Showing posts with label hello Perth. Show all posts
Showing posts with label hello Perth. Show all posts

Wednesday, November 22, 2017

REVIEW: Homestay kak Maya di Goesnells, WA


ramai yang watsapp saya tanya homestay yang saya duduk di Perth.
Homestay ni terletak di Gosnells, milik Puan Maya Mohd.
semua peralatan lengkap untuk korang tinggal sepanjang percutian di Perth.
bagi saya tinggal di homestay lebih berbaloi sebab 
kita dapat merasai cara hidup orang di sana, keadaan rumah dan suasana di kawasan perumahan yang sangat harmoni & tenang. 
bila dah stay sini terus rasa macam nak balik Malaysia.. 
hahaha.. melampau sangat kan.
 tp itu lah realiti bila saya jumpa beberapa kawan2 
yang ke Perth sampai nak migrate ke sana.. serius..

homestay kak maya ada 2 bilik, dapor, mesin basuh, toilet siap bath tub lagi..
pasal dapo korang boleh terus guna tak payah nak samak menyamak bagai sebab kak maya hanya menerima tetamu muslim sahaja. 

dekat dengan Spudshed untuk korang shoping barang2 dapo untuk masak. boleh sshopping ala2 korang dok umah sendri di Malaysia tau... lagi satu dekat je dengan stesen ketapi.

sebarang pertanyaan boleh watssapp +61410873788 ni nombor contact kak Maya..
jangan lupa seru nama saya tau, mana tau dapat diskaun untuk korang :)

korang yg bercadang nak sewa keta juga boleh tanya kak maya...
dia boleh uruskan.


baru sampai terus bergambar... 

ruang tamu yg luas & lapang

bahagian dapo... alaa lupa nak snap meja makan. tp mmg selesa.

wardrobe. boleh amik xtra selimut dan bantal

laundry area

bilik 1...

bilik 2...

bath tub..

toilet yg selesa

hadapan rumah yang ohsem

Friday, November 17, 2017

Part 6: Cuti-cuti Perth Day 5~ ARALUEN BOTANIC PARK - Tulip Garden yg ohsem

hari ke 5 di Perth.. seawal pagi selepas breakfast kitorang ke Araluen Botanic Park.
ni yg saya tunggu. kitorang beli tiket bulan 9 pun sebab nak tengok tulip ni.
maka tercapai laa hasrat tu tengok tulip depan mata.
Subhanallah.. masyaallah.
tersangatnya cantik mcm bunga plastik bila tengok balik gambar2 ni.
tapi musim tulip ni tak lama tau. kalu korang nak tengok tulip ni kena cek dulu dengan tourism Australia.

tapi taman tulip ni takde laa sebesar macam kat Amsterdam tu. tp tetap puas hati.
so gambar dalm entry ni mmg tulip laa sahajak.. jangan laa muntah hijau tengok tulip. mihahaaha...

hampir 2 jam kat sini, kali ke Watertown semula sebab hari tu nasib x baik watertown dah tutup semasa kami sampai.
so korang yang plan ke Perth make sure kalu gi ke shopping mall gi awal sbb sana kul 5 dah tutup yer...


bayaran masuk ke Araluen Botanic Park




tulip purple ni dah hampir layu



macam plastik kan...



posing lagi.

geram tengok merah kuning putih tu..







bila musim bunga.. bunga-bunga liar mcm ni mmg tumbuh merata








Sunday, November 5, 2017

Part 5: cuti-cuti Perth~ day 4 (Caversham Wildlife Park, Margaret River, Watertown)

hari ke 4 di Perth kami ke Caversham Wildlife Park.
tempat ni mmg di tunggu oleh anak2.
dari hari pertama lg dok berzikir kat telinga bila nak gi tengok kangaroo...
tiket nak masuk sini 28$ sahaja. lps convert dalam RM95. 
kanak-kanak dalam 12$ lps convert dalam RM40
maka dok lama2 dalam tu main dgn kangaroo puas2 yer korang...

oleh sebab masa saya pergi tu musim bunga, bunga2 liar mmg tumbuh merata2..
 cantik sangat tau.
geram nak bawa balik KL hahahaha..

