Friday, January 27, 2012

Resepi: Nasi kerabu kuning

ni resepi tertangguh nasi kerabu kuning yang dah berapa kurun daaaa....


Nasi- warna kuning ( semua bahan untuk 4-5 orang makan)
3 cwn beras
1/2 sudu kecil garam
air ikut periuk nasi masing2 lah sukatanye tu.
sedikit serbuk kunyit
3 helai daun limau purut(aroma masa masak nasi ni boleh bau satu rumah)
wangi sesangatt....

Untuk Sambal Tumis

5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1cm halia
1 sk serbuk kunyit
1/2 cawan santan pekat
1 btg serai
2 keping asam gelugur
1 sudu besar budu
garam dan gula melaka

Sambal ikan

4 ekor ikan selayang (rebus & asingkan tulang & isi)
2 cawan kelapa goreng
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 batang serai
1cm halia
gula & garam skit( agak2 j2)
lada itam tumbuk skit

ulam

kubis
timun
taugeh
daun kesum
kacang panjang
ayam goreng kunyit
budu(biasanya aku masak dulu budu utk hilangkan bau. tumis bwg putih dengan 2 sudu minyak, masukkan budu, gula melaka, serai, daun limau purut, masak smpai pekat)
Keropok

Caranya

1. Mula-mula masak nasi dan masukkan semua bahan-bahan nasi, masak seperti biasa.

2. Untuk sambal tumis, blend semua bahan , masukkan bahan yang diblend tadi dan biar pekat dan pecah minyak. sesuaikan rasa masukkan garam dan gula.

3. Untuk sambal Ikan, mayang halus semua bahan dan kemudian rebus ikan dan asing isi dan tulang, goreng kelapa parut sehingga perang dan masukkan bahan yang dicincang halus dan isi ikan tadi. Goreng dan kacau sebati hingga garing. ( guna api kecil)

4. Untuk ulam, hiris halus kubis, timun, buang ekor tauge, goreng keropok, goreng ayam dan sediakan budu. Ok semua dah siap, Hidang dah sedia untuk dimakan.nyumm...nyumm...

5. kalu rajin boleh buat solok lada, daging bakar, ikan goreng tepung.

Wednesday, January 18, 2012

Aku Demam

gambar dari google

oohh... bangun pagi td rasa berat sgt kepala. suara dh x kuar, badan pun lemah je. tp gagahkan jugak diri ni siapkan diri utk gi keje. bangun kul 4.30 pagi td makan ubat. dh tak tahan sbb tekak dh sakit. huhuhu... 2 minggu lepas suami yg demam, minggu lps Rayyan yg demam smpai menggigil2 badan. panik kami laki bini bila kul 5.30 pagi baru dia tido. kes ni jadi lps bday dia minggu lps laaa. sib baik ari ahad so kami pun tido secara berjemaah 3 beranak.

minggu ni turn aku lak. cepat laa sihat, nak balik kampung plak cuti raya cina ni. kang kalu aku demam camner nak handle Rayyan yg super aktif dlm keta nnt... buatnya jem lagi la haru biru dibuatnya....

MC?? ohh... selagi mampu bangun kalu bleh nak elak sgt MC, sian kt kawan2 sbb musim peak period submit Annual Return skrg ni....

Tuesday, January 17, 2012

Renungan: Ego dgn Ilmu

salam....
belek2 majalah Solusi aku jumpa satu petikan menarik bagi aku yang boleh dikongsi dgn kengkawan semua.


ANGGUK-GELENG: Ego Dengan Ilmu


"Saya hendak belajar ilmu membersihkan hati," kata seorang ulama besar kepada seorang ahli sufi.

"Tuan sudah banyak ilmu. Saya di sini hanya mengajar sekadarnya," ujar ahli sufi secara terus terang.

"Betul, saya ingin belajar di zawihay tuan ini. Saya ingin menghilangkan rasa takbur."

"Pelajaran saya tidak menggunakan kitab..." perlahan ahli sufi berkata.

"Mana boleh belajar tanpa kitab? Tuan tidak tahu tentang itu?" ujar ulama besar itu.

"Orang yang memang tinggi ilmunya semacam tuan, tidak perlu lagi belajar melalui kitab."

"Setahu saya, sesiapa sahaja belajar, perlu berkitab." kata ulama besar itu. Serban besar dan jubah indahnya bergeser ditiup angin.

"Baiklah, apa itu takbur?" tanya ahli sufi seakan menguji.

"Apabila merasakan diri sendiri yang terbaik, memandang hina orang lain dan menolak kebenaran," jawab ulama besar itu dengan yakin. Ilmu-ilmu yang begitu seakan sudah berada di hujung jarinya.

"Tuan sudah mahir asas ilmu takbur."

"Tetapi saya ingin membuang rasa takbur..."

"Itulah tujuan asal saya datang ke sini."

"Kalau begitu, buang serban dan jubah tuan dahulu. Dan ambil mangkuk kosong ini dan mengemislah di tempat tuan mengajar," kata ahli sufi.

"Apa? Mengemis? Mengemis bukankah kerja hina?"

