Tuesday, July 31, 2012

Hujung minggu lepas...

assalamualaikum,

Sabtu lepas aku dan incik suami skali lagi pegi ke Putra Medical Centre Sg Buloh untuk appointment Zara sambil ingat nak injek dia utk 3 bulan.(blm injek lg sbb dia x sihat ari tu). tapi mak aaiihhhh... ramai giler appointment dengan Dr Marina, pakar kanak-kanak ari tu. so kami laki binik decide nak jumpa doktor biasa je. bila doktor Mala tu cek Zara rupanya ada lg kahak, tapi x byk sgt, jadi injek 3 bulan x bleh buat jugak kena tunggu Zara betul2 sihat. makanya ari tu kami cuma pegi lawatan sambil belajar je kt PMC, doktor Mala pun x charge apa even consultation.

 sementara tunggu nama panggil kt PMC, sempat posing dgn budak kecik ni.

oleh kerana dah berada kt sana, aku ajak cik somi aku gi IKEA. dh lama sangat tak gi sana. mesti ada menda2 baru... kihkihkih. hajatnya aku nak cari kusi utk rayyan. dia skrg ni suka menulis menconteng dok kt meja. aku ada beli menan yg boleh tulis2 pastu leh padam balik tu. apa nama menda tu tahh..

tapi biasa lah bila dh gi Ikea, bukan kusi rayyan aje yg aku beli,  gajet2 dapur, toy zara pun aku rembat gak. nafsu sopping tu masaih lagi terkawal.sempat gak aku usha2 dining table yg dh lama aku aim tu. mana tau kot2 abis stok. dining table tu masuk dlm wishlist aku tahun ni. hihihi...

ni la dining table yg aku aim tu. dia boleh extend jd panjang kalu ramai. tp takde la panjang mana pun dari 4 org ke 6 org je. hehehe... RM959

 display cabinet ni pun aku aim jugak.

oopsss... watak untuk weekend tu cuma aku, somi dan zara je. rayyan aku tinggalkan kt umah acik. tak terkontrol nnt kalu bawa dia. tunggu dia besar skit baru leh bawa, tak pun zara kena tinggal dgn acik. kalu 2-2 aku bawa mau pengsaaannn aku nnt. huhuhuhu...



 si zara ni mana leh lama2 pastu mula la merengek. aku buat susu dia kat atas kotak2 kt Ikea tu je. cik somi bg susu, aku jln2 lg usha brg.

 muka si zara semakin membolat



huhh.. balik dari Ikea aku laju-laju plak bersilat kat dapur sbb masa tu dah kul 5. lauk biasa2 je sbb dh suntuk. tp sempat buat 2 menu kt bawah.

sempat aku buat chicken sosej roll . amik dari blog ANA. mmg best aaarrr..

 
rich choclate pudding.


Monday, July 30, 2012

Jadual aku di bulan puasa


 tempat tido kami masa bulan puasa ni. nk tido kt atas kang nnt tak tau jd kat 2 beradik tu masa kami sahur.sudahnya semua tido hall bawah.bergelimpangan dua beradik tu tido.ni snap gmbar ni masa aku dgn hubby tgh sahur.

Dah pun masuk hari ke-10 berpuasa. Cepat betul la masa nie. Bermakna sudah 10 hari jugak kami berpuasa bersama 2 orang si kecik. Memang mencabar sgt aku rasa. Mana taknya semalam dh nak masuk isyak baru aku boleh makan nasi. Aku gilir2 makan nasi dgn hubby sebab salah sorang mesti layan si kecik 2 org tu. Rayyan pulak time aku menghidang dia pun “nak..nakk...nakk...” tu je pun perkataan yg dia bole sebut.

