 12, 2014

cirit birit: jangan pandang enteng [PART 2]

sambung citer dari entry SINI.

lepas warded tu siap kena buat ct scan sbb jatuh terhantuk kat toilet.
aku takde plak masa doktor buat ct scan tu sbb kuar gi solat dan beli makanan. 
masa tu dah kul 3.30ptg.
kalu tak boleh amik gambar. berjoget2 dah cacing dalam perut aku kelaparan.
 kang silap2 aku lak yang kena warded sbb sakit perut x makan. ok tak lawak...

hari ke2 warded cirit masih lagi non stop walaupun
 doktor dah masuk segala ubat, sample najis dah ambil. 
sample darah pun dah ambil. 
report lab masih tidak dapat mengenalpasti virus yang menyerang.

12 botol air dah masuk, tp badan faris masih lemah2. 



ALLAH.... tak mampu aku nak mengungkap dengan kata2

hari ke3 baru mula nampak nam makan. 
makan bubur dan yang lembut2 je.

aku???  2-3 hari tu berulang hospital-rumah. 
aku tak tido hospital sbb anak2 nnt xde orang jaga. 
aku cuma temankan asben siang hari je lps hantar anak2 ke BS.

petang aku amik diorang mcm biasa dan balik umah.
sebelum tu aku dah siap2 beli makanan utk malam dan
beli jugak KINDER JOY supaya diorang behave masa aku tengah drive.
mmg fav budak2 tu la kinder joy.. ada menan dan coklat dalam tu.

 malam kedua aku beli nasi lemak je. so 3 beranak makan ni je. 2 beradik tu nasi lemak tanpa sambal. kosong je. tapi yaya mkn banyak betul tengok tu bersepah abis..

3 hari 2 malam faris di wad. rumah mmg huru hara. start dari sabtu lagi masa asben aku mula tak sihat.
selasa kul 9.30malam baru boleh discaj lepas doktor tengok semua dah ok.
tapi badan asben masih lagi lemah dan pening mamai.

 menu terakhir sebelum discaj. nasi goreng, sup kosong. agar2. nasi grg dia sedapp

aku start keje hari rabu lepas 2 hari EL.  
lepas subuh masak awal2 untuk faris. 
xnak dia makan kat luar masa aku keje.
perut baru mula nak ok. 
kalu ikut dia nak gi makan kedai mamak je. gerammm tau..
aku masak sup sayur, nasi, ikan tenggiri buh siap2 garam kunyit nnt dia goreng tghari.

hari kedua, [hari ni] aku dah siap2 masak sup ayam dengan nasi.
tghari nnt dia goreng telur dadar je.
tu je menu. aku dah bgtau dia awal-awal, 
3 minggu pertama ni biar aku siapkan bekal dia ke opis.
tak nak kejadian tu berulang lagi. perut masih sensitif. 
bila masak sendiri kita tau apa kita letak, 
ayam pun mmg kita cuci betul bukan cincai2 macam kat kedai.

korang.... amik iktibar dari kisah aku.
sebenarnya faris pun tak tau apa yg dia makan
 sampai cirit mcm tu sebab apa yg dia makan kami
 anak beranak pun makan. mungkin kat opis, tp kawan2 dia xde pulak yg cirit.

jika cirit masih berlarutan walaupun dah amik ubat bagai, 
cepat2 gi hospital. dehaidrate yg berterusan
 boleh membawa maut. aku rasa kalu pagi tu aku
 tak terus bawa ke hospital tak tau lah apa yg jadi.....

TERIMA KASIH tak terhingga kepada semua yg bagi kata2 semangat kat aku.
kat FB, kat watsapp, sms... tak putus2 doa dari korang.
siap ada yg bagi ayat suh aku baca ..
terharu sangat. sahabat2 maya aku sangat supportive.
tak sempat aku nak reply satu2... 
 kata2 korang menguatkan aku yg melalui semua tu...

notakaki:cuma yg buat aku terkilan takde sorang pon opismate aku yg bg sokongan kat aku
bukan aku minta diorang datang melawat, bawa bunga bawa buah, antar emel seluruh jabatan nak bagtau suami aku masuk spital. cukup sekadar kata2 semangat buat aku. yaaa aku memalui saat getir sorang diri. struggle sorang2... mungkin ada yg kata alaaa cirit birit je pon, nk kecoh ke.... aku baca satu2 komen kt fb, wassap,sms. itu semua yg buat semangat aku kuat untuk melalui detik2 tersebut.sobssss...sobss...
now aku rasa seolah hubungan yg konon erat, baik tu hanya lakonan semata.thanks to abg nuar, dia sorang je yg respon. kalu aku dah masuk opis baru nak tanya tak payah laaa... suami aku pun dah kuar wad.




Thursday, December 11, 2014

cirit birit: jangan pandang enteng

aku nak citer tentang gambar Wordless Wednesday semalam entry SINI.

menurut faris (suami aku) dia mula sakit perut (cirit) start
 dari lepas solat jumaat lagi (5/12/2014).
berulang2 ke toilet dah tak tau brapa kali.
masa amik bdk2 ptg tu pun dia dah tak naik umah BS.
aku sorang naik bawa turun bdk2 tu.

sampai umah dia terus baring atas katil berselimut.
 aku cek badan dia mcm dah demam.
aku suruh dia mandi dulu, tp katanya dia nak baring jap, pening.

aku uruskan bdk2. masak bubur ayam utk dia dan anak2.
aku pun makan bubur skali.
lepas tu aku ambilkan ubat "pil chi kit teck on" [betul ke gini eja?] 

biasanya lepas amik pil tu tahan skit cirit.
 esoknya [sabtu] cirit faris masih berlarutan.

aku pulak sblm tu dah amik oder ATY  entry :

http://vanillapink3113.blogspot.com/2014/12/biler-tekak-teringin-pulak-nak-makan.html

di rawang. dah janji nak antar kat dia sambil aku ada hal skit di rawang. 
 tak boleh nak cancel sbb aku dah siap masak. 
so aku terpaksa delay kan penghantaran aty memandangkan
 faris masih berulang alik toilet.

aku watsapp aty lambat skit sebab nak gi klinik dulu.
 kul 11 pagi gi klinik.
kul 11.45 baru gerak gi rawang dengan faris berselimut dalam keta, aku drive.
sepanjang jalan aku berzikir sbb tak biasa lalu hiway PLUS,
 lori bas banyak,jalan pulak tgh renovate.

lepas hantar oder aty berdesup aku drive balik.
sampai umah kul 2.30.
faris mmg lemah tak bermaya. lps makan umat dia rehat.
 dan masih lagi berulang ke toilet.

malam tu dia tido bilik lain takut bdk2 terjaga sbb dia berulang ke toilet.

subuh ahad, dalam kul 6.30 pagi aku dengar dentuman yang sangattt kuat.
aku ingat ada orang pecah masuk rumah. 
rupanya faris dah terbongkang dalam toilet pengsan!!!!
mata ke atas macam kena sawan.
dengan panik dan terkejut aku cuba kejutkan dia. 
tepuk2 pipi dan basahkan muka dia.
masih tak sedar.. rayyan dan yaya pun bangun sbb terkejut jugak.

aku tak pasti brapa lama tp mungkin dlm 5-10 minit kot dia pengsan.. 
bila dia sedar dia suruh aku solat dulu. sementara faris cuba bersihkan diri dia.

keadaan dia masa tu bibir dah cracked, lidah dah berwarna kuning.
 sangat2 teruk. separa kritikal.

keadaan aku pulak tak tau nak citer.. dengan panik, blurr...
semua terlalu pantas terjadi.....

selepas siapkan anak dan bfast ala kadar.
 aku terus decide nak hantar dia ke hospital.
hantar bdk2 ke rumah BS terus aku pecut ke
 Emergency Colombia Hospital Setapak.

lepas cek bagai, terus masuk air, ambil darah dan admit.


bersambung....[opis aku buat fire drill pulak...]

