Showing posts with label every day is a blessing. Show all posts
Showing posts with label every day is a blessing. Show all posts

Tuesday, August 22, 2017

short vaccay: JJCM Muar/Melaka

mingu lepas, saya & fmly jjcm ke Muar/Melaka. 
2-3 ari sblm tu lagi suami dok tanya weekend nak gi mana...
weekend nak gi mana...
mmg kitorang xleh dok diam. 
mula laa pikir nk jalan2 dekat pun ok. boleh release tension keje seharian.

 pfffttt... pikir2 saya emel dia gi jalan2 cari makan di Muar/Melaka.
 lagi pun dah lama jugak rasanya tak ke sana. drive pun dlm 2 jam lebih je.
 mula2 tak nak overnite, tp saya bawa jugak spare baju budak2 tu sepasang sorang,
 so kalu balik malam ke, boleh laa budak2 mandi kat mana2 masjid. 

kesian takut diorang tak selesa dgn baju sama seharian.
 pastu suami kata.. bawa laa baju lebih skit kot2 nk overnite.
ok... tambah lagi sepasang sorg. termasuk baju saya & suami skali.
 bawa 1 beg galas biasa je.

sampai muar dah nak tghari, terus ke kedai makan yg ada sate maharani istimewa. 
oder 10 cucuk mkn dlm keta jer. lepas tu cari pulak bee bandung haji hanifah yg pemes tu. ohh... saya masih berdiet ye, mkn 4 sudu jer. sbb berat dh mula turun 1 kg, 
rugi kalu berpatah arang. hihihi.. husband oder soto.

gigih lagi cari kopi istimewa sedap 434 tu. 
mmg layan sungguh laaa... rasa jugak 2 teguk.
pastu terus ke melaka.
pastu dok berkira2 lagi nak overnite ke tak.. 
sbb nak makan ikan bakar kat umbai nun...
masa tu awal lagi dlm kul 3. 
mana nak lepak lagi 2 jam sementara nak tunggu kedai bukak.

at last overnite kat hotel (serius giler lupa nama hotel ni).. 
RM200 utk 1 malam tp best aah sebab lengkap dengan microwave, toaster, pinggan mangkuk pisau senduk bagai.
 peti asi pun besar 2 pintu punya. ada 2 katil super single.
 siap ada meja breakfast lagi. esoknya beli breakfast mkn kat bilik je..
yang tak bestnya malam tu tv tetiba takde signal. 
so musnah harapan nak tgk opening sukan sea KL.
masanya semua laa tido awal..

bila dah decide overnite.. 
lepak2 dalam bilik kul 6 baru kuar balik mkn ikan bakar kat umbai tu.
kitorang pilih ikan bakar parameswara. hmm... 
pada anak tekak saya so-so je rasanya. sedap lagi kat bagan lalang. 
lain orang lain seleranya yer dak.

yg geramnya ada pulak jual menan kt ikan bakar tu. 
nasib baik rayyan & yaya dah tak berminat sangat menan mcm tu... 
 tp layan jugak laa diorang tgk2 kt gerai menan tu. selamat duit mak.

esoknya lepas breakfast, kitang terus balik KL. sronok laa wpun hanya sekejap jer jln2...


 ada breakfast table lagi. paginya asben tapau bfes mkn kat bilik jer

 besar kan bilik dia.RM200/nite

 siap boleh masak tau... kalu saya ingat nnt saya update nama hotel ni. 
location depan starbuck.

 besar kemain peti ais dia...



 mee bandung haji hanifah di muar.. terangkat abis.
 tp kalu ada resdung mkn skit2 je laa... udang kering dia mmg byk.


 kopi 434. nyesal plak tak beli yg 3 in 1. beli utk minum jer.. 
yg ni special RM8.50 1 cup.



 layan pulak ikan bakar di Parameswara...



 sotong celop tepung, lala sweet sour, siakap bakar sambal. ada lg satu kailan ikan masin.total RM78++. kitorang tak oder air. air sejuk & air suam free..

 kedai menan dekat ikan bakar tu. nasib baik laa bdk2 ni tak merengek nak beli...

 air tengah pasang. seriau tgk air laut masa ni. ada plak 2-3 org budak dok cuba panjat nak duduk atas tu. haishhh... buatnya jatuh. ..

ombak pun kuat jugak masa ni...





Tuesday, April 25, 2017

Fateen Azzahra 5 tahun

13/4/2017 genap 5 tahun Fateen Azzahra. 
Ya Allah cepat nya masa berlalu. Dah 5 tahun pun usianya. 
Suka berceloteh, suka menyakat, suka bergurau, 
bukan jenis yg cepat moody dan yaya seorang yg sangat ceria. 
Pernah suami tergelak masa solat gara2 celotehnya..

