Saturday, February 27, 2016

Aiskrim Sumi

sepanjang saya stay hi hospital menemani anak2  saya, entry SINI 
kat FB tengah viral aiskrim sumi.. rata2 dalam group tayang aiskerim masing2.
bila budak2  tu discharge hospital, saya terasa nak buat aiskrim tu. mudah je pun.
lagi satu leh jimat skit beli aiskrim sbb anak2 saya suka aiskerim.

aiskerim ni kita boleh pelbagaikan rasa dan isi dia kat dalam tu..
kebetulan kat rumah mmg ada sumi tapi jenis puding, sebab tu kaler aiskerim saya kurang menyerlah warnanya... takpe... tak cuba tak tau kan, lepas ni boleh buat lagi..

Resepi Ais Krim Sumi / Jelly Yg Sedang Hangat Viral
Bahan-bahan:-
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong
secubit garam
2 bungkus sumi

Cara2 nya :-
Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam
Masak air sampai garam hancur
Masukkan baki 3 air tin
Kacau rata
Sumi dipotong 2 masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim .
Siapppp.. Sejuk bekukan selama 24jam dah boleh ngap!
 
bukan setakat anak je suka, suami pun sama.
 lepas makan nasi mesti nak makan aiskerim ni.
 
SELAMAT MENCUBA!!!



Friday, February 26, 2016

apa itu Pneumonia?? 1 family berkampung di Columbia Asia Hospital

Jumaat lepas 19/2, Yaya akhirnya warded lepas demam lebih dari seminggu. 
bermula dengan batuk tak henti, pasu demam on off. dengan muntah lagi.
 petang isnin lps balik keje bawa gia gi klinik, bila cek suhu 40.4'c terus doc masuk ubat montot dan tulis surat untuk refer ke hospital sbb demam terlampau tinggi.

selepas 4 hari still lagi demam, saya dan suami terus bawa yaya jumpa pakai kanak-kanak di hosp Colombia Asia Setapak. bila doktor cek terus, suh buat xray dan warded. 
lega dah 1 hal.

kul 12.30 saya call BS tanya rayyan. 
mmg setiap hari saya call bertanyakan dia apabila pulang dari sekolah. 
terus BS cakap rayyan demam dan start muntah. ohh maii...

terus call asben to fetch rayyan & bring him to hosp.
 nasib baik saya cepat, sebab hari tu hari jumaat, 
masa pendek  so terus bagitau doktor dan doktor advise suruh warded sbb simptom sama dengan yaya. so minggu berkenaan kami berkampung di hosp sekeluarga...

rayyan & yaya kena PHEUMONIA. di bawah ni hasil saya google tentang penyakit ini..
sebenarnya pheumonia ni boleh membawa maut jika kita sekadar ambil mudah... alaa sekadar demam je kan.. 

korang... jika anak demam berlarutan melebihi 4 hari cepat2 bawa ke hosp. skrg mcm2 penyakit melanda... 
 
In addition to viruses, pneumonia can also be caused by bacteria, including S. pneumoniae, H. influenzae type b, group A streptococcus, and M. tuberculosis (TB). Walking pneumonia is caused by the Mycoplasma pneumoniae bacteria. Although it is usually a milder form of pneumonia than other bacterial forms of pneumonia, the symptoms can be bothersome, lingering for a month or more.
Less commonly, a child's pneumonia can be caused by fungi, parasites, and rickettsiae.

Pneumonia Symptoms

After having symptoms of a mild upper respiratory tract infection, such as a runny nose and mild cough, children who develop pneumonia may have a sudden worsening and develop other symptoms, including:

Diagnosis of Pneumonia

Most cases of pneumonia are diagnosed clinically, meaning that your Pediatrician makes the diagnosis after examining your child based on your child's symptoms and after a physical exam.When necessary, a chest xray and blood culture are also don











Wednesday, February 24, 2016

Resepi: lempeng susu yang sedap

lempeng susu ni antara faveret anak2 saya.
 saya pun suka giler bila diorang request nk lempeng susu sebab senang giler.
 pastu lembut je rasa.
 lemak2 berkrim gitew..
makan sekeping mmg kenyang sungguh.

