Friday, March 29, 2013

Tips menguruskan rumahtangga untuk mommy yang ada anak kecik dan takde maid

pergghhhh... tajuk panjang tak hingat... nak bagi tips bagai macam lah aku ni hebat sesangat dalam menguruskan rumah tangga. ok, ni cara aku yer korang.. aku takde la suh korang ikut cara aku, tapi kira macam jadual aku sehari2. mungkin lain bagi korang yg anak dah skolah. dah besar panjang.... setiap orang lain caranya. anak aku 2 orang, serang setahun, sorang lagi 2 tahun. memang aku akan bersilat, bergusti tetiap hari dengan diorang.mungkin juga boleh jadi panduan untuk uols.

heyy korang bukan senang tau jadi wanita berkerjaya dan berkeluarga dengan 2 orang anak kecil. (mesti ada yg kata, elehhh baru 2 orang pun dah kecoh, belum lagi 3, 4, 5 orang anak) kadang2 terpikir ohh alangkah heaven nya ada maid boleh tolong kemas dapur lps makan, aku plak boleh goyang kaki lepas makan sambil tgk drama melayu kat tv3 pastu boleh plak jerit "bibik,buatkan kopi"(tetiba imaginasi terlebih2 hahaha), tolong lipat kain yang menimbun(skrg cik suami rajin lipat kain, tq sayang) tolong kemaskan rumah yang huru hara, tolong tu .. tolong ni... arrrghhhh... TAPI tak sanggup ada maid bila baca kisah kengkawan yang ada maid yg buat hal. tambah lagi berita penderaan. oohh tidak sama skali. nyawa anakku bukan taruhan. rela daku berhenti keje kalu takde orang betul2 boleh dipercayai untuk menjaga 2 orang anak2 aku.

jadual aku bermula kul:
5.30 pagi.

kena bangun senyap2, kang nnt terbangun pulak budak2 tu. amik dalam 10-15 minit lipat kain kalau ada kain.kalu baju suami belum iron sila iron dulu.pastu baru siapkan diri aku mandi solat semua. make sure sebelum 5.30 tu budak2 dah hisap susu masing2 supaya nanti diorang tak terjaga kelaparan. biasanya aku bangun kul 4.30 buatkan diorang susu. dan lena semula diulit mimpi upin
ipin...

kalu budak2 tu tak terbangun dapat lah aku bersiap dengan aman, belit2 shawl, boleh pilih2 nak bawa henbag mana..angkat je diorang yang tengah tido tu sumbat dalam keta. kalu tak hentam saja. kelam kabut dengan diorang pulak.nak ikut aku masuk toilet laaa, nak main make up aku laa... memang berpeluh tau. tapi ubat dia senang je, bagi tab, pasang upin ipin leka la diorang.


7am-7.30pm

-antar diorang rumah pengasuh.
-berkejar ke opis pulak. kalu jalan ok, bole breakfast dengan aman. kalu jammed berlarian aku nak punch card. tapi nasib baik cik suami cekap mencilok mmg tersangatt jarang aku lewat ke opis.
-bekerja mcm nak giler kat opis. customer services ni paham2 la korang semua yer....
-berlari lagi time balik keje. kalu masing2 lapar, aku dgn suami singgah makan dulu. kalu singgah makan alamatnya kul 8.30 la baru sampai umah lepas amik anak2. kalu tak kul 7.30 dh sampai umah.


7.30pm -10pm

-berkejar lagi dengan masa untuk solat maghrib, mandi.. masa ni kena bergilir dengan suami salah sorang kena monitor budak2, masak air.kalu baju kotor banyak, sumbat terus dalam washing machine biar dia menjalankan tugas.
- aku dah tak masak lg utk dinner. cik suami kesian kat aku bertungkus lumus masak, pastu nak kemas dapor lagi. utk budak2 tapau siap2 dari rumah pengasuh. biasanya bdk2 tu dh mkn pukul 6. so malam kdg2 diorang dh xnak makan lg. aku bagi makan buah, nugget je.
-kemas dapor.
-tengok tv.
-layan budak2 main, sambil baca buku, bercerita dgn diorang.
-masa ni bateri aku dah 1 bar kot. flat dh rasa.
-angkut diorang masuk bilik. jemur baju yang basuh tadi.
-tido.

rutin akan bersambung esoknya...esoknya....dan esoknya........ tapi weekend lain pulak rutinnya.. next entry aku share yer...