Time aku bangun sahur kul 5, budak2 tu pun turut bangun sama sahur dgn kami. Tp beliau sahur dgn susu masing2.. semput gak laa aku nk sahur pastu layan budak2 tu, kemas dapur, basuh pinggan bagai, mandikan diorang, pastu aku plak nk mandi, solat semua. Fuhhh... berpeluh ketiak aku tau... kul 7 dh kuar dari rumah.
Sib baek ada hubby yg sedia menghulur bantuan.cian gak aku tgk dia, makan pun tak proper, buh nasi sendrik. Kdg2 makan sambil suap rayyan. Zara plak just monitor je. Dia nak kita ada depan mata dia. Kalu tak mesti merengek lah budak tu. Aku senang je, bukak tv leka lah dia, jadi aku leh buat keje2 lain,basuh pinggan kemas semua.
Menu berbuka?? Takde maknanya aku nak masak. Sampai umah pun ngam nk dekat berbuka. Aku semestinya jadi lipas kudung masa ni. Skali lagi berpeluh ketiak. Hubby setiap ari oder dari catering opis dia. 2 lauk jek cukup bagi kami. Takdenya bersusun2 lauk mcm buffet. Tp weekend aku masak laa takkan nak beli lg kot. Muak mkn lauk beli nie hari-hari. Weekend baru hubby bleh request apa yg dia nak makan utk aku masak, tapi xde la byk jenis, 3 lauk cukup. Masak lebih skit utk sahur esoknya....
Kul 9.30 aku dah kroohhhh....krooohhh.... tido. Paksa zara tido, sbb aku dah ngantuk sgt2. Penattt!!! Rayyan plak main sorang2, bila dia bosan mula la korek mata aku, hidung dan tepuk2 pipi aku ajak main sama. Huhuhu. Aku solat isyak & terawih bila zara bangun minum susu dlm kul 2 lebih gitu... kalu lapar aku ngap apa2 yg ada dlm peti ais.
Macam tu la rutin aku ari2...tetiba terpikir “ada maid kan bagus, takde la aku jd lipas kudung”. Pangggg sebijik!!!  Tak sanggup wehh minah indon jaga anak aku, biar la aku jd lipas kudung dulu, bila diorg dh besar nnt ok laaa.

#menaip kat opis dengan mata separuh buka sbb ngantuk

Monday, July 23, 2012

Review Ampang Puteri Service Hospital

assalamualaikum...

masa buat entry pasal rayyan masuk wad ari tu aku ada tulis nak buat review pasal hospital ni. iyer lah biasanya org buat review pasal hotel je bila gi hotel, now aku nak "citer" pasal hospital glamer ampang puteri ni.

bagi aku hospital ni nampak gah dari luar je. dari segi service, management, doktor,nurse jatuh kategori TIDAK PUAS HATI. ok, dari mula2 sampai kat emergency mmg rawatan pantas diberi tapiiii tidak ada kerusi pun disediakan, bayangkan aku yg tgh pangku si zara terpaksa kehulu kehilir redakan budak tu yg merengek.  nak offer kusi jauh skali.

pastu plak dengan nak tunggu masuk wad, teramat lah lama. hampir 2 jam aku terpaksa menunggu. ok, aku abaikan perasaan x puas ati asalkan rawatan utk anak aku cepat.

aku & hubby request bilik utk satu bed, tp diorg(nurse) kata kena letak kat bilik kongsi 4 sebab senang nak pantau sbb dekat dgn kaunter diorg. dalam ati aku apsal plak???!! tu tugas diorg, jauh ke dekat ke bukan alasan. masa dok kat bilik kongsi 4 katil tu xde pun special monitor yg diorg buat. lagi satu cer korang semua pikir loceng untuk panggil nurse kat katil tu ROSAK!! aku jugak yang kena kuar panggil nurse bila malam pertama anak aku badan dia makin panas smpai 39'c. aku pendam lagi.

hubby plak siap nak minta tukar gi hospital lain, tp memandangkan kesian kat rayyan nak cucuk2 lg kt tangan, nak pindah bagai. kitorang redha je. masa nak mandikan rayyan hubby minta nurse tu bukan jap wire utk masuk air tu kat tangan rayyan, masa nak minta nurse pasang balik, selepas 3 jam panggil baru nurse datang. aku mmg hangin giler rasa. mmg xde nak kecoh2 kt sana sbb pikir anak tgh sakit masa tu.

hari ke-3, baru pindah ke bilik single. bagi aku bilik pun mcm dorm hospital biasa, iyer la since wad kanak2 biar la ceria sikit, harga bilik pun bukan murah ok. lagi skali loceng untuk panggil nurse ROSAK!! kat hospital ni takde techinician ke?? harapkan mahal je. pastu plak susun atur perabot teramat la tidak sesuai. ada ke patut side  table telefon sblh toilet di mana pesakit perlu turun atas katil berjalan menuju ke ke side table tersebut utk call nurse(kena call sbb loceng rosak). bukan lah nk berlagak dok bilik single, tp sbb privacy, keselesaan dan sebagainya.

