assalamualaikum... baru terhegeh2 nak update, event dah sebulan berlalu.
huhuhu...
maap semuaaa...
sebenarnya event gbsb ni pada 16/5/2015 yang lalu.
tak payah car saya dalam gambar2 sersebut sebab non hado..
kalu ada pun mungkin sekeping dua je.
mak jiwa kacau masa tu mood mmg ke lautan hindi
idea nak buat family day ni tercetus lepas gathering entry
SINI.
so feed back ramai sgt yang nak join...
maka bertungkus lumus Puan Admin
cikna menjayakan family day gojes ni yang julung-julung kali diadakan..
bukan sedikit dugaan dan cabaran yg dihadapi okeh,
tp cika gigih sangat, sampai saya respek giler kat dia.
saya sendri pun tak mampu rasanya nak deal dgn karenah Singgah Santai Resort tersebut, karenah ahli yg macam2... maap ye cikna...
2 hari satu malam mcm tak cukup untuk kami menjemah, bergosip ttg anak2, bertukar2 tips, cerita supermom kami semua..
saya yang berkonvoi bersama cikna tghari tu folo je keta cikna.
takut tersesat tah mana2 kang. masing2 bawa makanan potluck utk petang tersebut.
aktiviti petang tu mandi2 manda family sambil mak2 jemah kat pondok potluck.
makanan lak giler banyak ko... mcm2 ada sampai ada yg saya tak sempat rasa..
tapi makanan saya paling cepat habis ko...
cepat je licin, suka...suka...
malamnya pula acara bbq, majlis sambutan hari jadi anak2 gojes dan bertukar2 hadiah.
yg mi pun best tp anak saya pulak buat perangai, maklumlaa dah penat berendam dalam kolam siang tadi. malam nya merengek, nangis yg tah hape2...
saya tak dapat stay lama masa ni sbb budak2 tu dah tak terkawal. lps makan saya terus bawa anak2 masuk bilik. saya wakilkan adik saya utk acara tukar2 hadiah tu.
nasib baik gak bawa dia..
hari terakhir kami pada hari ahad, adalah untuk acara sukaneka. yg ni aku sampai ketawa pecah perot. hadoiii kelakar. semua mak bapak sporting main game.. mmg gojes betul diorang tau..
lepas tu masing2 buka barangan dagangan niaga. ada jual pin, ada jual bantal, plushie, sambal hitam, bawang goreng, pekasam daging... pendek kata semua barang ada laaa.
dannnn semua sedapppp sebb aku penah cuba dahh.
lepas lunch tengahari tu masing2 salam2 pelok2 sebelum bertolak balik. siyes rindu moment kat SS. tak tau laa lps ni boleh geder mcm ni lagi ke takk..
g pasti kena buat tabungan awal2 untuk next event GBSB....
terima kasih tak terhingga kepada para sponser hadiah,
yg mengerah tenaga menjayakan sukaneka keluarga yg sangat happening...
happy tak terkata. balik tu masing2 ber watsapp lagi kisah2 sampai laa ke citer hantu kahkahkah...
saya jugak menyediakan 3 hadiah untuk hadiah family paling sporting,
family paling gojes dan family paling favourite.
ni pun sekadar suka2 hanya untuk berkongsi rezeki atas
bisnes lasagna saya tak seberapa. tanpa diorang takde yang
tahu kot lasagna saya. terima kasih banyak2 gojes sekalian...
family paling sporting dimenangi oleh keluarga Anez.
beliau paling jauh datang Ipoh nun semata2 untuk family day ni.
tahniah Anez.
family favourite dimenangi oleh keluarga kayrul..
haikal semedang tanya rayyan, rayyan lak kalu takde
haikal mcm takde kawan lain nak main... bff sungguh diorng ni.
family paling gojes jatuh pada keluarga ciknad. tak tau nape
tapi suka tengok ciknad dan falimy. tak sabar nak tunggu anak2
besar nak jadi mcm fmly ciknad...
pemilihan saya telus ye takde pilih2 bulu...
InsyaAllah acara ni akan menjadi acara tahunan untuk Group Gojes.
majlis potluck, makan2 mandi2... mak2 menjemah je koje dia...
ni lak pic masa last day... cantik kan baju kami. kain lembut dan selesa sangat...
makanan potluck... byk yg ak sempat rasa. sbbmy bz monitor anak2 mandi2
tengokk habis licin macaroni cheese saya...
banner rasmi GBSB
haikal dan rayyan tak leh berenggang. sbb tu faveret family dapat kt kyrul...
hahhh tengok tu gaya cameraman. ohoiii siap ada offial photographer okeh event kami nih...
suasana malam birthday. meriah giler...
tengok laa bdk2 ni yg dah tak keruan... makanya lepas adegan tu selamat masuk bilik
berebut2 nak tiup lilin bday
muka2 mak gojes yg ceria hepi...
ciknad dapat pan.
anez zamri dapat caserol dari langkawi
kyrul dapat tipuware ikea.
kemain bapak2 gojes yg sporting... biru jer semua.
acara sukaneka yg happening dan meriah giler... sporting semua.
anak-anak dara gojes... semoga bersahabat sampai ke besar okeh...
pastu jd blogger macam mak2 korang
ni hadiah yg aku sediakan. dalam paperbag tu hadiah utk birthday anak2 gojes, yg bereben tu hadia family gojes, family favourite, family sporting. pek2 kecik tu tu 10 peserta terawal mendaftar, dapat laa coklat dari langkawi, minyak gamat dan keychain dari langkawi...
korang boleh terjah blog diorang untuk baca event family dan perpart part...
GBSB Family Day 2015
☻Allene
☻Asleenda
☻Umi Pingu
☻Anez
☻Safura
☻Myzatul
☻DYatie
☻Ciknaa
☻Aznor
☻Hafizah
☻Eira Zainal
☻Kayrul
☻Syamimi
☻Achiek Anis
☻Nadt