Friday, February 28, 2014

cucuk perancang dengan Dr. Wan Ratna Iza di PMC

wahh..dah makin jarang lak aku mengupdate kat blog. harap takde bersawang. tp kan uols aku tetap gi melawat blog korang, cuma nak menulis kt blog sendiri tu takde kekuatan.

ok.. kali ni aku nak citer tentang gynae aku yg dari sblm bersalin kan Rayyan sampai la skrg masih berulang alik jumpa beliau sebab aku kan ada cyst so kena pantau setiap 3 bulan sambil cucuk "pagar letrik". 
sebenarnya aku senang dengan doktor Wan Ratna Iza ni.. sangat humble, sangat peramah sangatt...sangat.. puas ati dengan beliau. Doktor Ratna ni kat Putra Medical Centre kt Sungai Buloh.
 
bagi aku bila time kita mengandung dan bersalin amat penting kita buat check up dengan doktor yang serasi dengan kita. aku pernah check up dengan doktor di Ampang Putri. mmg reject aarrr... dengan muda masam mencuka, nak jawab pertanyaan kita pun mcm susah. ier laa masa mengandung mesti laa kita byk nak tanya doktor kann.. tambah pulak bila dah nak dekat2 bersalin. dah laa bayar mahaiii...

alhamdulillah bila aku jumpa doktor Ratna ni terus melekat sampai sekarang. bila dah jumpa 3 bulan skali, kalu ada pape masalah berkaitan boleh terus tanya. ada satu masa tu aku rasa tak selesa dengan perut aku, terus doktor Ratna scan, pastu takde charge pun suker sgt dengan beliau..

korang.. aku rekemen sgt kalu yang area berdekatan tu nak bersalin kat sana. buat rawatan kesuburan pon boleh...

punya la khusyuk doktor Ratna explain kat aku sampai terpejam mata...

Friday, February 21, 2014

cikna review Puding roti epal+sos kastad

perasaan terharu son sob sob bila cikna sudi buat entry khas untuk puding roti epal +sos kastad yg dia oder dari aku. . rentetan dari n3 tu berdentum2 yg pm aku nak jugak puding roti epal tu. aku kan tiap kali deliver mesti debor wehh... iyer laa taste setiap manusia kan tak sama. mungkin bagi aku dah ok, orang lain kata manis, ada gak yg kata tawar kalu jenis yg suka manis ting ting tu... tp bila cikna kata sesedap rasa syukur alhamdulillah.... sbb aku bukan jenis pemanis ting ting.... rasa epal yg masam2 tu balance dengan puding yang sesedap rasa tu... 

n3 cikna tu aku tak bayar pun okeh. ikhlas cikna buat n3 puding roti epal tu. sangat2 terharu.

korang kalu nak rasa puding roti epal+sos kastad macam cikna oder tu laju2 pm aku kat FB okeh. giler sedap makan masa cuaca panas2 gini. sejuk je lalu kat anak tekak....

tak nak tulis panjang2 boleh terjah blog cikna baca komen beliau... tq cikna..

 



Thursday, February 20, 2014

Bertabahlah...

aku rasa mommies lain pon mcm aku kot.anak2 umor mcm ni mmg suka sepahkan menan diorang. betul ke korang ?? ke anak aku je mcm ni ekk?? 

lepas ambil diorang balik petang kan mesti 2 budak ni nak masuk bilik. menan sebakul, sekotak terus kumbah mcm tu jer... weiii penat tau nak ngemas balik. pastu pulak buatnya terpijak askar kenit kombat tu sakit tau kaki gebus aku. tp biasanya laki aku yg kemaskan menan diorang ni. 

kadang2 rasa serik dah ooii beli menan utk depa 2 ni. tp bila tengok banyak yg dah tercabut kaki, tangan, ekor. kesiannnn pulak.. hahahh nampak nau mcm ayg jer yg eksaited beli menan. keterujaan tu lebih pada aku benornya... hihihi

sebenarnya suka jugak tgk gelagat diorang bila dapat menan baru. tp bila mikir nak kemas aduhh mmg serender makkk.. sudahnya aku kuis2 je biarkan menan tu ke tepi sbb tak nak terpijak. kalu sakit mata sangat tutup je pintu, ada mood nnt aku kemaskan..[yerke, sbb biasanya lakiku yg kemas, tq yer sayang]

 punya laa elok si yaya mencangkong...

 bila 2 beradik ni bekerjasama... adoii..

nampak?? dinding dah jadi sasaran bila dapat crayon..

Tuesday, February 18, 2014

2-2 demam 2-2 tak sihat...

nak wordless boleh tak hari ni???
2-2 tak sihat demam, semalam gi klinik. rayyan kena amik darah sebab dah 4 hari demam on off...
petang ni pegi lagi... hofefully diorang dah ok. aku lak yang pening wengg2...

 
pic kul 11.30 semalam. hangin ape dua orang ni nak tido berbuai pulak... kul 1 angkut diorg tido bawah.
oohh semlm tido kat hall je semua..

