assalamualaikum uols...
5 hari blog tak berupdate sebabnya tuan blog balik kampung nun di pantai timur sana...
sehari sebelum balik sempat menyinggah kat Jusco wangsa maju, nak balik kampung kan harus lah membeli sedikit buah tangan. untuk kuarga dan mertua. kata menantu solehahahahah....lah sangattt
takkan nak balik bawa diri saje..
selepas bersoping buah tangan, kena gakbagi makan kat cacing dalam perot yang dah berjoget lambak kat dalam tuh. kuikui...seperti biasa singgah kat Johnny steamboat. kalu nak makan steamboat mmg kat sini je kami mkn. tak nak lagi dah terai tempat lain. tak nak lagi diselubungi keciwa seperti di SINI.
wahhh... dah lama tak makan sini. tempat pun dah berubah wajah...
jom main masak2
kalau berdua selalunya aku pilih set B je. tambah satu nasi goreng nenas. mmg kenyang sampai takleh nak angkat montot...
gigih laki ku kopek telur.
hikhikhik... aku yang main tembam. azam, lepas balik kg nnt nak diet....
harga yang sangat mampu. dan tak mengecewakan...
walaupun tengah sale, mana la ada org time ni... aku gi kul 6 ptg lps balik opis.
wehh sempat lg posing atas eskalator. jangan sangkut kain dahh.. beli ciskek satu utk ma satu lagi utk ma in law.
assalamualaikum uols,
niat pada mulanya tak nak dedahkan anak dengan gajet2 ni akhirnya tewas jugak. budak2 skrg mmg bijak. kdg2 dia lebih tahu dari kita. mula2 dulu aku belikan dia tab supaya dia tak kacau dgn henpon aku dgn cik somi. iyer laa kang dia call sampai ke mana2 kang berpeluh nak bayo bill. aku gak yang pengsann nanti. tab yang aku&somi beli tu takleh wat call, hanya education game dan ada wifi. education game tu mcm ABC, 123 dan learning game laaa. tapiii... skrg rayyan dah tak layan tab dah. dia dah ter addict dengan hp samsung somi.
ada satu malam tu dia leh layan hp godek2 sampai kul 2 pagi. masa tu kami semua dah tido. aku tersedar kul 1 dia masih belum tido. sedar lagi kul 2 masa yaya nak susu pun masih blm tido, last2 aku suh cik somi off kan hp dan paksa si rayyan tido.
dasyat betul budak ni skrg. kalu tak bagi hp terus guling2. kadang2 aku dh geram sangat kena laa lepukk sebijik.
dah tutup lampu, dia masih lg dengan hp.
aku lightkan skit gambo...
kalu yaya tak tido lagi, dia pun sibuk nak tunjuk kat yaya tentang kehebatan dia main game....
artikel kat bawah ni aku c&p dari biro agama yang setiap hari antar emel kat staff SSM. dari sekolah rendah lagi sebenarnya kita didedahkan tentang asal usul nabi kesayangan umat ni, tapi sampai sakarang takkk jugak ingat2. tu aku laaa, untuk rujukan bersama aku buat satu entry khas sempena Nabi junjungan kita Muhammad SAW. selawat dan salam ke atas baginda.....
BIODATA ASAS RASULULLAH SAW
Nama
: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir
: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali
sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang
kota Kaabah).
Tempat lahir
: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa
: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu
: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama
: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama
: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua
: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.
Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa
pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya
Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah
kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
Baginda
dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai
oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya,
Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda
dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama
bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di
kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah
bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang
nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat
dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman
184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda
menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak
panah sahaja.
Menyaksikan
‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada
orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir
kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
Al-Asadiyah.
Perjalanan
ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW
bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi
berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang
berusia 40 tahun ketika itu.
Mas
kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir
besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan
semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah
SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima
wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah
ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai
ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan
Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun
11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah
Binti Khuwailid.
Saudah
Binti Zam’ah.
Aisyah
Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah
binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
Ummi
Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun
Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab
Binti Jahsy.
Maimunah
Binti Harith.
Safiyah
Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab
Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.Qasim
2.Abdullah
3.Ibrahim
4.Zainab
5.Ruqaiyah
6.Ummi Kalthum
7.Fatimah Al-Zahra ‘
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah
bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah
bersama Hind bin Habbasy.
Ketika
berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN
1.Thuwaibah Hamzah
2.Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1.Halimah Al-Saidiyyah
2.Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
3.Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
4.Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
5.‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1.Al-Harith
2.Muqawwam
3.Zubair
4.Hamzah ***
5.Al-Abbas ***
6.Abu Talib
7.Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8.Abdul Ka ‘ bah
9.Hijl
10.Dhirar
11.Umaimah
12.Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.Atiqah ##
14.Arwa ##
15.Umaimah
16.Barrah
17.Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
Petunjuk:
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW (yang
bermaksud) ini :
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )