assalamualaikum uols...
semenjak 2 menjak ni malas betul rasa nak update blog.mungkin sbb sibuk sgt kat opis, badan pn jadi penat. ni pun tgh sibuk gak.
ok, straight to the point. sempena cuti hari wilayah yang lepas.
(KL je ok, state lain jgn jeles) sempat la kami sekeluarga bercuti sehari secara bidan terjun main terjah ke batu ferenggi , Penang. dah lama tak datang penang rasa heaven sgt. oleh kerana last minit plan, booking hotel pun main call je tanya mana yang available, aku as seksitari suami menjalankan tanggungjawab call hotel yang kitorang pilih, hardrock, shangri la,bayview..... setelah bertanya sepatah dua dan rate hotel kami buat keputusan untuk amik hotel
Lone Pine. rate bilik yang kami amik ni RM880.++. ni harga bilik yang paling murah tau. yang paling mahal RM3800++.
ding dong ding dong.. kul 1 gak kami gerak lepas packing bag, susu budak2 pamper bagai. perjalanan sangat lancar sbb budak2 tido.
aku dan cik suami amattt berpuas hati dengan hotel ni berbaloi dengan harga yag dibayar. yang penting keselesaan untuk anak2.bilik hotel ni mmg catik sesangat. tetiba berangan nak wat interior gini kalu ada rumah sendiri kat kampung nnt.
seperti biasa budak ini la yang akan buat inspection di segenap penjuru bilik... semua benda dia cek, telefon, toilet buka drawer sana sini...
tak abis lg dia cek. katil adalah king. muat untuk kami anak beranak tido...
bath tub kat luar beranda. sambil mengadap seaview. sangat cantik super ohsem... oohh speechless
view dari bilik.
mengintai dari tirai kamar.. dia gian tgk abang rayyan kat luar dah masuk tub main air..
tengok!!! dah merangkak sampai ke luar.
tiup jgn tak tiup. floating ni utk yaya dlm tub tu..
tengah pikir dak yaya ni. cemana la nak masuk dlm tub tu.
bilik kami 215
dah nak kul 7 ptg sempai lagi heret anak2 masuk pool. rayyan suka sgt masa ni... tempat ni paras betis je sesuai utk budak sethn -2 thn. yang sebelah tu paras peha aku, utk rayyan paras leher dia masih selamat utk rayyan aku just monitor je sambil snap gambar diorg.
nak berjakuzi kt sini. happy sgt budak2 ni. maklum la dah lama tak bawa diorg jln2 mcm ni.
cik suami layan anak2 je.
lepas mandi pool sempat lg gi beach. suasana dh kul 7. gambar ni sgt cantik tp sbb kamera kompak je maka suram je. mula la tergedik2 nak ada dslr sendiri. wishlish tahun 2013.
eehhh.. perot aku mcm pregnen. oohh sungguh ngeri wehh
jom balik bilik. rayyan tak selesa dengan pasir yang lekat kat kaki dia....
pemandangan tersangat la cantik.
bfast pagi. makanan tersangat la banyak. rasa semua nak makan. semua ada sampai aku tak tertaip...
besar sgt la rayyan muffin tu...mana bole ngap terus. biasa aku buat muffin kecik2 je bg senang dia makan.
lepas bfast dku dah tak larat nak jalan. mcm2 benda masuk dlm perot aku. yaya plak dh ngantuk masa ni. kalu tak mau aku melantak lagi. dasat betul aku ni kalu bab makan...
muka yaya merah2 sbb panas. cian dia
staff kat hotel ni tersangat la mesra alam. dari cleaner kutip daun, bell boy sampai la receiptionist semua baik2 dan suka layan anak2 aku.
cik suami layan anak2 dalam tub pulak. suka bebenor budak2 ni. sampai xnak kuar. yaya sampai kecut jari berair idung.
tak puas rasa datang semalaman. Insyaallah ada rezeki kami akan datang lagi....nak jln2 pun tak sempat sbb yaya meragam pulak time nak balik. mungkin tak selesa sbb cuaca panas atau tak nak balik kot... nasi kandar pun tak sempat rasa...