Monday, February 17, 2014

Yaya dah nak 2 tahun..

lamanya aku tak bercerita ttg anak bongsu pompuan sorang ni. bongsu uols... wehh jgn gelak la okeh.
dah anak dara skrg. ciri2 tu dah ada bila dia suka nau main mekap aku, suka sikat2 rambut lama2, suka perhati bila aku bersiap nak gi opis. dah pandai pilih baju sendiri. kalu yg kita nak pakaikan dia tak suka terus tak nak pakai. oh , anak Umi dah makin besar!!

dalam umur dia skrg rasa mcm dah banyak dia acheive. dah boleh bilang 123. dah tahu mempertahankan diri bila kena serang dgn abg Rayyan. ohh yg ni sangat2 kagum sgt.

vocabulary dia pun dh banyak, dah boleh tau yg mana banyak, yang mana sikit. yaya ni suka sebut berulang2 apa yg dia dengar. suka bergurau dgn rayyan, mula2 ok, pastu gaduh, nangis. mcm tu laa selalu pon.

yaya sgt2 mudah nak jaga berbanding abang rayyan. sangat tidak cerewet. bila di ajak mandi, jom je dia terus nak bukak baju, seluar.

makan pon senang, suap je apa pun mesti bertambah2 dia makan. lagi2 yg jenis berkuah mcm nasi sup, macaroni sup, penne dimsum sup. penat aku nak suapkan dia ok.. berulang2 tambahnya.

nak berak pon dah bagitau "beyak... beyak"
tapi paling nak tido kena sabar sbb dia suka golek2 dulu, panjat2 atas badan kita.
biasanya aku yang tertido dulu kikiki...

sekarang ni aku praktik kat kat diorang kemas menan sendiri lepas main. nak naik dulu kemaskan menan dulu. hmmm biasanya rayyan yg jerit kat yaya "kemas...kemas..."
pastu 2 beradik tu mmg lipas kudung kemas semua menan...
 
 
 eehh ramai yg kata yaya sama mcm muka aku, yer ke??

pic ni masa wedding adik ipar aku.aku nak pakaikan dia kasut tp dia xnak, nak jugak pakai selipar hijau kepala ulat bulu tu.... stress aku tauu..

Friday, February 14, 2014

Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)

masa aku kena duty kat KPDN di Putrajaya 3 hari lepas, aku ada singgah kat kedai 1 Malaysia kat bawah bangunan tu beli berger ayam 1 Malaysia ni.. Tujuan sebenar nak tukar duit je. bila ingat si rayyan tu suka berger tu yang aku beli. konon nak support barangan Malaysia kekdahnyaa...

malam tu jugak aku goreng 2 keping. laki aku sekeping, utk si rayyan sekeping.
rasa???? wooiiii frust yg hamat ko. rasa masin ya rabbi macam tumpah garam selori kot..
2 keping aku goreng, sekeping pun tak leh habis. Rayyan yg umo 3 tahun tu pun tau rasa sedap ke tak.
dia kata tak sedap, umi tak pandai masak... lorrr aku pulak..

bila up kat fb group gojes kesayangan, ramai rupanya yang banned produk 1 Malaysia nih.
bagi aku harga pun takde la murah, lebih kurang je dengan barang berjenama lain. Ramly Burger yg dah tentu berjenama pun RM5.50. yang kedai 1 Malaysia ni RM4.90 okeh!! beza berapa sen je pun. kalu harga RM2.50 aku takde la demand sgt kalu rasa dia xsedap.

ada pulak yang kata mmg barang dia takde quality langsung.
aku tak tau apa motip tapi serius ni mcm memalukan negara je. konon produk bagus tapi hampeh.
baik la beli kat Giant, Tesco, Econsave.

Mcm Giant, Tesco pun ada jual jugak produk diorg sendiri yg aku rasa harga lagi murah...



Wednesday, February 12, 2014

the wedding~ Safuan & Eda

cuti CNY yg panjang berjela ritu, aku bz dengan majlis kawin adik ipar aku. majlis kat Bangi, berkampung jugak aku kat sana 3 hari 2 malam. mengalahkan pegi bercuti ko... malas nak ulang alik gombak-bangi. last2 cek in je hotel bajet kat sana. ahli keluarga yg lain dok homestay, aku je ngengada dok hotel. ngehhngehh...
nnt aku review hotel bajet tu yer... cite tentang majlis kawin,

ni kawin adik ipar aku yg bongsu. bulan 3 nnt majlis kat kelantan pulak. sesapa yg kat kelantan dijemput yer... nnt aku bg adress dan date majlis tu kalu ada yg nak gi.

majlis akad nikah kat umah pompuan. mmg huru hara jugak laaa gara2 rayyan yg tak reti dok diam. org tengah nak akad nikah dia boleh lak gi tepuk bahu adik ipar aku mcm "relaks la bro..." konon camtu la kot..