 
 

BAHAN
1 cawan tepung gandum
3sudu susu tepung-saya guna susu anak
3 sudu kecil susu pekat [ikut tahap manis yg korang suka]
setengah cawan susu cair
secubit garam
air-agak2  cair untuk buat lempeng
1 sudu besar butter dicairkan

CARA:
blend semua skali sampai adunan halus tak tidak berketul.
dadarkan atas kuali non stik.
balik2 kan lempeng.
ulang hingga habis adunan...

nikmatnya makan  panas2

 
 
 

Thursday, February 18, 2016

Apa yg best di Batu Pahat?? Jalan-jalan cari makan...

masa cuti CNY yg lalu, saya mmg tade plan nak kemana2 pun.
 tapi sian tgk anak2 mesti boring bila cuti bertapa jer dalam rumah kan. KL cuti 4 hari, lama tuuu..mmg jadi tukun laa kalu 4 hari dok umah je. 
suami pun mana boleh lama2 dok umah kan.. 
tapi hari sabtu tu hazabb yahamat jem ooii... 
mana2 jalan keluar KL mmg jem teruk laa...
 sapa2 yg balik Pantai Timur time tu ada yg sampai 16 jam balik kb.. 
serammm wehh... tapi saya dah pernah alami semua tu.

so ahad tu lepas bfast, kemas2 rumah, diskas dgn suami... 
ok kita keluar tp tak tau nak gi mana lagi. 
just bawa je baju sepasang sorang kot2 balik malam ke kan..

last2 kitorang sampai ke Batu Pahat... 
sampai je BP terus cari nasi beriani power dulu. lapo.
 pusing2 pekan BP, decide nak tido satu malam. 
so cari laa pakaian sepasang sorang utk pakai esoknya.

jadinya short trip kali ni adalah untuk jalan2 cari makan. 
saya suka jugak BP ni sebab banyak tempat best untuk lemak2 berjoget. pergghh ... terus lupa diri yg saya ni tengah kontrol makan.

oleh kerana malam CNY berdentum2 la bunyi mercun, kedai pun banyak yg tutup. 
malam tu kami dinner kat restoran NIKMAT mcm tu laa nama kedai dia.
 meriahhhh sgt. pastu makanan sedap, boleh tahan. 
sampai bila time nak bayar asben terkejut sbb murah sgt, dah laa oder kemahen banyak... huhuhu... saya order nasi bubur, share dgn yaya, rayyan nak sate, yaya nak jugak nasi goreng, asben roti nan cheese dgn kari daging cincang.
 banyak tak korang?? dengan bayaran RM16!!!

tapi sempat amik gambar bubur nasi je. sedap sgt bubur ayam dia... 

esoknya breakfast kat hotel. oohh kami bermalam di hotel Katerina.
 satu2 hotel yg kami jumpa ada pool & bath tub dengan harga yg sangat murah. 
satu malam RM245. mana nak dapat rege mcm ni time super peak season!! bath tub tu hiburan untuk anak2 je.
 takpe asalkan diorang hepi berendam lama2 dalam buih sabun.

dah bfast kat hotel sampai sendat perut pastu nak jalan2 cari makan lagi.
 nyesal lak bedal byk bfast kat hotel, tapi makanan dia sedap tau. 
mmg rugi laa kalu x rasa.

lepas tu naik bilik kemas2 check out. sempat jumpa suami MILA
rupanya asben dia Manager kat hotel tu. tu pun gara2 saya upload kt fb check in kat situ. 
tq mcdee bagi info tempat makan best.

lepas check out pastu singgah di nasi beriani shah.
 punya laa ramai orang beratur ooii... 
bila tengok harga bapak murah koo...
 nasi beriani kambing RM6.90 je, 3 kali ganda dari harga di KL.
rasa macam nak beli 50 bungkus jer.. hahahaa tamak tau.

padahal beli 2 bungkus je, tapau 4 branak makan kt KL.
pastu makan lak kacang pool haji yg pemes tu.
 rugi tak rasa kalu dah sampai BP kan.

nak tapau lagi kari kambing 40 hari tapi orang ramai yahamat, siap ada RELA kontrol jalan. ingatkan ada kenduri rupanya tu mmg kedai kari kambing 40 hari. 
cancel je, ada can next time datang lagi hehehehe...

makan berakhirlah edisi jalan jalan cari makan di BP.
rasanya kena repeat lagi skali kot ehh...
 

dah sampai BP harus jugak tapau mee racun. 
nak makan mmg dah xboleh masuk lagi dah. tapau 1 bungkus mee racun gearbox. 
balik umah makan mcm x cukup lak kongsi dengan asben. miahahaha..



kedai pertama singgah bila sampai BP. lunch sini tapi kambing dah abiss daaaa...

nasi bubur je yg sempat snap kt resrotan NIKMAT. sedap ooii... kalu yg berpantang elok sgt sbb terasa halianya..


korang jangan lupa beli nasi beriani sini tapau balik KL. 
harga dia mmg tak dapat lah mcm tu kalu kat KL.

kacang pool haji.. sedap. baru tau rasa dia mcm ni.. fes time makan laa katakan...

mee racun. gerenti korang akan repeat datang mkn sini..

saya tapau. ni laa rupa mee racun gearbox tu. pun murah rm10 je..

bukan rezeki kami kali ni.. next time ye...