Thursday, March 28, 2013

Look of the day # 3



suka pakai baju yang loose supaya tak nampak sangat perot, jgn org ingat aku mengandung sudah. eehh muka pun makin bolat.huhuhu

Part 2: Lps Yaya, Rayyan dengan Suami pulak admitted

hohoho... kisah berumahtangga di hospital tak abis lagi aku dah buh entry2 yang tak berkaitan. huhh penat tau nak citer pasal sakit2 ni. tapi buat jugak entry ni untuk dijadikan panduan dan ianya adalah pengalaman bagi aku menjaga anak2 dan suami di hospital. (nampak tak ciri2 isteri solehah tu.ehemm ehemm)  Entry berkaitan sila klik  link di bawah:

http://amerislovely.blogspot.com/2013/03/bahaya-rotavirus.html 

http://amerislovely.blogspot.com/2013/03/yaya-kena-dulu.html

http://amerislovely.blogspot.com/2013/03/masih-di-hospital.html

ok berbalik pada tajuk, yaya admit kul 12 tghmalam khamis yakni nak masuk hari jemaat yag hening. bertungkus lumus aku kat spital masa tu. fuhh.. discharge pulak petang sabtu. actually yaya masih lagi x fully recovered tp since dia dah tak muntah2 lagi cuma cirit je aku minta balik. petang lepas balik spital simptom2 yang ada pada yaya dulu tetiba kena kat rayyan. aku dah cuak masa ni. risau bebb!! makan muntah, minum susu muntah. kesian sangat, dia memang lapat sesangat tapi bila minum susu je terus wekkkk. aku prepare bubur nasi. letak kicap je pun.nak suapkan rayyan, tp suami kata tunggu dulu sbb dia baru lepas minum susu. letak balik bubur atas meja. tetiba rayyan gi amik sendiri makan bubur tu. sempat 3 sudu dia makan terus muntah dalam mangkuk bubur tu jugak. memang  kesian sangat. betapa dia lapar sesangat, tapi perut dia terus reject makanan tu. so kitorang cuma bagi air kosong je. malam tu keadaan makin teruk dengan demam panas.(tak sure berapa 'c sbb termometer rosak, tp mmg panas sgt) tak tido aku & suami malam tu dok monitor demam rayyan je. tanggalkan baju dan basahkan badan & kepala dia dengan air sejuk. dua kali bagi ubat bontot pun tak jalan. ubat sirup lagi laaaa...

lepas subuh pagi ahad tu terus packing2 macam nak gi bercuti sbb dah tau confirm admitted. sampai di emergency doktor terus bg treatment untuk demam, cucuk tangan masuk air. rayyan nangis takyah cakap laa meraung2 sampai hilang suara penat. terus call dokor paediatrik Dr Khairul Zaman. nasib baik la doktor khairul available on call.(nasib baik aku tak jadi doktor, tengah senang lenang dengan family kena on call, spoil jek. chaaiiitt, result pn cukup makan ada ati nak jd doktor)

dan sekali lagi kami berumahtangga di spital. sangat2 mencabar jiwa raga dan hanya bole sabar..sabar... dan sabar bila menjaga rayyan masa ni bila dia mengamuk tak nak tangan di bandage dan melayan karenah dia. bila admitted cirit birit dia makin kerap 5 minit, 10 minit skali.berulang ke toilet cuci dengan heret tiang air tu. mengamuk lagi budak tu. cadar bertukar berapa kali pun aku tak ingat.

hari ke-2 keadaan rayyan tak berubah. cirit masih tak berkurang. sehingga abis cadar, selimut, bantal kena skali bila dia tido meniarap. bau pula Masya Allah tersangat la busuk sangat tak leh citer. sampai bau tu lekat kat langsir dan badan aku skali. aku sendiri rasa nak termuntah. time ni mencabar lagi bila nak cuci rayyan. terpaksa gulung2 kan baju rayyan sebab takut terkena muka dan rambut dia. bayangkan kul 2 pagi masa ni.

misi pulak masuk bilik 2 jam skali cek temperature, oksigen dan tekanan darah rayyan. mengganggu betul tido aku wpun tak lena sgt pun tido.