adehh tak senang duduk aku dibuatnya. yaya lak dgn apaknya kat luar. boleh pulak dia nak bukak baju nak mandi bila nampak paip kat luar. woiiii... anak aku apahal ni???

rasa mcm terus nak balik hotel jer tau...

tengahari tu pulak resepsi kat dewan, tak keruan 2 beradik tu. rayyan pulak marah betul kalu aku nak bergambah. ape kena ntah dengan dia... aku rasa mungkin jugak penat, campur dengan cuaca yg panas gak hari tu, last2 bila pengasuh budak2 tu datang.. rayyan balik skali dgn diorg...

legaaaa.... cuma monitor yaya je laa. tp jgn ingat boleh bersenang lenang. dak yaya pon leh tahan noty okeh..


 
tak nak dengan aku dah nak dengan anak pengasuh dia jer...

 mana rayyan?? dia nyorok kat blkg aku sbb xnak bergambar. boleh??? grrrr....

 hantaran masa akad nikah...

 pengantin perempuan

 adik beradik suami. 6 orang, semua lelaki.... laki aku yg over sengih baju fink...

 candy table.... so sweet. nnt bday yaya boleh la buat cenggini

 haaa... nak promote 2 beradik ni. sapa nak wat menantu pm aku kt fb okeh...
yg kanan cikgu bahasa inggeris. still available....

 our big family

 dah start dah gambar poyo laki bini...

 aku plak posing, yaya dok leka main bola hiasan...

 haaaa sampai tercabut satu. nasib baik tak bawa balik rumah...

 ni hotel yg aku dok kat bangi. dah kata hotel bajet, jangan berangan nak lebih2 ada air, ada ekon mujur.

 family bed. ok laaa bilik luas. 1 malam RM158.

Tuesday, February 11, 2014

OOTH

salam... lama tak ber OOTH.
ketara nampak gemuks skrg. pasrah jelaaa...


Wednesday, February 5, 2014

cerita itu...cerita ini...


Assalamualaikum gojes…

Lately rasa lemau betul nak update blog. Bila buka blog, nak taip buat entry pastu terus mcm takde mood. Padahal sebelum tu berkobar2 nak citer. Korang jgn speku aku ngandung pulak, smlm baru je cucuk yg 3 bulan skali tu. Siap scan lagi. Mmg takde pape… ehh…

Ok, berbalik pada blog. Wpun aku mcm lemau nak menaip tp blog walking tu rajin lak, aku tetap gi melawat kt rumah uols. Kalu sempat tinggal la komen kalu tak aku ziarah je….yang penting tetap rindu nak tau citer dari mommy gojes semua. Citer anak, citer bercuti dan jugak aktiviti korang sume…
Cuti CNY ritu mana uols pegi?? Panjang woo cuti, takkan dok umah jer… eehh aku gi wedding adik ipar aku kat Bangi. Terus check in kat bajet sana. Senang tak yah ulang alik Gombak. Dok je 2 malam kat hotel tu…

Tentang Yaya dah lama aku tak citer budak tecit tu. Selalu buat kami laki bini ketawa dengan gelagat dia. Ada je benda yg buat aku gelak. Dah nak masuk 2 tahun lagi 2 bulan. Mcm tak pecaya!! Kalu tgk balik gambar dia masa baby, cepatnya rasa masa berlalu. Selalu jugak buat aku naik angin, kalu merajuk  punya la susah nak pujuk. Port dia nyorok blkg langsir… haishhh anak dara tu.
Vocab dia pun dah makin banyak. Dah boleh baca 1,2,3….. dah boleh faham instruction kalu suruh dia buat apa2. Suka main bedak compact aku. *yg ni aku marah. Oops… Yaya ada masalah sembelit, ada satu masa tu suami aku kena tarik kuar t**k tu. Pastu kitorang cucuk ubat bontot kasi kuar semua…

Oohh… rayyan palk sejak dah 3 tahun ni, aku yg kena ikut cakap dia ggrrrrr…. Dah pandai minta apa yg dia nak. Dah pandai marah yaya kalu yaya buat salah. Mmg abang2 sgt watak dia skrg. Sgt cerewet ttg makan, tentang pakaian. Masih tak leh tinggal kain busuk dan putting. Kalu takde 2 benda ni time nak tido, mmg tak tido la jawabnya. Kain napkin tu dah mcm rupa kain ngelap keta.

2 beradik ni time ok elok je bergurau, gelak sama. Tapi bila time gaduh adehhh laaa stress jap aku. Ada je benda yg direbutnya. Rayyan mmg takkan mengalah, Yaya la yg akan nangis dulu sblm aku bertukar jadi mak tarzan…

Korang tu je aku citer serba sikit. Ada masa nnt aku karang entry satu2…hugs uols…
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015