untuk makluman semua kangaroo dalam ni semua jinak.. 
bleh pegang2, peluk2 dan bagi makan kat diorang..
nak main kejar2 pun boleh tau...
comeil sangat!!
ni adalah tempat wajib pergi kalu pergi Perth.
kangaroo, wombat, koala hanya ada di bumi Australia okeh..

datang sini sila bawa bekal. biasa laa park mcm ni mahal skit makanan.
paling tak pun bawa roti dan biskut utk budak2.
 cuaca sejuk mmg cepat lapar.

lps melawat kangaroo, kami ke Margaret River Choclate. 
dapat free coklat kat sini. 
beli jugak laa beberapa jenis coklat minipek tu.
tp kena hati2 jugak ada coklat yg ada alkohol. 
biasanya staff dia akan bgtau mana2 coklat yg ada alkohol bila tgk kita bertudung. 
diorang pun sedia maklum kita muslim kan. bagus sangat...

dah abis ronda2 kat Kilang coklat, terus ke Watertown. 
tempat ni mcm ala2 JPO gitew..
barang2 branded yg dijual murah.
 tapi takde rezeki sebab masa sampai kedai kebanyakan dah tutup.
so repeat lagi 

sebenarnya masa kat caversham lagi asyik terserempak je dgn pelakon drama tv3 ni..
kat watertown pun jumpa lagi. 
makan moh laa kita bergambar. hahaha...












 comel sgt kangaroo ni melompat.. terkejar2 makcik

 tengah beratur nak ambik gambar dgn wombat

 cantik kan bunga2 liar ni...



 mcm2 jenis coklat ada

 budak kecik ni asyik nak posing je dgn coklat

 beli jugak laa coklat beberapa jenis

 selpi seketul dgn boyfren kite...

 blue boat house.. glamer tempat ni.. sbnrnya takde apa pun. 
tp orang suka bergambar sini

 rainbow container... ni pun tmpat faveret bergambar... 
sape2 datang perth mesti datang tmpt ni bergambar

artis drama... alaaa lupa daaa nama dia.. salu tv3 dia belakon













Thursday, October 19, 2017

Part 4:Cuti-cuti Perth day 3~ Pinacles & Lancelin

hari ke-3 di Perth kami ke Pinacles & Lancelin.
perjalan mengambail masa hampir 3 jugak.
memandangkan kat sana had laju hanyalah 90km/j untuk hiway.
kalu kat Malaysia ni boleh pecut sampai 140km/j kot. hahahaha..
mmg mengantuk laa encik driver memandu dengan kelajuan mcmtu.
dah laa highway dia terussss jer tanpa ada tol.
keta pun jarang2 jer jumpa.

seperti biasa sebelum keluar jenjalan selepas solat subuh 
saya dah berketung ketang bersilat kat dapo.
menu hari ni simple jer nasi goreng dan telo dadar. 
nasi goreng tu guna perencah Adabi yang saya bawa dr Malaysia. 
dasar sangat kann.. pagi2 mkn nasi mengalahkan nak pegi menoreh getah.
sini sejuk wooo... cepat nau laparnya. mak bapak boleh tahan lagi, perut anak2. 

bekal pula saya siapkan nasi beriani ayam guna pes Maggi.
 sedapp!! tu je boleh cakap.

lagi pun hari ke-3 perjalanan agak jauh. 
ada RnR pun bukan mcm kat Malaysia ko boleh benti beli mknan sesuka hati kan..
 so baik mkn kenyang2 dan bawa bekal biskut & roti.

kalu dah bawa anak2 ni mmg riuh laa pepagi nak menyiapkan diorang. 
lepas settle anak2 mak2 kena tarik napas lepasssss.... 
tarik napasss... lepas....
bagi masa bertenang jap. penat okeh...

sepanjang perjalanan tu mata mengantuk tapi rasa sayang nak tido sbb nak tengok pemandangan indah kiri kanan jalan. 
pemandangan yang tiada di Malaysia.
kiri kanan padang ragut rumput terbentang luas... 
cerah bijik mata..
tenang sangat tasa.

