Showing posts with label opis. Show all posts
Showing posts with label opis. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Potluck @ Opis

Assalamualaikum uols...

tanpa mukadimah, pembuka kata, sekapur sirih... terus ke tajuk entry bole?
entry terkini, takde peram2 takde auto publish. aku baru je abis melantak burpppp... buruk giler sendawa gajah.. eehh xde laa... entry banyak berderet dlm draf, tp pasal anak2 je. xde mood sgt nk publish sbb anak masih tak sihat. tak laa entry asyik pasal anak je kann...

lauk2 biasa je, ulam sambal, kuah lemak kobis.. masak kat pantry opis tau, ikan pekasam,sambal sardin, kurma telur. eehhh aku cuma bawa BUDU je.... tak sempat pun nak prepare apa2. zara kul 3.30 pagi baru tido cian kt suami aku sbb dia yang berjaga semalam. aku pulak krooohhhhhh.... bangun skali skala bila dengar zara nangis. eehh kata tak nak citer pasal anak??


 tuan rumah potluck kali ni ialah kak jem yang bertudung itam itu.

 sila makan yer....

tangan siapakah yang gebus itu...


Wednesday, September 5, 2012

Jamuan Hari raya MBDD

majlis hari raya yang berlangsung tengahari tadi. gambar makanan aku lupa nak snap. mmg x hingat langsung. lagipun aku x bawa camera, guna henpon samseng jek. ceduk je dlm pinggan terus ngap. lapo sesangat lah tu ekekekek.....
tapi macam2 ada....
mee kari..sate..nasi beriani..lemang..rendang..cendol...

 kad jemputan

 suasana masa majlis

 barisan teratas SSM

 dengan rakan2 selepas kekenyangan burppp... eeii tak senonoh.

 gambar tuan tanah kedaung yg semakin bolat muka...

meja VIP ceo
Irfan sebagai MC majlis tersebut

Wednesday, April 25, 2012

Khamis, 12/4/12- Sehari sebelum Bersalin

assalamualaikum...
alhamdulillah, aku sudah pun selamat bersalin pada 13/4/12. tapi entry ni ttg detik2 sehari sblm kelahiran yer.

khamis aku masih lagi gi keje seperti biasa. tp byk kepada mengemas sbb opis tgh dlm 5S. iyer laaa takut nnt susah plak kengkawan nk kemaskan work station aku plak. beberapa harta peribadi yg dok semak kt tempat aku, aku angkut bawa balik.

masa nie mmg xde tanda or sakit apa pun, so aku pla nk start cuti next week la konon2nya. sbb selasa ada appointment dgn dr ratna lg, plan nk operate hari rabu

bersambung...

Tuesday, February 21, 2012

Sambutan Majlis Harijadi kengkawan di Opis

slamat hari tua untuk kwn2 opis aku yg sambut bday baru2 nie. acara ni akan jd acara bulan kt opis sku skrg. dulu dh ada tp stop jap bila ada masalah nak kumpul2 staff ni. kitorang buat 2 bulan skali kot. kang tiap2 bulan mkn kek muak plak. tp kalu kek secret resepi aku ok jer... hihihi... beberapa org kawan ops aku nk sgt appear dlm blog aku nie..


yg diraikan kak jem, amboii merahnya, kak aina, najmul, abg zaki yg dh nk pencen x lama lg dan beberapa org lagi...

2 biji blueberry cheese cake dari secret resepi... so yummy....

kengkawan yg dh x sabar nk makan tuh...

majilis buat kt pantry jer...

acara potong kek. amboi abg zaki. kemain lagi gemgam tangan kak jem yer....

sila hulur pinggan masing2 yer..

menu ari tu, nasi beriani, puding cendol, kuih seri muka dan buah2an sbg pelawas, puding koktel. tp xde gambar. dh bz mkn lupa nak snap.

Thursday, December 8, 2011

Kursus Bahasa Inggeris



3 ari sepanjang minggu ni (senin, slasa, rabu) aku ada kursus bahasa inggeris kt opis. sonok jugak bila skali skali attend kursus camni.hilang jugak boring bila dok ngadap pc kt opis je buat keje yg tak akan abiss nie. nampak mcm kacang je tp nk ingat balik masa kita bljr masa kt skola & U dulu hmmmm.... cara guna grammer yg betul, past tense, present tense, peribahasa semua. atleast bleh improved skit dan refesh balik apa yg bljr dulu. trainer yg hapenning, tak terasa dok dlm kelas tgh bljr pn. sempoi jer cara dia mengajar. terbaekkk lahhh.... thanks to our trainer Ms Mimi Masood from INFOBASE CREATION SB

sblm ni bila cakap bhs inggeris pun xde la peduli semua grammer tu. asal org paham apa yg kita nk bgtau dh ok lah kan, alaaa... mat salleh pun bukan cakap grammer yg betul gak pun. kita jek malu2 nk cakap takut salah, takut org gelak bila salah ckp,malu laaa.