pastu ada beberapa kali bila call xde pun nurse angkat dan masa ni hubby aku kena menapak ke luar untuk panggil nurse ke bilik.!!!

korang yg pernah admid ampang puteri ada pengalaman tak? cmner dgn service?
aku bukan la nak riak ke hape tp bila kita bayar sesuatu yg mahal meti kita harapkan sesuatu yg memuaskan hati kita.bukanlan mengharapkan layanan mcm hotel 6 bintang. tp cukup lah service yg ok sepadan dgn kos yg kita bayar. lgpun ni bukan kali pertama ahli keluarga aku admit ward. bagi aku baik gi hospital yg kecik2 tp servicenya ok.

oohh... aku ada amik gambar ari tu tapi bila nk tgk balik semua gambar2 bilik, wad, xde dlm memory card. huhuhu... sedey gak sbb xde bukti. mmg kalu ada kena admit lagi mmg ampang puteri bukan pilihan aku & hubby.

Arrayyan VS Azzahra

 Faqeef Arrayyan

Fateen Azzahra


Assalamualaikum...
Rayyan VS Zara. aku saja2 buat entry ni sbb nk tgk perbezaan sikap dan peel masing2 masa diorang ni baby. gambar budak 2 orang kat atas tu masa diorg berumur sehari. mana2 baby masa umur camni mmg sama je. aku sendri pun x reti nk bezakan.bila sebulan dua baru leh nampak muka tu ikut sapa2 samaada mak atau bapaknya.

bagi aku lak 2 orang ni mmg berbeza karekter masing2. iyer lah sorg laki sorang pompuan mesti la beza kannn... masa kecik dulu rayyan kuat gak melalak.tp zara plak lebih cool. aku bleh tinggal dia sensorang utk buat keje aku, maksudnya bole gi mandi, jemur kain,masak dan sebagainya. ni masa dlm pantang ari tu laa. kdg2 lebih setgh jam dia bole stay sorang2 x nangis, x merengek. bila dh bosan sangat baru la merengek. bagi susu teruss tido jek. senang je dgn zara ni, tapppiiiii... ada cerewetnya jugak, dia mcm x suka sgt jalan2. bila kuar gi mana2. shopping complex ke dia cepat merengek. yang aku perasan dia tak bole tido merata2. maksud aku bukan la aku tinggalkan dia tido merata, tp dia kena tido kt tempatnya. kt umah dlm buai, atas katil. macam rayyan dulu, kalu dia ngantuk bagi susu tido la dia dlm stroller tu. rayyan x kisah pun. mungkin perempuan ni cerewet skit kot.

jadi agak sukar la kami laki bini nak berjalan2 yg mmg kaki jalan nie nak bawa si zara tu ikut serta. tak kisah la mana2 pun. dua2 pun anak aku. takkan la masing2 serupa pulak. mesti ada bezanya..

dari segi lain x tau lagi sbb zara masih kecik, baru 3 bulan lebih.kena tunggu dia besar skit bila dh bole makan baru leh tau apa yg dia suka, apa yg dia x suka. kalu rayyan selera makan dia mmg superb. bagi apa je mesti dia makan. dia mmg suka mkn!! ni ikut ummi dan ayah dia, suka jalan2 cari makan.,

dari segi meyusu plak Rayyan lebih kuat isap t*** berbanding Zara, penah suatu masa dulu smpai crack aku punya t****. Zara teramat sopan santun je dia isap.xde gelojoh mcm rayyan. pompuan lah katakan... tp kesian zara x dapat breast feed lama, sbb air susu aku makin menyusut, skrg hmpir2 tiada kot. ni sbb masa rayyan admit ward ari tu. air susu aku terusss down. wpun aku dh aku dh pam dan bg direct BF masih juga kurang.takpe la mungkin takat tu je aku mampu bagi, tp aku akan tetap akan bg yg terbaik utk Zara wpun susu ibu x sama dgn susu formula.

tak sabar nak tgk budak2 ni besar.mesti bergabung tenaga buli aku plak....

Friday, July 20, 2012

WORDLESS FRIDAY- FOLLOW UP @ AMPANG PUTERI



busy yang amat. entry gambar sahaja. follow up ni smlm 18/7/2012. blood test ok, urine pun ok....
alhamdullillah.... semoga rayyan sihat.