Rayyan dan suami. bilik tu untuk kami 1 family je..

ooh.. suami admitted lepas maghrib hari yang sama dengan rayyan bila dia pun asyik cirit.aku yang sihat jadi misi untuk anak & suami. kalu lah aku pun kena admitted tak tau la mcmana keadaan.....

nasib baik masa rayyan dan suami admitted, acik jaga yaya. 5 malam jugak yaya kt rumah acik

hari ke-3 aku kejar balik rumah sekejap, amik baju aku suami dan rayyan sbb stok baju dah abis. sempat jugak aku basuh baju yg berlonggok dalam bakul. baju rayyan aku berus2 dulu part2 yang kena najis tu. iyer la takkan nak campur skali dengan baju lain kann... sempat juga aku tido2 ayam sekejap sementara tunggu mesin basuh siap menjalankan tugas beliau.

 cian kat rayyan, penat sampai tertido sbb cirit. dia mmg tak selesa tangan dia mcm tu.

rayyan dan suami discharge pada hari khamis.hampir 10 hari kami berkampung di hospital. dah boleh tahu murse mana yang rajin, nurse mana yang cekap, nurse mana yang malas, nurse mana yang buat keje ala kadar.... nurse mana yang buat muka bila aku asyik tekan bell untuk tukar cadar sebab kena najis dan muntah rayyan.

so korang semua... please...please yang ada anak2. BE CAREFUL bila bawa anak jalan2 bercuti kat hotel mandi manda kat swimming pool. sebab pool yang tak well maintanance akan menyebarkan ROTAVIRUS. walaupun hotel yang aku duduk tu bertaraf 5 bintang. dan inilah yang menjadi punca suami dan anak2 aku berkampung di hospital.


 view dari bilik kat hospital. kalu dah tak lalu makanan kat spital turun je kat bawah kedai mamak 24jam.

 nampak jugak la KLCC suram2 gitu

 agak2 bosan gi je karaoke... (dalam keadaan mcm ni tak lalu nak apa2 pun wpun shopping kompleks KL Festival bole jalan kali je beb)

paling suka dengan nurse ni. buat keje pantas, cekap. takde buat2 muka bila tekan bell.


Wednesday, March 27, 2013

Apa yang pelanggan nak bila order makanan dengan caterer...

-->
Aku ni boleh dikatakan selalu jugak berurusan dengan caterer bila nak buat makan/jamuan. Tak kira la kat opis atau kat rumah. aku ni bagi pihak pelanggan berhak untuk bertanya apa2 je berkaitan dengan apa yang kita  nak oder tak kita la makanan, minuman, service peralatan tambahan yang disediakan mcm kerusi/meja, alas meja sudu/garfu, skirting
. Iyer lah tak ke naya kalu tetiba caterer hanya sediakan makanan tp tak sediakan pinggan yang mana caterer tersebut tak nyatakan pulak yang pelanggan mesti sediakan pinggan sendiri...
Pastu  jangan la pulak waiter/waitress ni dok berborak sakan tak buat keje. Berlonggok cawan/ pinggan kat meja sapa nak kutip ooii!!! (tu keje korang yer...)
Sebenarnya aku sedang berurusan dengan caterer ni untuk majlis aqiqah/birthday untuk anak aku bulan depan. Dan aku jugak telah pun bayar deposit RM900 dari total jumlah RM2300. So balance ada lagi dalam RM1400. Korang rasa aku aku boleh cancel order ke dengan deposit RM900. Mesti laa tak kannn...        bukan RM50 atau RM100, RM900 ok!!
Untuk pengetahuan kami hanya berhubung melalui sms dan telefon untuk setiap tambahan order dan apa-apa yang berkaitan majlis itu nanti.


