lamanya tak cerita deco2 kat blog...
sebenarnya dari tahun lepas lagi mmg banyak buat perubahan pada
#rumahku syurgaku itu.. tapi macam malas betul laa nak buat entry kat blog.
sudahnya nyesal. hahaha... sebab takde kenangan kan...
ni kira deco terkini yang saya buat. takde laa perubahan besar mana pun.
just tukar langsir dan sarung sofa IKEA tu je...
asalnya nak beli sofa baru tapi sayang giler dengan sofa ni sbb selesa sangat.
lagi pun sofa masih cantik dan TEGAP orang kata.
iyer laa waranty 10 tahun dari IKEA kan..
so saya cuma tukar sarung plain ke sarung bunga2 skit, langsir yang bunga2 pula saya tukar ke langsir plain. kalu perasan floor lamp &
table lamp bunga2 english pun saya dah letgo.
hajat mcm nak tukar konsep rumah, tapi hati tetap sukakan english.
so selit2 jugak laa deco tu.
saya jugak ubah beberapa perabot mcm almari display dan kedudukan console table di ubah.
Insyaallah rasa mcm nak tukar cat feature wall hijau tu ke putih..
tp kena tunggu betul2 ada masa yg lapang untuk buat rombakan tu.
nak mengemas ooiii...
langsir tu saya tempah dari Globe di Jalan TAR.
kain harga RM10 je semeter dengan design eyelet.
total upah dengan kain harga RM360.
sebelum..
selepas..
langsir terlabuh 5 inci. sebenarnya saya dah lebihkan masa ukur.
tapi tailor tu lebihkan lagi pulak.
sudahnya meleret2 mcm tu. nmpak x kemas langsung. ada masa nnt saya jahit, tapi tak tau laa bila..