Seperti biasa hanya sambutan ringkas family kecik kami. 
Oleh sbb birthday dia jatuh hari kerja, maka pizza je laa jadi menu.
 Dengan kek sebijik pun dah hepi dia bila dapat nyanyi sama2. Dan potong kek.

Semoga yaya menjadi anak yang soleh, sentiasa dengar cakap umi & ayah, belajar bersungguh2 dan tak nak gaduh2 dengan abang selalu. Umi ,ayah & abang saying yaya.
Weekend berikutnya saya ada buat kenduri kesyukuran ulangtahun rayyan & yaya.

 Nnt saya update kemudian. Kenduri kecil2an hanya dihadiri , jiran, keluarga terdekat, kawan setaman dan Jemaah masjid sahaja..

kek bitrhday beli di kedai Pistachio cake. buat syarat je.. 
mana makan sgt pun RM26.

 semoga jadi anak yg solehah

 menu ringkas dari dominos pizza. tunggu azan baru boleh makan sbb suami puasa..


 semoga rapat mcm ni selalu

hepinya


Thursday, April 20, 2017

behind the scene: kerja kawin adik


citer ni hampir sebulan yang lalu masa kenduri kawin adik saya Ijah..
kenduri dia mmg simple je. katering nasi kukus ayam goreng berempah dengan tambahan lalauk kambing masak kurma dan beberapa jenis kuih muih sanggupal, creampuff, muffin, kek cendol, akok,tapai... tapi meriah.

masa tu cuaca kt kb panas ceng2 orang kata. anak2 pula bila balik kb mmg jadi jakunzi skit. berlari depan ke belakang. masuk pintu depan kuar ikut dapo. pffttt.. letih tgk diorang
sudahnya masa hari kenduri yaya demam. adoii... konon jd flower girl.

saya pun nak vogue jugak terus call mak mimi datang mekap. lite2 je tp meletop laa jugak.yer laa mana leh lebih dari pengantin dok..

jom layan gambar di belakang tabir...

mekap dari mak mimi yg gojes

ni laa rupa pengantin


ahli gojes di kota bharu. amalini yg tengah sarat mengandung.. gojes ada di mana2 tau

flower girl yg pancit. demam 

kerja2 touch up akhir oleh adik dan suami. bidan terjun diorang ni..


abah sendiri yg sembelih kambing.... anak2 sedih sebab kambing dah takde..

bekerjasama ma & abah bersih dan siang kambing...



Tuesday, December 6, 2016

hello Disember

sekejapnya masa berlalu... dah masuk Disember pun. tak sampai lg sebulan dah masuk 2017. xoxoxo...
rasa macam baru jer tulis azam dan wishlist 2016 kat blog ni.. 

tup..tup.. dah nak masuk 2017.  banyaknya perkara suka duka sepanjang 2016 ni.
kehilangan mak mertua pada Mac, 
skali lg kehilangan sahabat alam maya kak intan Kamariah pada May.

berjaya turun berat badan ke 50kg.. 
dan yg agak penting jugak tahun ni tahun akhir saya 30an.. 
tahun depan dah masuk 4 series tau... ahaksss... 
harap maintain vogue dan iman pun makin bertambah seriring usia. 

ohh... tahun depan 2-2 anak dah bersekolah. walaupun tadika tapi rasa omg... 
dah besar rayyan & yaya. harap 2-2 membesar menjadi anak yg soleh & solehah...

harap tahun 2017 nanti saya makin gigih berbento utk anak2, suami dan saya sendiri.

ada wishlist 2017 nnt saya update lagi. ngeeee...
 





Monday, November 7, 2016

Tokyo Disneyland...

letak gambar jer dulu seketol... saya masih mencari mood untuk menulis...
percutian khas untuk anak2 tercinta....

Wednesday, September 21, 2016

Riadah pagi di Taman Tasik Titiwangsa

hi uols.. nak citer aktiviti terbaru kami anak beranak & 
mungkin akan jadi rutin mingguan nanati InsyaAllah...
sabtu lepas kami ke Tasik Titiwangsa. 
wahhh dah lama x riadah sana rupanya 
banyak betul aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga..  
wpun hari2 lalu jalan situ otw balik keje, selama ni hanya jeling2 jer kan.  
sabtu tu mmg puas hati rasa. sronok!!!
seawal pagi lagi saya masak, konon nk berpiknik kat sana.
goreng mee, bawa buah betik & air je..
sampai je terus makan. lapor dah semua...

lepas breakfast buat sedikit senaman panskan badan,
kasi longgar otot2, kang tak pepasal cramp pulak. 
dah laa saya ni dah lama x buat excersize gini.