bukti aku dah bayar deposit RM900 pada 18/3/2013
Sekali lagi tadi aku sms(dengan sopan dan beradab) untuk minta diorang emailkan kat aku quotation berkaitan dengan order tersebut. (Quotation kan tentang detail sebut harga apa yang kita order. Takkan diorang catering pun tak reti2 pasal ni.) kalu tempahan tu dari syarikat/ agensi kerajaan takkan main sms jer. Memang la dia ada sms aku detail tentang order tup korang rasa memadai ke??(mentang2 dah dapat deposit dari aku, bole pulak layan aku gitu) Aku tak nak la bila majlis tersebut nanti apa2 yang diorang patut sediakan tp diorang tak sediakan. Tu pun nasib baik aku tanya pasal pinggan. Rupanya diorang tak sediakan. So aku kena beli sendiri pinggan/ mangkuk/ cawan/ polistrin dan sudu plastic. ok fine...
Tau tak masa aku sms minta quotation, dia call balik  aku tanya apa masalah aku lagi. Hangin aku okay. Sentap hulu jantung, hati,paru-paru limpa semua. sampaikan lepas lunch pun aku teringat2 lagi dia tanya aku apa masalah aku. Hoiii aku bayar kau hokkay!!!  DAN dia minta aku tulis kat kertas apa yang aku order. SENTAP!!!
Disebabkan aku dah bayar deposit RM900 aku cuba tenangkan hati sabar kan hati yang meluap2 nih. Kalu tak mau je aku CANCEL amik je caterer lain yang lebih arif cara berurus niaga nih. Ada lagi, aku ada minta diorang sediakan 2 jenis buah (of coz la aku akan bayar kann) pastu bole pulak diorang ni suh aku sediakan dulang/tray. Kalu dah aku kena sediakan dulang baik tak payah aku order kalu diorang setakat bawa buah jek!! (sabar lagi)
Kalau dah mcm ni punya style tak payah la gebang2 korang punya catering terbaik, kuar majalah  bagai. Aku ni bagi bisnes kat korang.bagi rezeki. Tak tau lah kalu korang  order aku tu ciput je berbanding dengan order lain yang berbelas or puluh riban. (boleh ke buat bisnes berbelas ribu TANPA quotation) Tp customer tetap customer. Dan kena ingat kuasa blogger ni luas. Sekejap je boleh buat bisnes korang naik atau jatuh!!!(walaupun blog aku hanya suam2 kuku jer)
Aku tak nak sebutkan caterer tersebut korang yang jadi jemputan aku untuk majlis tu nanti boleh tengok dan rasa sendiri. Kalu semuanya ok aku akan tulis jugak kat blog ni  bagi kredit dan promote caterer ko tuh.

#cik suami tak tau pasal ni kecuali dia baca luahan aku kat blog.kalu tak mau hangin 4 hari 4 malam.. 


UPDATE:19/4/2013
ALHAMDULILLAH SEMUA BERJALAN LANCAR, TANPA ADA MASALAH. SESAPA YANG NAK ORDER KAMBING GOLEK KLIK LINK NI http://amerislovely.blogspot.com/2013/04/aqiqah-birthday-vs-event-blogger.html 
CUMA KENA BERSABARLAH...

Monday, March 25, 2013

majlis pertunangan adik ipar ~safuan


2 hari lepas Sabtu & Ahad berturut2 kami ke Bangi untuk majlis pertunangan adik ipar bongsu aku. sebenarnya majlis pada hari ahad tp sabtu lagi kami dah ke sana memandangkan semua family dah berkumpul di homestay kat Bangi. seronok bila ramai2 berkumpul borak2 sampai pecah perot ketawa. sabtu aku bawa rayyan & yaya. untuk majlis ahad tu aku tak bawa diorang, susah skit nanti diorang nak tido, susu.so aku dengan suami je bergedik2 kat sana. miahahahah...

 ni baru suku ahli keluarga. hall kat homestay sgt selesa kalu ramai2 camni...

 sabtu tu aku buat spiral cheese. sempat bawa ke sana 2 dulang. alhamdulillah cukup..

 alahai aku sipi2 je tepi peti sejuk

 posing dulu sebelum jalan gi umah pengantin bakal pengantin.

 ehem..ehem... yang baju kotak2 akan naik pelamin tahun depan. kena buat grand skit sbb last dlm fmly hubby aku.

 selit jugak gambar jejaka hensem ni. dh tak available lagi yer kengkawan...

 beramai2 menuju ke majlis...

 pelamin simple yang ohsemm..

 
 deretan hantaran...

 my MIL menyarung cincin kat bakal menantu bongsu. 

 ada jugak terselit gambar aku. aku pakai peplum dari sini.

tahniah!!

Friday, March 22, 2013

Peristiwa hari ni...

my outfit today:
fishtail blouse with slack 
tribal shawl

follow up appointment with Dr Khairul Zaman at Columbia Asia Hospital. Rayyan tak nak bergambar sbb leka main toys.