Thursday, July 19, 2012

Rayyan Pulak Warded @ Ampang Puteri

Lama betul aku x apdet blog nih. masa yg amat tidak mengizinkan tambahan pulak bila dah start keje ni aku mmg penat yg amat bila smpai umah. ok aku nak citer ttg kisah rayyan yg kena warded  minggu lepas sbb demam panas.

kebetulan petang tu aku gi umah Ina sbb dh lama janji nj visit dia. dengan gigihnya aku siapkan zara dan terusss gi ke Kristal Height. tak jauh mana pun, sbb tu aku berani gi dgn zara. memula sesat ok. lepas roger2 dgn ina aku akhirnya smpai gak umah dia. comel je ina, umah dia pun so sweet.

ok. balik pada citer rayyan plak. mcm yg aku citer sblm2 ni rayyan agak kerap demam. setiap minggu dia mesti demam.sbb tu la weekend aku kat umah je, xde jalan2 mana pun. petang tu cam biasa lps dia balik umah merengek skit2, nak aku riba. pastu kaki dia nyelit je kt bawah peha aku. masa tu demam dia xde la panas sgt. aku dh pn basahkan kepala dan badan dia skit. dia nampak cam ngantuk, jadi aku masukkan dia dalam buai, zara plak aku baringkan dia tepi aku. masa tu kol 7.45pm. suami plak baru nk mandi.

sedang aku buai2 rayyan tetiba dia mcm kejang, mata ke atas, tangan keras. aku terus la jerit kt suami yg bertuala jek masa tu.

"sayang, rayyan.. rayyan..."

suami aku berdesup turun, amik rayyan dari buai. dukung, tepuk2 badan dia. gi ke sinki basahkan kepala dia. aku masa tu panik giler, istigfar je. xtau nak buat apa... panggil2 nama rayyan jer.

"amik kunci keta, start keta. kita gi hospital."

aku pakai tudung & sweater terus start keta, buka pagar, amik susu zara. berdesupp gi ampang puteri.aku baringkan zara kt seat blkg sblh aku, rayyan plak aku riba. keadaan dia masa tu mmg amat menakutkan aku.mata dia tenung aku,mcm org nazak. aku tepuk2 pipi dia & cuba gerakkan mulut dia. istighfar je aku masa tu. pastu aku dok cakap2 dgn dia, panggil nama dia x henti2. muka kaki pucat. xtau nk describe mcmana perasaan aku bila tgk keadaan rayyan mcm tu. sib baik zara senyap je, xde nangis2, xde merengek.
smpai je ampang puteri terus ke emergency. nurse terus, basahkan badan dia, amik darah dan buat rawatan  yg sepatutnya. masa tu baru rayyan start nangis. suhu badan dia masa tu 39.9'c. Ya Allah....








malam tu rayyan admit. masa tu badan dia dh ok skit sbb dh bagi ubat demam ikut punggung.  tp 3 jam lepas suhu badan dia naik mencanak. smpai 40'c. mlm tu aku &; suami tido hosp. zara plak acik datang bawa balik.


nnt aku update semula entry ni. kejar2 nk buat keje plak.
BERSAMBUNG...

Monday, July 9, 2012

Gathering Time

Sabtu lps aku ada buat mkn2 skit kt umah sbb 2 org anak aku dh sihat sepenuhnya, minggu dpn aku dh start keje jd xde harapan nk masak meriah2  dan sbb ketiga ialah sempena bday suami aku yg lalu. aku jemput acik dan 2 org rakan blogger tp mereka x dapat dtg.kebetulan ma dan abah datang jd aku ajak adik aku kt ampang skali. kebetulan lg kazen aku pn nak dtg tgk zara. so dh jadi family gathering pulak.

berhempas pulas aku masak pagi tu. puding triffle dan muffin aku dh buat malam sblm tu. lupa lak nk bgtau menu apa yg aku masak... hehehe aku masak nasi ayam panggang rosemary, lasagna, puding triffledan chocolate muffin. ingat nk buat coleslaw tp sbb kazen ak datang terawal sgt(nasi pn blm masak lg) terus cancel nk buat coleslaw.


 bersepah betul cara aku hidang. sbb mknan blm siap dh ada yg smpai. aku main letak aje la atas meja tuh.. tp jgn main2 lasagna aku terbaeekkk...siap ada yg minta resepi lagi. hehehe..rosemary ciken aku pn mendapat pujian. alhamdulillah makanan cukup. semua dapat merasa.


 coklat muffin. siap ada yg minta tapau lg...


 ni baru satu group. apsal semua dok keliling zara?


si rayyan ni bila ramai org mula la melasak...