pastu Faris nak jogging seround tasik tu. si rayyan & yaya konon nak ikot.
tak sampai suku perjalanan patah balik. penat lari dengan ayah katanya. hahaha

lepas jalan2 dengan saya ternampak pulak keta kontrol yg bawa sendri tu.. 
ok bagi can rayyan layan keta tu. RM15 utk setengah sejam.

lepas abis faris jogging tu, kitorang sewa plak beskal ni.
 best sbb 1 famly boleh naik.
2 orang kayuh serentak. weeeee....

kadar sewa beskal ni RM25 utk sejam. boleh laa kannn...
harga berbeza ikut brapa seat yg korang amik tau..
yang saya amik ni 2 seat kayuh dan ada 2 seat utk kanak2.

berenti kat taman bagi diorang main bagi diorang main buai, gelongsor bagai...
sebenarnya penat gak kayuh wehh... 
faris lagi laa sbb nak kontrol beskal tu skali..
sambil berbasikal tu rupanya ada jugak tempat nak naik kuda. 
singgit seround utk kanak2, dewasa rm1.50.
next week boleh laa nk try.. lupa lak nak amik gambar kat kuda tu...

m


jom breakfast dulu


ok. streaching dulu


pilih2 yg mana berkenan

hahh nampak ayah dah kuarkan dompet tu. dia pilih kuning

puas ati bawa keta tempat lapang mcm ni wpun cuaca dah agak panas masa ni


ok, amik gambar dulu sebelum mengayuh beskal

taman mcm ni ada byk kat area ni..
 puas ati main

sampai taman permainan terus mintak eskrim...

Friday, September 2, 2016

cuti-cuti Cameron Highlands

percutian pendek ni pada 2/8 hingga 4/8. 
plannya nak pegi bulan lepas lagi tp saya bz pulak 
dengan keje2 kat opis so posponed sampai ogos laa..
percutian kali ni mmg amat menjimatkan sebab kami stay kat rumah rehat KWSP.
 yeayyy... penjimatan hampir RM400 jugak laa,
 kalu amik bilik mesti cecah RM400 untuk 2 malam.
so penjimatan tu kita buat shopping. i loike.. hihihi...

kali terakhir datang Cameron Highlands ni entry SINI.
 masa ni saya tengah sarat pregnen yaya.
pegi dulu  rayyan masih baby lg,  
skrg umur 4& 5 tahun baru syok bawa bdk2 ni berjalan.. 
mcm2 dia tanya, mcm2 dia nak... hahahaha..

hari jumaat saya amik half day. pegi 1 mlm x best,
 kena amik 2 malam baru syokkk kan.
masa ni mmg 50-50 nak pegi sebab asben pun baru baik dari sakit. entry SINI.
iyer laa baru bg sangat kan.. 
tp dia tetap bersemangat nak pegi,
 saya kata kalu x larat drive saya boleh gantikan. 
tapi idok pong..

kali ni mmg rasa enjoy sangat2., rasa lebih tenang.  
maklum laa suhu 12'c. 
walaupun dah tak sejuk mcm dulu2 tapi setap sejuk jugak.
 malam2 berselimut, berstokin jugak tido tanpa kipas & ekon. 

sempai shopping stoberi, stokin, sarung tangan, 
topi utk budak2 tu dan jugak baju bundle winter coat untuk  saya dan suami.
 lepas ni ada perancangan utk bercuti jauh skit InsyaAllah.
 so beli kat Cameron murah wehh...
bundle jer... kalu beli yg baru mau RM400-500.
 oohh pembaziran sangat kan.

mula2 sampai ada tempat baru... alaa lupa nama tempat ni. ada funfair. 
kitorang stop sini siap diner terus.

ada pulak robot transformers. hepi laa 2 bradik ni. siap bercakap lg TF tu..

dinner di Old Town.

perkarangan rumah rehat KWSP ada taman. 

day 2, enjoy nak naik ladang teh BOH, jalan2 di KEA Farm & ladang lavender...






saya & yaya je masuk ladang lavender. rayyan tido dlm keta.

perkarangan rumah rehat KWSP

pokok ros yg ditanam di depan rumah rehat subur & lebat berbunga. 



dalam lavender farm ada gak pokok daisy ni. kalu nak petik RM2 sebatang. 
x kuasa ahh.. amik gambar cukup.

cantik. percubaan buat bokeh. masih lg x reti.. hihihi

ada uncle india tlg snap kan gambar saya..

sangat cantik & colorful daisy... yaya asyik gaya peace jer..

nak sangat bergambar dengan minion ni

di ladang teh BOH, saujana mata memandang. nakk pegi lagiiii....


tapi bdk2 ni bosan wehhh... asyik tgk pokok jer...


tgk yaya tu nak tiru gaya saya.. hahaha.. like mother like doter sungguh.


stoberi & cameron tak boleh dipisahkan

aiskerim lavender rm8 satu..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015