Perempuan & Handbag

tetiba gatal tangan nak buat entry pasan henbag. sebabnya...sebabnya..rasa macam dah lama tak beli henbeg baru.kih..kih...kih...mana  ada pompuan kat donia ni yg tak suka beg. kan... hatta nenek2 pun suka dengan henbag. cer kasi hadiah henbeg kat diorg mesti sengih nampak gusi.. teringin nak jugak ada henbag mahal. henbag aku semua bawah rm200 jek. yang mahal tu rege brapa ekk?? tengok brand laaa. cer gi klik website coach ke gucci ke. atau pun kalu gi KLCC cer gi terjah butik2 coach.
 korang pengsan tak tengok rege dia?? kalu aku setakat lalu je laaa. mmg tak mampu nak beli beg riban2 sama dengan gaji aku sebulan. kalu beli beg yang rege riban2 tu pastu ko tenung je beg tu sebulan, sebabnya duit dah abih kat beg tu je. lagi pun kalu aku beli pon ada ke org nak tilik2 beg tu, tak pun mesti ada yg kata fake je tu. kat Petaling street pun berlambak je COACH, GUCCI. oohhh.. idok laa aku berhabis semata2 kerana jenama a..k.a.  brand. lagi pun aku ne jenis cepat bosan kalu stick pada satu beg je. bayangkan kalu satu beg coach tu rege rm3000 berapa banyak benda lain ko boleh beli wehhh pompuan sekalian... lain la kalu korang gaji berbelas riban setiap bulan. setakat nak beli henbeg rm3000 apa lah sangat kannnnn....

ukur duit di dompet sendiri. tp ada jugak pompuan yang obses dengan brand ni. pantang kuar new design terus sambar. dengan megahnya tayang coach sana sini. kau hado??? ujung bulan makan maggi. kehkehkeh... bagi aku apa jua yang kau pakai/guna yang penting kena sesuai dengan korang. baru nampak outstanding gitu. ko beli bag  brand scha kat sogo rege rm89.90  kena lak dengan pakaian ko mesti nampak kerlasss. daripada ko beli henbag rege  rm3000 tetiba orang kata "coach petaling street tu" stress tak??


apa-apa pun pilihan di tangan masing-masing. tepuk dada tengok dompet.

#skrg nak beli brg2 utk aku memang berkira, tapi kalu untuk anak laju je amik pastu bayar tanpa tengok rege. pastu buat mata terkebil2 bila cashier scan rege.

#gambar henbeg dari google, antara design yang aku sukerrr...

Thursday, March 21, 2013

Bahaya rotavirus


asslamuaikum uols, fakta kat bawah ni aku google je. lepas apa yang menimpa suami & anak2 aku ari tu, mmg aku google abis la ttg RotaVirus ni. untuk rujukan semua yang ada anak patut tahu ttg virus ni....
korang semua, kalu ada ciri2 muntah, demam dan cirit birit cepat2 ke hospital. tak semestinya kanak2, suami aku pun kena jugak tau.jangan amik ringan sbb ada kes sampai meninggal. ngerinyaaa... cepat2 istighfar.. oohh.. lagi satu kalu anak korang tetiba cirit, muntah tak semestinya rotavirus. mungkin jugak keracunan makanan. kena buat lab test najis untuk confirm rotavirus.

 bukti ketiga-tiga insan kesayangan aku positif rotavirus. 