Monday, February 15, 2016

kisah disebalik kek kukus coklat dan resepi

minggu lepas semasa suami balik kg, saya bertiga bersama anak2 rayyan &  yaya.
hari ahad berkenaan,rayyan mula2 request nak suh saya buat roti jala.
sebenarnya dah lama dia minta saya buatkan roti jala dgn kuah kari.
 budak ni mmg suka mkn roti jalan dgn kuah kari ayam.
 tengahari tu saya dah siap buat kari ayam bersama kentang.

 bila buat kari ayam untuk mkn bersama roti jalan dah
 semestinya ayam tu saya dah potong kecik2 dan kentang pulak potong dadu.
dah hampir saya nak bancuh tepung, tetiba dia tukar fikiran nak makan kek pulak..
sebenarnya roti jalan tu untuk bawa ke sekolah.

 dah tetiba dia tukar fikiran lak nak bawa kek minyak pelangi yang saya penah buat sebelum ni. kat entry SINI.

saya betul2 melayan permintaan dia...

kebetulan telor hanya ada 2 biji jer kat rumah.
 mana cukup nak buat kek tu.
menggugel saya dalam henfon dan buku resepi saya mencari kek yg guna 2 biji jer telor.

sebenarnya saya selalu gak save resepi dalam hp. 
alaa resepi saya haruslah yg mudah, x banyak bahan, cepat siap.
 dalam henfon saya mmg banyak laaa kan...

terus jumpa kek coklat apam kukus ni.
bahan pun mudah dan semua dah ada kat rumah.
kali ni guna acuam kuih lompang untuk kukus kek tersebut.
dah siap mmg tak sabar 2 beradik tu menikmati kek kukus.
asal ada coklat mmg suka sgt diorang...
bagi diorang mak diorang ni terror giler buat kek.. kahkahkah...

berbalik kepada kari ayam saya tadi, makan laa dengan nasi.
tapi sedap sbb dah potong kecik2, rayyan pun suka. puji diri sendri koo..

kek kukus apam tadi dapat dalam 50 biji satu adunan. agak banyak jugak...
esoknya saya bawa ke opis, rayyan bawa ke sekolah, yaya bawa ke umah nenek.

bagi saya not bad rasa kek kukus ni, cuma next time saya nak kurangkan gula dan ganti dengan susu pekat. dan buat topping untuk lebih rasa coklat.. nyummmm

kek kukus ni tersangat mudah sebab semua bahan dicampur dan gaul/kacau sebati pakai senduk je. tak payah guna mixer pon.

 



bagi saya not bad rasa kek kukus ni, cuma next time saya nak kurangkan gula dan ganti dengan susu pekat. dan buat topping untuk lebih rasa coklat.. nyummmm

selepas buat kek kukus ni saya post kat group MAHN di fb, 
tak sangka boleh dapat 1300++ likes.
dan komen yang tak terlayan bertanyakan kek kukus ni.

Thursday, February 4, 2016

Apabila ada "tetamu" tak diundang...

saya ni bukanlah kategori rajin berkebun, 
tapi ada laa beberapa pokok kat tepi pagar rumah tu.
tu pun sebab untuk kegunaan dalam masakan. link kebun sepicut kat SINI .

alkisahnya memang lps balik kje saya selalu siram pokok2 tu.
 siram biasa2 je sbb sampai umah pun dah malam. mmg tak nampak pokok dah.
 hala kat pasu je hos getah tu.
semalam saya ternampak pokok daun limau purut gondol wehh.. 
terus rasa cuak. terus buka balik pagar umah. 
padahal masa tu tengah azan maghrib berkumandang... hadoi...
dengan lampu tepon selai2 daun tu saya belek. 
tetiba terus nampak!!! mmg kena belek selai2 sebab kaler ulat tu sama dengan warna daun tau...

besar dan gemokkk gedempol dah hasil makan daun limau purut. 
 terus snap gambar, sempat post kat fesbuk semalam.
 pastu rasa klakar lak, pasal ulat pun nk post kt fesbuk. wakakakaka...


 sedapnya tengah diner yer awak...

tengok tu dah gondol dia kerjakan... nasib baik saya perasan dulu.. kalu tunggu wkend baru nak belek pokok, maunya tinggal batang jer kot. hihihi...
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015