Semalam 13/4/2014,
genap 2 tahun anak dara bongsu ni. Sekejap je masa berlalu rupa-rupanya dah dua
tahun aku bersalinkan dia.
Sengal-sengal badan lepas bersalin pun tak hilang
lagi. Lagi bertambah lenguh ada la kot
bila nak melayan hero dan heroin ni. Sikit2 umi...skit-skit umiiii....
Pantang umi dia ni ilang dari pandangan mata. Terutamanya sihero...
Ok, kali ni citer pasal yaya. Masa mengandungkan dia penuh
komplikasi. Seram dan takut aku dibuatnya. Mana taknya dengan terlebih air
ketuban. Bergguling2, bergolek2 dgn lasaknya masa dia dok dalam perut aku dulu.
Tapi uols, betapa bahayanya terlebih air ketuban ni ooii....
Masa 6 bulan check-up,
Doctor: awak perasan tak Amerda yang perut awak ni besar sangat?
Aku: gulppp... ntah laa doctor, mcm biasa je Cuma baby mmg
lasak sgt berguling kat dalam.
Doctor: air ketuban awak ni terlebih. Boleh bawa komplikasi
serius yang mana baby boleh jadi simdrom down atau simdrom2 yang seumpama
denganya...
Aku: mcm terhenti jap jantung ni. Speechless....
FATEEN AZZAHRAA AHMAD FARIS 2 TAHUN
Doctor arahkan aku gi buat detail scan. Tengah malam buta
dalam hujan lebah aku gi buat detail scan kat klinik doctor baskaran di sungai
buloh. Terlentang aku sejam setengah aku atas katil tu bila doctor baskaran
buat detail scan, semua tulang temulang, sendi, tengkorak,saraf, kaki, tangan doctor
tu ukur. Tapi punya laa rumit sebab baby berguling2 je, yer laa dah banyak air
kann.. sronok laa kot.
Bila doctor kata semua ok, tunggu je lepas u bersalin nanti.
Legaaa jap hati aku, tapi tetap gundah gulana nak tunggu bersalinkan yaya....
bila satu jumaat tu aku bersiap nak gi opis mcm biasa pagi
tu. Konon nya last day keje sebab aku dah set nak bersalin yaya rabu berikutnya. Tetiba rasa sakit perut
memulas2 mcm nak berak gitu. Haishh.. dari nak gi opis terus gi Putra Medical
Centre, sungai buloj sepas antar rayyan kt BS.
Dalam perjalanan sakit tak tahan, rasa mcm masa tu jugak nak
beranak. Ooii... aku dapat rasa somi aku
bawa keta dah mcm jet kot. Mujur laa jalan menghala ke sungai buloh clear,
sebab jalan jem menghala ke KL, iyer laa dah hari keje kan.
Sampai PMC terus masuk labor room, bukaan dah 4 cm kot tak
silap. Suami kat sebelah terus bagi semangat kat aku. Masa ni mmg nyawa dihujung tanduk org kata. Bila doctor
Tanya nak bersalin normal ke operate, aku terus cakap operate.
Bila dah settle semua, doctor Wan Ratna kata nasib baik kau
pilih untuk operate, kalu tak rahim aku boleh pecah...
Tu laa seba sedikit kisah 2 tahun lepas sebelum bersalin
yaya. Sekarang dialah penyeri, dialah penghibur, dialah pelawak, dialah
pengubat aku time stress....
Semoga jadi anak yang solehah yer Yaya, jangan gado2 dengan
abang. Umi tetap mendoakan Yaya membesar dan Berjaya dunia akhirat.....