"Tujuan mengemis ini bukan kerana malas atau meminta belas ihsan manusia," kata ahli sufi itu. Dengan hanya tersenyum, beliau menyambung "Tuan perlu mengemis untuk menghilangkan ego. Supaya terasa hina di hadapan manusia setelah selama ini tuan dikenali sebagai ulama besar."

"Oh, saya tak mampu. Saya datang ke sini untuk belajar ilmu yang lebih tersirat. Saya ingin menelaah kitab-kitab hebat dan tinggi."

"Oh, saya tidak mengajar kitab-kitab seperti itu. Saya hanya belajar mengamalkan ilmu yang telah sama-sama kita ketahui."

"Jadi, tuan tidak sangguplah mengajar saya?"

"Tidak, tetapi tuanlah yang tidak sanggup belajar daripada saya!".

Pengajaran:
Ada orang yang sombong dengan ilmunya. Namun ilmu itu tidak lebih hanya hafalan kata-kata dan terisi di dalam akal semata-mata Orang melihatnya hebat, tetapi hatinya penuh dengan karat ego apabila merasakan dirinya lebih baik dan alim daripada orang lain.

Adakah anda tergolong di dalam golongan Ego dengan ilmu? Fikir-fikirkanlah...

Sumber: Solusi:20, hlm 108.

Monday, January 16, 2012

Disebalik Tabir Rayyan's Birthday


sabtu lepas 14/1/2011 adalah birthday rayyan pertama. so kami buat la sambutan kecil-kecilan. lagi pun sejak pindah tak penah lagi buat apa2 majlis,even house warming. jemputan pun tak ramai, cuma jiran2, kawan2 dan sedara mara je. memandangkan kitorang buat petang so menu ptg tu adalah hi-tea. semua dari saji katering. ada 2 dish je aku buat sendri. memandangkan keadaan rayyan yg tak sihat sehari sblm tu, demam dan selsema. dan aku pulak x larat nak masak byk2 sbb mengandung.

birthday boy intai dari dalam je org dok kelam kabut pasal majlis dia.


mlm sblmnya dia pun sibuk jugak nak buat deko2.

pagi baru proses packing goodie bag. terima kasih byk2 kt pembantu2. syafikah, ayuni dan acik (pengasuh Rayyan).

huissshhh... budak kecik ni pun sibok laaa nak tolong sama... bila la nk siap camni. masa ni dh kul 10 pagi.

incik suami dan syafik busy deko2 kt luar. kul 1 tghari baru siap... semput dia kata.

ni gantung pic rayyan dari lahir sampai la sethn....

time menggantung wording mencabar skit. syafik byk tolong time nih. kalu x semput laki aku buat sorang2.

nampak tak aku tgh snap pic kt cermin tuh.... kul 1 thari x mandi lg ni.

caterer datang kul 1.30 ptg setting meja semua.

deko2 pun dah siap masa nie.

kul 2. semua makanan dh siap sedia. cepat jugak diorg buat keje. mula2 tu risau jugak takut x sempat siap. tp alhamdulillah berjalan lancar....

Thursday, January 12, 2012

perkara yang harus diketahui oleh suami ketika isteri mengandung

Entry ni khusus untuk si suami yang isterinya mengandung.

Adalah menjad...i impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini. mungkin ada gak suami yg tahu tp tak memahami kerana mereka tidak mengalami apa yang sang isteri alami ketika mengandung.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka. seboleh2nya jangan la biarkan isteri tu tido kt bilik bersama anak sedangkan suami lak dok layan bola smpai kul 2-3 pagi. kalu nak tahu isteri ni tunggu dlm bilik lps tidokan anak, ingat boleh bermesra2 sblm tido tapi.......

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
biasanya isteri beli sendiri je pemakanan yg diperlukan utk dia dan baby dlm perut. contoh: susu dan sebagainya, tapiiiii kalu suami skali skala beli untuk isteri, rasa2nya isteri akan lebih menghargai.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.hmmm... jgn la pulak ejek2 atau gelakkan isteri kalu dia jln lmbat. mmg berat tau nak bawa perut tambah2 kalu dah ujung2 waktu. kecik ati isteri kalu gelakkan dia time camni. anak yang dia kandung tu anak sang suami jugakkannnn.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik. jangan la harapkan isteri 100% dlm keadaan mcmni.tahukah anda, yg isteri tu nak duduk bangun teramat laa siksanya. pastu pulak jangan la ungkit balik bila dh buat keje2 umah tu.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.ataupun suami bleh tolong isteri kemas bila lps makan. baru la ringan skit tugas isteri. andai suami tahu, isteri mmg nak sediakan semua dgn air tangannya tp dlm keadaan mcm ni dia mmg tidak mampu untuk lakukan semuanya

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.masa nak shopping beli baju baby tu pegi la sama2. tak la si suami tahu komplen je bila apa yg dibeli isteri tak berkenan di hati. kalu sama2 pilih boleh merapatkan lagi hubungan suami isteri.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur. boleh jugak picit2kan betis dan kaki isteri masa nak tido tu. sesungguhnya walaupun isteri tak bagitau sesungguhnya mmg terasa sakit kaki tu.tambah2 lagi kalu isteri yang bekerja, yg x bekerja pun sama, dok umah pun buat keje umah jugak. kalu ada org picit2 tu lega la skit, tak la cramp je bila tido.

suami2 sekalian, sila beri sokongan pada isteri anda ok!!!

