Hadoii kemain lama peram.
Yang sebulan lepas pun ada lagi tak publish... hampunn
Kali ni saya nak review food kat restoran yang kami sekeluarga pegi..
dekat je.
Tepi hiway DUKE.
Hiway ni merupakan laluan saya dan suami setiap hari nak pegi keje...
Dah hadam sgt mana ada lobang, mana perlu tukar lane sblm tempuh jem... dan hari2 jugak tgk retoran ni penuh je bila ptg timw kitorang balik keje.
Beberapa jumaat lepas kami singgah sini lps balik dr giant beli lauk pauk basah..
Selalunya tak pernah2 kitorang kuar gi giant malam2, lps balik keje lak tu..
Gambar ni saya up kat facebook masa gi giant. Rayyan pakai slipar lain2.
Tak kuasa dh nak pusing balik umah semata2 nak tukar slipar. Tu gaya merajuk pulas2 tangan sbb saya tak belikan dia menan keta hotwheels...
Parking betul2 depan kedai. Mmg penuh tambah2 mlm..
antara menu yg sempat saya snap. Cer tgk nama menu glamer habis...
Yang best ada menu utk kids. So xde laa bazir kalu oder utk anak2kan... ni saya suka..
Suami oder yang ni..tak ingat dah nama apa tp sedap. Dlm ada inti daging.. ala2 kebab.
Yang ni saya punya. JloLamb grill with cheese... lebih kurang mcm tu la nama menu... taste so-so je..
Paling win coleslaw dia laaa suka sgt.freshh