Friday, July 6, 2012

shopping berdua dgn Zara

assalamualaikum..
nak cite pasal smlm yg merupakan hari yg bersejarah bg aku. mungkin bg org lain dh biasa kot. tp aku berjaya... hihihi mcm la besar sgt kejayaan aku nih. maunya tak aku berjaya gi giant berdua je dgn zara. memula tu cuak jugak. nak kuar ke tak ...nak kuar ke tak... tp memandangkan kt umah aku dh xde benda utk dimakan maka gigih aku drive gak gi giant.kat umah ada tolur sejibik jekk.sehari sblm tu aku dh oder PizzaHutDelivery. takkan nk mkn pizza lg kot. pastu plak cik somi balik ptg nnt nak mkn hape... xleh jd nie...terus sms en somi mintak izin nk kuar.penting nie mintak izin dulu ok.

jenuh gak la aku pikir cmner nk bawa dak kecik ni.kalu letak dia dlm stroller.... aku nk tolak troli lg.ishh.. buatnya dia nanges ak kena dokong plak.cmner nak tolak 2 kenderaan tu??? kalu letak dia dlm carrier yg dukung tu, nak ke dia? kt umah aku try dulu, ooiitt.. meronta2 dia, mungkin x selesa dok dlm bag dukung tu kot.

makanya aku pasrah letak je dia dlm troli brg kat giant tu. aku alas dgn selimut tebal dan bawa bantal dia. ok je dia dok dlm troli brg tu. brg2 yg aku beli plak aku letak kat tepi2 dia. hahaha... kt giant plak kebanyakkan yg tgk baby dlm troli tu terus pandang muka aku. agaknya mesti kata kejamnya mak budak nie.
aku dh siap2kan list barang yg aku nk beli.oleh sbb aku dh biasa dgn lokasi letak brg kt giant tu, laju2 aku amik brg2 yg aku beli pastu terus gi timbang dan bayar kt konter. nk jd mcm ana suzana yg gigih bawa 3 org anak gi giant beli groceries.

ada gak makcik yg cian tgk aku bersusah payah dgn baby tlg aku letak brg yg nk byr kt konter. tima kasih ye makcik.masa aku amik2 brg tu zara cool je, sekali skali aku agah2 dia smbil panggil nama dia. risau gak dia nanges beb.

sblm balik aku tapau nasi ayam kat the ciken rice shop. laparr wehh..zara bantai tido plak time ni.aku dh dokong dia sbb dia mcm merengek, boring kot. loading brg dlm keta cpt2 sblm dia nanges. pastu laju2 drive balik.xde la laju mana pun time budak skolah balik masa tu. dlm keta aku panggil2 nama dia takot dia nanges nnt aku gak yg panik. kalu zara baik cmni nnt kita shoping lg yer... girls day outing. no ayah, no rayyan.  kononnya aku berangan, tunggu la zara besar 4-5 thn lg.


#ptg tu aku masak sup tulang dan lala bercili. si rayyan bertambah2 mkn nasi dgn sup.


Monday, July 2, 2012

saya dh nak 3 bulan..


assalamualaikum...semua kawan2 ummi,
saya dah nak masuk 3 bulan minggu depan, tapi saya rasa sedih laaa sbb bila saya dah 3 bulan ummi saya dah start keje.ummi saya pun sedih jugak. selama ni saya isap susu ummi je tp bila ummi saya dah keje saya dah kena isap susu formula. lepas ni saya dengan abang rayyan kena duduk dengan acik. abang rayyan jagan la slalu usik saya ok, sbb saya masih kecik lagi. tunggu saya besar skit nnt kita main sama2 laaa..
skrg ni saya tengah gigih belajar nak meniarap tp blm berjaya lagi. ummi saya gigih bg support kt. asyik tolak2 blkg saya bg meniarap. sabar yea ummi.

oohh.. lupa nk bgtau, baju yg saya pakai ni aunty ina yg bagi. comel sangat ada ropol2. wpun baju ni utk 8 bulan tp saya dah muat. aunty ina comel sgt. nnt datang la umah saya lagi bawa saya jalan2, ummi saya ok jer..

berat saya dah 5.5kg, besarkan saya ni. cian kt ummi saya nak dukung saya nnt. tp  saya kena cepat besar dan boleh jalan supaya ummi dh tak perlu dukung saya.

ok, saya nak isap susu dulu pastu nak tido plak. byeee....
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015