untuk masuk ke Pinacles ni bayaran adalah 13$ untuk sebijik keta.
ko nampak jer padang pasir seolah2 macam panas giler tapi sejukkk tau..
bila angin bertiup lagi laa mencucuk tulang rasa sejuk tu.

subhanallah... indah sangat ciptaaan Allah swt. 
tak puas berada di sini, tetiba boleh ada batu2 di tengah2 padang pasir.
bergambar dgn mcm gaya.
lepas tu singgah sekejap kat kedai souvinier beli magnet dan minuman untuk anak2...

selepas tu perjalanan diteruskan ke Lancelin.
 lancelin jugak adalah kawasan padang pasir tapi xde batu2 mcm di Pinacles. 
hanya padang pasir luas mcm di gurun sahara tu. sejukkk jugak sini.
aktiviti sini bergelungsur pasir. 
seronok giler anak2 bila dapat bergelungsur pasir.

saya sempat 2 kali bergelungsur.
diorang 3-4 kali sorang. yang penatnya bila nak menapak naik semula sambil bawa papan lunsur tu.
ohh... sewa papan lunsur tu 10$ satu. 
tak payah bazir sewa byk2. kongsi2 jer.

boleh pilih nak gelunsur angle mana...

dah penat bergelungsur. terus pusing2 cari makan.
 hasil google kata ada tempat makan lobster halal yg best nama LOBSTER SHACK.
 ni laa first time saya makan lobster selama berusia 40thn.
 ohh hari ni jugak merupakan hari jadi saya yg ke 40 tahun
homak aiii... dah tuo makcik ni koooo...

bila makan lobster tu sampai terpejam2 mata sebab terlampau sedap. 
kalu kat Malaysia mmg tak laa nak beli lobster2 ni. beratus2 seko regenya..

kitorang oder set lobster saiz M dan set fish & chips.
 bekal nasi beriani pun makan kat sini.
yg menariknya di Lobster Shack ni ada tempat untuk kanak2 bermain.
 mmg lupa terus anak2 nak makan bila dapat main kat sini. 
main masak2 dengan anak-anak omputih koo...
dapat laa mak bakap makan dengan tenangnya... hahhahaha...

lepas makan singgah di pekan mandurah untuk cari tempat solat.
kali ni boleh jamak sebab perjalanan melebihi 100km.
lega skit sbb saya salu laa mengigil time ambil wuduk. agagagaga..

pastu singgah di Big W untuk cari corelle. 
tapi tak banyak pilihan yang ada.
masa ni tak boleh lengah2 kan masa sbb kitorang perlu sampai Gosnell sebelum malam. bila malam risau kangaroo banyak berkeliaran di hiway &
 mengganggu perjalanan kami.


asben kata kali ni  nasi goreng saya tak sedap...
drebar  hari berkenaan

sebelum bergerak mmg kelam kabut dengan budak2 ni jer...

pemandangan sepanjang perjalanan

Pinacles..







cubaan melompat...



yeayyyy berjaya dengan aksi melompat.. over tau mak


yaya & kangaroo tak dapat dipisahkan

Lancelin





silau jer ni bukan kepanasan..

macam-macam ada di kedai souvinier

asal tengok kangaroo jer nak beli... haisshhhh...

asal tengok menan jer nak beli...

13$ satu keta..



main laa korang puas2.. mak2 dan bapak nak makan...


just oder set fish & chips & set lobster M

lobster... 40 tahun baru dapat merasa mkn ni...

cosy jer tempat dia kan...

tepi laut Lobster Shack ni. tgk google map mesti jumpa...


bila dah gerak masuk keta, baru laa budak kecik ni lapar. 
nasib baik ada nasi beriani bekal yg saya bawak tu.

klik untuk link sebelumnya

https://amerislovely.blogspot.my/2017/10/part-3-cuti-cuti-perth-day-2.html
https://amerislovely.blogspot.my/2017/10/part-2-cuti-cuti-perth-day-1.html
https://amerislovely.blogspot.my/2017/10/part-1-persediaan-ke-perth.html






Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015