tp part paling best bila ada kusus ni time makan!! minum pagi, lunch, minum ptg. adoiii...mmg kenyang laaahh.


peserta kusus. sempoi je bleh plak free style mcm nie

nie group aku. sblh aku berbaju kurung tu la Ms Mimi trainer kami. best ahh... dh nampak gemuk kan aku. uhuk..uhuk..


yeayyyy... dapat sijil.

Wednesday, November 2, 2011

wordless Wednesday

Wednesday, September 28, 2011

open house opis plak...

rasanya ni entry last ttg open house. ari ni last syawal rasanya. majlis ni sebenarnya skali dengan majlis perpisahan opismate aku yg akan bertukar ke cawangan Melaka. kira mcm 2 dalam 1 gitu. tak nak citer banyak2 layan jer gambar kat bawah...

banyak giler makanan. ada laksa,pulut kuning, rendang,nasi himpit, lontong, bihun,lemang.kari,kuih-muih. kak fida nak makan laksa tu.

main course nasi beriani yg mmg mabeles... kak siti fatimah ni merangkap tuan rumah...sbb terlalu kenyang aku x mkn pn nasi beriani ni, tapau mkn kat umah je.

pelbagai jenis desert. alamak..sapa punya mangkuk laksa plak letak situ...

desert lagi. sedap gile puding Aril. aku tambah 3 kali. buruk betul aku makan...

semua kawan2 khusyuk mendengar pengerusi majlis berucap.

yg diraikan cc mendapat cenderamata. tahu tak dia mcm nak nangis. sedey wooo... brapa belas tahun ntah dia kat HQ nie.

sila2 makan.
merpati 2 sejoli. ct & zul

gambar aku posing mesti la ada....

nak jugak bergambar dgn cc. muka aku yg bolat mcm ubi kentang.

Friday, July 1, 2011

MaLaYsIaN CuLtUrE- SuKa LaSt MiNiT

masa ni x berapa sangat lagi lebih kurang kul 12 tp Q dah 200 lebey ok!!!


pandangan dari konter



mmg habit rakyat Malaysia suka buat last minit dalam apa2 perkara pun. contoh terdekat kat opis aku laa. sbnrnya smlm hari terakhir hantar "strike off company" utk waive kompaun dan lain2 dokumen.promosi ni dh 3 bulan.tapi biasanya bila last minit mula berduyun2 datang sampaikan nombor Q pada kul 3 smlm dah 350!! aku & kawan2 yg keje front liner nie jenuh laaa.


kat jabatan2 lain mcm LHDN, Imigresen, dan mana2 jabatan lain yang ada due date pun mesti mengalami masalah yg sama mcm ni kannnn....


semalam bekerja lah kami di sini sampai kol 8.15 mlm.aku sampai umah 9.30 smlm lepas amik rayyan. tu belum lagi annual return. tunggu lagi 2 minggu due date annual retun, mmg berduyun2 la datang opis nie.

Monday, June 27, 2011

JaMuAn PeRpiSaHaN CiK PaUzIaH & AzIZy

jumaat lps juga ada jamuan sempena perpisahan staff , beliau yg terlibat ialah opismet azizy yg akan bertukar ke Kota Bharu, kampung halaman dia. dah lama dia minta tukar skrg baru dapat. mmg rezeki dia lah nampaknya. bos aku cik pauziah pun bertukar jugak tp bukan la tukar state lain, tukar department je ke comtrac. tahniah kepada beliau berdua, semoga lebih success di tempat baru. ngehngehngeh...

mcm2 ada... nasi lemak ayam, mee kari, kuih2....
en asrul memberi ucapan kat semua staff...



azizy yg diraikan sebak menahan sedih... ececeh... tak macho laaa


dh nanges dia tauu... sedey wooooo... hati dia dh lekat kat sini katanya... kikiki


mereka berdua la yg akan bertukar. cik pauziah & azizy. alamak baju pun sama kaler jer.



sesi peluk2. tp sesama depa yg sama jenis je laaa, takkan nak pelok dgn staff pompuan plak. masing2 dah ada isteri wehhh...

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015