Wednesday, December 10, 2014

WORDLESS WEDNESDAY: bila orang kuat terlantar sakit, aku lah supermakkk...

cerita selanjutnya nnt aku citer next entry... sangat sadis. 
Allah bagi dugaan penutup tahun. terjadi minggu lepas..

 



Monday, December 8, 2014

ativiti bersama anak: buat muffin coklat mudah dan resepi

since rayyan dah nak masuk 4 tahun apa je yang aku buat dia mesti nak buat jugak. tambah2 bila sesuatu yang kita buat tu dia rasa dia pun boleh buat.
 alahai anak oooiii...
tapi aku tahu ni jugak salah satu cara pembelajaran dia. 
secara tak langsung melatih otot2 dan motor tangan, jari dan otak dia.
 rayyan ni jenis mudah jugak mengikut arahan. 
so aku biarkan je dia buat. 
sesuatu yang tak merbahaya aku bagi je dia buat.
 biar comot, sepah aku boleh kemaskan.

so dari situ kita dah boleh tengok cara dia nak selesaikan masalah bila adunan muffin tu tumpah, cara dia fikir cemana nak bagi sama banyak sukatan setiap cup tu. 

aktiviti ni masa aku & dia demam minggu lepas. 
dah lama tak buat muffin coklat. 
ari tu dia minta aku belikan kek, tapi aku malas giler nak kuar.
 oleh kerana bahan2 semua ada. 
maka aku siapkan adunan tu dan bagu dia sudukan dalam cup muffin.

hasilnya ada yg penuh cup, ada yg melimpah ruah, 
ada yg setengah cup je, ada yang meleleh2 tepi cup.
aku tak kisah sbb kami je pun yang nak makan. 
bangga betul bila dia dapat siapkan 16 cup tu. 
tak abis2 citer abang buat kek...abang buat kek...

eehh korang jugak boleh praktikkan dgn anak korang jugak.





Bahan-bahannya:

A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 1 sudu teh nescafe
  • sedikit garam
B
  •   1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick
C
  • 3/4 cawan air panas
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  4. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing2 ya.
  6. utk hiasan boleh letak coklat cip, coklat rice, badam atau apa2 yang bersesuaian.

Friday, October 24, 2014

kanser testis: Alfatihah untuk Baby Naqeeb

salam Jumaat uols... selasa lepas aku ada share kat Group Gojes anak sepupu aku yang baru meninggal subuh selasa tu. Baby Naqeeb canser testis!!! masa mula2 ma aku bgtau mcm nak luruh gak jantung dengar. baby sekecik dan secomel tu dah detect kanser seawal 3 bulan. dari citer sepupu aku mula2 ingat kena angin pasang.

 baby lelaki kan ada jugak yang macam tu sbb batu tu besar sebelah. bila bawa ke Hospital abis doktor buat ujikaji semua. hospital tu dah mcm rumah ke2 sebab sepupu aku dok berulang alik dari umur 3 bulan sampai la menghembus nafas terakhir. 
last aku melawat dia masa raya puasa ari tu. ralat pulak rasa tak melawat dia masa raya aji baru2 ni. huhuhu...

semoga roh adik Naqeeb tenang di syurga. aku harap sepupu aku tabah atas pemergian anak beliau. sepupu aku menuggu hampir 12 tahun utk dapatkan baby ni tp Allah lebih menyayanginya... hugs kak tie. 


 sebelum menghembuskan nafas terakhir. dalam ICU.

 gambar2 adik Naqeeb

 Ummi Naqeeb

 comel sgt baby Naqeeb

 ni gambar masa raya puasa hari tu. baby Naqeeb baru lepas buat kimo. lemah tak bermaya je.


*gambar aku amik dari fb anak sepupu aku. tq kakak Nadia.






#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa.
kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015