Wednesday, January 11, 2012

Punca aku lewat ke opis ari ni..


lepas aje traffic light greenwood nk masuk ke highway DUKE terus jem... jln nyet2 lembab gila.
rupa2nya kt depan, lebih kurang 2km dari traffic light tu ada excident. keta terbabas dgn motor 2 bijik. nasib baik dah tarik ke tepi kalu tak lagi la teruk jem. dh la ujan renyai2.
cian kat hubby, dia pun lmbat jugak ke opis.

aku sempat snap pic sambil riba Rayyan dlm keta.

Tuesday, January 10, 2012

Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung


Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung

surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


dipetik daripada Ustazah Nurhafizah Musa semasa kuliah beliau di opis.

Monday, January 9, 2012

Nasi Ayam Goreng

semalam aku masak nasi ayam goreng. mmg sedap sgt2 dan sgt digalakkan untuk kawan2 mencuba. rasa dia dh ala2 nasi arab. aku dapat dari blog ANA. biasa laa kalu masuk blog dia ada je resepi yg nak dicuba, dan hasilnya mmg tidak mengecewakan. tp aku ada la buat pengubahsuaian dan penambahan skit2. aku tambah salad tomato ikan bilis (kerabu laa tu...), pastu buat sup ayam sbb nak suap utk anak skali.
esoknya kami laki bini bawa bekal gi opis plak..


Nasi Ayam Goreng
resepi asal: MAMASYA

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*(aku x sukat pun, main agak2 je)
1 sudu besar serbuk kunyit*(agak2 jugak)
1 sudu besar rempah kari*
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari (aku x letak, takut nasi tu bau kari sgt, ganti dgn daun pandan)
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar(x letak pun)
4 cawan beras basmathi-cuci toskan( aku buat 3 cawan jek beras biasa)
4 1/2 cwn air( aku guna kuah sup ayam)
1/2 cwn susu cair
secubit garam dlm nasi (aku tambah)

Cara-Caranya:

Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.


Sambal merah

Cili merah 5 biji
Bawang putih 1 ulas
limau nipis 3 biji
gula 1 sd kecil
garam 1 sd kecil

Tumbuk semua bahan.perasakan garamnya..



ini lah hasilnya. takde sup pun dh ok. bahan perap kt ayam tu meresap dlm nasi. mmg terangkat masa mkn.... alamak cmner puting rayyan bleh posing skali dlm pic ni??

masa proses masak nasi, sila atur ayam goreng dlm periuk nasi.

salad tomato tu xde pun dlm resepi asal, aku sesaja tambah. tp mmg mantop lah gandingan salad tomato ikan bilis dgn nasi ayam goreng.

Rayyan & bedak sejuk

2 minggu kebelakangan ni cuaca teramat lah panas kt KL nie. abis naik ruam kt leher dan badan budak kecik nie. 2 malam lepas aku pakaikan dia bedak sejuk kt leher dan muka dia. Rayyan pn mcm merelakan aje aku sapu bedak sejuk tu kt muka dan leher dia. mungkin rasa selesa sbb sejukkkk je rasa.

alhamdulillah esoknya dh kering dan dia pun tak tergaru2 lagi kt leher dia. sblm ni cuba sapu bedak agnesia yg merah tu tp agaknya tak sesuai dgn kulit dia. kulit jadi kering dan jd mcm terbakar.mungkin kulit baby halus hali x sesuai dgn bedak agnesia. tp kalu org dewasa yg pakai ok je.



muka si rayyan setelah dibedaksejukkan....
sejak dh boleh berjalan... seluruh rumah dia jelajah. bangku kecik pun dh tunggang terbalik dikerjakannya. inilah anak ummi..

Wednesday, January 4, 2012

hidangan nasi kerabu kuning pada tahun baru yg lalu

ikan celup tepung aku dh rupa mcm goreng pisang plak...


pada 1/1/12 yg lalu nasi kerabu kuning menjadi menu ari tu. maknanya bila buat nasi kerabu sampai malam kitorang makan nasi tu jerr.. iyer laa takkan nak goreng kelapa sesudu plak, bakar ikan sekor jek, nak potong ulam secubit kan.....
esoknya bawa ke opis lagi.
ni gara2 bila beli nasi kerabu kt kedai yg takde rasa nasi kerabu pong.... cik bini la tempat dia merequest nasi kerabu kuning.apa2 pun pujian menggunung dari incik suami.bau semerbak harun daun limau purut dari nasi.

keropok dan ayam goreng lupa nak snap... next entry nnt aku masukkan resepi.

wordless Wednesday-Budak yg tak boleh duduk diam sejak dapat kaki lesen L

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015