 rayyan

 suami

yaya


Rotavirus, sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia bukan sahaja berjangkit di kalangan bayi, malah kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun juga berpotensi dijangkiti virus berbahaya ini.
Profesor Paediatrik Fakulti Perubatan dan Perunding Kanan Gastroenterologist dan Hepatologist Paediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Lee Way Seah berkata, rotavirus adalah penyebab utama gastroenteritis teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia.
"Di negara membangun, rotavirus gastroenteritis adalah penyebab utama kematian kanak-kanak dan mengakibatkan sebanyak setengah juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.
"Rotavirus menjangkiti dan merosakkan sel-sel usus kecil yang mengakibatkan gastroenteritis. Ia adalah penyebab utama cirit-birit dehidrasi yang teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak," katanya.
Tambahnya lagi, rotavirus tidak memilih mangsa dan tempat untuk dijangkiti walaupun berada di tempat dengan air bersih dan sanitasi yang baik.
"Hampir semua kanak-kanak akan dijangkiti rotavirus menjelang usia lima tahun.
"Kajian terkini menunjukkan bahawa 86.1 peratus daripada kes gastroenteritis rotavirus berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara tiga dengan 35 bulan," kata Dr. Lee.
Ujarnya lagi, mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi sahaja adalah tidak mencukupi untuk mencegah jangkitan rotavirus.
"Namun demikian, vaksin rotavirus telah didapati paling berkesan dan selamat dalam pencegahan jangkitan rotavirus di kalangan kanak-kanak.
"Kami menyeru semua ibubapa di Malaysia membuat pertimbangan untuk memvaksinkan bayi mereka terutama bayi yang berumur kurang dari enam bulan dengan vaksin rotavirus untuk melindungi mereka daripada sebarang jangkitan," katanya.
Ujarnya lagi, adalah sukar untuk membezakan cirit-birit yang disebabkan oleh rotavirus dengan yang disebabkan oleh jangkitan lain.
" Perbezaan ini sukar dikenalpasti kerana simptomnya mungkin sama. Walau bagaimanapun, simptom jangkitan rotavirus selalunya lebih serius daripada cirit-birit akibat jangkitan lain.
"Antara simptom jangkitan yang boleh dikenalpasti adalah muntah yang berlanjutan sehingga lapan hari, cirit-birit yang teruk melebihi sepuluh hari, sakit pada bahagian abdomen dan demam yang berlarutan," kata Dr. Lee.
Menurut beliau, cirit-birit yang berlanjutan sehingga tiga minggu dan muntah secara kerap boleh menyebabkan dehidrasi iaitu kehilangan cecair dalam badan.
"Jika keadaan ini tidak dirawat, dehidrasi yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan organ, kejutan malah kematian di kalangan kanak-kanak," ujarnya lagi.
Dr. Lee berkata, kanak-kanak boleh menyebarkan rotavirus sebelum dan selepas mereka jatuh sakit. Demikian pencegahan dan perlindungan dari ibu bapa dapat mengelak virus ini menjangkiti mereka.
"Pembasmian kuman pada alat permainan dengan kerap dan mengamalkan amalan kebersihan diri yang baik iaitu mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, selepas menggunakan tandas dan selepas menyentuh permukaan yang tercemar.
"Selain itu mereka juga dinasihatkan mengambil pelalian rotavirus kerana kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengumuh 100 billion partikel virus setiap gram najis dan hanya 10 partikel rotavirus yang berjangkit sudah cukup menyebabkan berlaku jangkitan," kata Dr. Lee.
Menurut beliau, walaupun amalan kebersihan diri yang baik merupakan langkah pencegahan yang lazim, kesannya adalah terhad untuk mencegah penyebaran rotavirus.

Wednesday, March 20, 2013

Wordless Wednesday~Buah Hati Pengarang Jantung

Assalamualaikum uols...

 abaikan ruang tamu yang bersepah.. hukhukhuk...

Gelagat budak dua beradik ni bila aku sibuk di dapur. mula la panggil2 aku nak itu... nak ini... haissshhh bila aku nak start masak kalu mcm ni selalu...

Tuesday, March 19, 2013

Look of The Day #1

Assalamualaikum uols....
Look of The Day
~ im look blue today~


    kurung peplum beli kat sini: /http://www.weluvpeplum.com/
tambah batu2 kat pinggang

Monday, March 18, 2013

Impiana Cherating: Percutian Bertragedi

assalamualaikum uols....
 tempat ni lah yang menjadi punca kami anak beranak masuk hospital secara berjemaah itu hari.  sebenarnya planning nak ke cherating ni dah lama. tak sangka percutian kami jadi cam ni. dari luaran mmg nampak sangat ohsem, sangat peaceful tapi tak boleh compete dengan Lone Pine, Batu Feringgi.

we ols stay sini 3H2M. seronok tengok rayyan dan yaya mandi kolam, . korang semua yang ada anak sila berhati2 yea mandi kat pool, takot sejarah anak aku berulang kat uols pulak. Layan gambar saja laa dalam entry ni. 


 encik suami baru melabuhkan punggung utk check in.

 seperti biasa budak ni akan jadi inspektor, seluruh lobi dia usha...konon macam tahu baca.

 sangat cantik pemandangan di ruang lobi... rayyan kata "fish..fish.."


 budak cengeng ni mmg tau... asyik nak berebut camera dengan aku jek..grrrrr

 gud yaya.. sangat behave...

 ehemmm... ehemmm... nak enterprem jugak.

  semua dia nak konker...

 muahhh muahhh...

 encik suami layan yaya tiup belon sabun..

 cantik kann... subhanallah...

hahaha... aku yang meroyan.


kolam yang menjadi punca anak2 & suami diserang ROTAVIRUS. kemungkinan kolam di tak maintanance.


Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015