Friday, October 25, 2013

Tentang penyusuan bayi

tetiba ada entry tentang penyusuan bayi... ko naper amy? ngandung lg ke?
ohh tidakkkk sama sekali.... bukan aku yg mengandung.

aku just nak citer tentang pentingnya penyusuan bayi semasa dalam tempoh 40 hari umur bayi berkenaan. tak kira la ko bagi FM atau pun BF.

apsal aku tetiba bukak citer ni?? sebabnya apa yang berlaku ni adalah dari kalangan keluarga terdekat aku. pertama skali aku nak minta maaf kat adik ipar aku andai dia ada terbaca entry ni dan aku bukan lah nak ceritakan sesuatu yang tak elok tapi untuk kebaikan dan pengajaran untuk semua, sebab aku tau ramai antara pembaca amerislovely ni adalah dari kalangan ibu2, mak2, dan bakal jadi mak2. aku jugak pikir ribu kali untuk buat entry ni.

ok macam ni citer dia. pentingnya penyusuan bayi dalam tempoh 40 hari tu bukan aku yang kata tapi doktor paediatrik.
kenapa?
sebabnya dalam tempoh tersebut bayi hanya bergantung pada susu untuk membesar, menjana otak, saraf, tulang dan sebagainya. iyer laaa mesti la bagi susu takkan nak biarkan bayi tu melalak kelaparan pulak. setiap malam wajib menyusukan bayi sekiranya bayi sedar, dan of kos la bila bayi sedar mesti lah dia nak susu, takkan nak ajak main pulak kan. sekali lagi aku ingatkan, ni dalam tempoh 40 hari yer...

sekiranya tidak ckup menyusu dalam tempoh 40 hari kemungkinan untuk bayi tersebut jadi.... [aku tak tau apa perkataan yang sesuai tp bayi perkembangan bayi akan slow bukan terencat] adalah tinggi.-semua dengan ketentuan ALLAH-

masih terngiang lagi pertanyaan adik ipar aku dulu. [rayyan dan anak buah aku tu beza 3 bulan]

 adik ipar: kak amy, rayyan bangun brapa kali setiap malam menyusu?
 aku: ada la dalam 2-3 kali
 adik ipar: jang[nama panggilan utk dia] tak ajar aqeef bangun malam, kalu dia bangun, tepuk2 bagi dia tido  balik....

ok, ko nampak tak apa yang aku maksudkan.....

so masa aku balik raya ritu, mmg nampak perbezaan rayyan dgn anak buah aku tu even dengan yaya sekali pon..

-nak abiskan 5 oz susu ambil masa 1 jam dan mungkin lebih.
-sukar nak menelan makanan dan anak buah aku tu dok kemam je nasi bubur. kena ulang dengan air baru
 dia telan[tu pun ambik masa]
- air liur masih lagi meleleh sampai basah baju[kena letak towel kecik sentiasa] walaupun dah berumur 3thn++
hanya tahu menyebut mama sahaja.
-lebih suka bermain sendiri.

jadi sekarang ni anak buah aku berulang alik menjalani fisioterapi dengan doktor pakar paediatrik di terengganu.  beberapa hari sebelum balik raya aji ritu sempat aku ber FB dgn adik ipar aku yang doktor mencadangkan dia membuat kad OKU!! terkejut aku dengar sebab dia bukan cacat anggota badan.
mungkin perkembangan dia sedikit lambat. dan aku rasa anak buah aku boleh dibantu dengan cara lain contohnya macam sentiasa menjalankan terapi, luangkan banyak masa dengan mengajar dia bercakap, urutan di kaki, tangan dan badan. dan yang paling penting sentiasa berdoa, bacakan zikir, ayat kursi kat ubun2 dan minum air zamzam.

aku membantah sekerasnya kalu dia ingin buat kad OKU sebab perkataan O.K.U tu akan kekal dalam ic dan sekiranya budak tu dah ok[Insyaallah] mcm budak2 lain apa pula perasaan dia bila dalam ic dia terpampang perkataan tu.

sebab kita tak tahu ketentuan dan perancangan Allah. mungkin keadaan dia mcm tu hanya sementara saja...

korang yang ada cadangan atau pengalaman tolong bagitau aku cemana nak bantu dia...

14 comments:

Han Hanni said...

susu ibu susu terbaik... kurang minum, mungkin satu faktor yang mendorong kanak-kanak kurang tumbesaran/aktif.

Kena slow talk dengan mak budak tu, bagi aktikel pasal isu ni, mungkin dia blh terima

Chekgu Azrine said...

Ada tnya pendapat DR ke..mgkn jugak faktor genetik amy..
Pepun kuasa Allah..doakan yg terbaik utk ank sedara amy ye

ameris said...

mmg dah jumpa doktor pakar paediatrik dan skrg wat treatment fisio tu...

MaYAsHiKiN said...

salam kenal sis...memang betul penyusuan susu ibu sgt2 penting 6 bln pertama kelahiran baby..

NM03 said...

alahai... kesian plak...

Rosmawani♥ said...

Bg ros la, bkn mcm tu kot... Mcm humaira susu bdan sepenuhnya tp perkembgn lambat jgak.. Btul ckp ameris tu, ini semua ketentuan allah kan..

Oku tu bkn sahaja cacat anggota.. Tp kalau dia xpndai pun doc dh sahkan oku..sedih sgt :(

ameris said...

hmmm.. tp doc kata sbb tu lah salah satu punca. mmg sedih kan..

Julia Johari said...

Sis Ameris...harap si ibu x apply kad OKU...kesian masa depan anak dia...anak dia normal kan...so no need kad itu...

mrs kayrul said...

alahai kesiannya....maybe tue dah bahagian dia....harap2 dia cuba rawatan lain plak mana tau boleh sembuh

Nadt said...

Betul tu susu ibu memang yg terbaik. ApapuN semuanya atas izin Allah. Nadt rasa anak buah akak tu ada ciri2 autisme. N autisme bukannya OKU cuma memang dia ada sikit berbeza dengan knak2 biasa. Samada dia akan jadi slow learner atau hyper.

Ibunda said...

Camtu bukan kategori autisme ke..
Apa2 memang susi ibu yg terbaik utk bby sehingga dia 2thun.

Ibunda said...

Camtu bukan kategori autisme ke..
Apa2 memang susi ibu yg terbaik utk bby sehingga dia 2thun.

Mimy Hamid said...

mcm simptom autisme je...tapi pendapat sy fisio is the best terapi....ckp dia jangan putus asa..sekurang nya anak dia ada progress...kawan sy anak dia detect cerebral otak...lagi kesian..kuasa Allah dia rajin terapi

zila norazila said...

Jgn buat kad oku lh..kesian bby tu..mmg kna terapi cara yg terbaik..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015