Showing posts with label yaya. Show all posts
Showing posts with label yaya. Show all posts

Tuesday, January 10, 2017

2-2 dah sekolah..

alhamdulillah tahun ni 2-2 anak-anak dah bersekolah.
rayyan 6 tahun, yaya 5 tahun. 2-2 sekolah yg sama.
yaya nampak lebih cool & confident masa first day sekolah.
iyer laa mungkin abag dia byk bercerita perihal sekolah dia.
langsung takde drama airmata mcm rayyan dulu.

yaya masuk kelas relax jer sambil tgk drama airmata budak2 lain.
tak peduli langsung saya dok tepi pintu.
terus keluarkan buku kaler dia dan buat aktiviti sendiri.
good yaya.

tenghari 2-2 masih naik van yang sama. pakcik van antar rumah pengasuh(nenek).

hari pertama sekolah dia pakai baju biasa sebab masih belum dapat unifom.
so pakaikan dia dengan baju long sleeve & seluar panjang. 
mujur dia dapat adapt dengan new enviroment sekolah.
petang, masa gi amik dia tak berenti dia bercerita tentang kawan2,
 cikgu, toilet sekolah dan mcm2 lagi laaa..
semoga yaya dapat jd anak yg solehah dan berjaya nanti.

rayyan pulak mcm biasa, hepi sebab dapat jumpa
 kawan2 dia lps cuti panjang yang lalu.
hari pertama kelas 6 tahun dah start belajar. 
masa saya tunggu pada hari pertama kelas dia dah start
 baca doa utk ibubapa  dan mungkin refresh pelajaran thn lepas. alhamdulillah..
semoga rayyan jd anak soleh & berjaya dunia akhirat.


 pepagi muka ceria & excited pegi sekolah

 tengok yaya tanpa pedulikan orang lain kuarkan coloring book dan buat aktiviti sendiri sedangkan org lain terkebil2 lagi...

abang dah boleh harap, pimpin adik naik van sesama.

Wednesday, October 26, 2016

Gelagat 2 bradik.. kisah di alamanda putrajaya.

2 minggu lepas opis faris ada tournament bowling alamanda Putrajaya.
dia pun turut serta main wpun kesihatan tu baru nak baik.
takpe saya bagi sokongan je, org tengah bersemangat kan..

kuar awal pagi jugak sbb game start kul 9.
celah mana nak smpai putrajaya nya kalu kul 8.40 baru kuar rumah.
saya lebih suka makan sesiap kat umah baru sblm kuar..
sebab taknak anak meragam tantrum bagai laa kan.
bagi kenyang ketat perut baru best skit nk jalan2.

nasib baik game blm start. kul 9.30 baru mula.
so sempai kitorang sampai.

biasa laa bdk2 ni mana leh statik tunggu ayahnya abis main.
 bila alamanda tu bukak saya ajak diorang jalan2 dalam tu..
 jln2 tetiba ternampak kedai toy R rus. 
gelabah mak sbb dah xleh lencong tempat lain dah, 
lagi pun rayyan dah nmpak kedai tu.
ok  layankan je sbb rayyan kata nak tengok je, menan abang dah banyak.
skali sampai tempat ultraman, terus sawan tgk byk giler ultraman situ.
siap cakap abang nak 2 je... 2 je ummi...
gulpp.. sekor RM32.90. kalu 2 eko dah RM60++

ok.  sesi pujuk2... jom kita tgk tempat lain dulu. kita beli eskirm cik robin..
pastu nmpak tren. ok laa rm10 utk 2 orang. pusing naik tren tu.

smpai Aeon big... pegi tmpat mknan, beli fishball air, buah2. mkn situ.
lepas tu balik semula ke tempat bowling. 
dah penat, game dah abis cepat2 kuar bangunan sebelum dia teringat balik kat ultraman td.
 
 
 
 depan bowling tu ada laa dinosaur sekor dgn telo. hahh bergambo laa sini..






 ok.. pusing2 naik tren ni. RM10 abis

" umi, abang nak yg ni..."


tak sawan ko tgk mcm ni punya byk adik badik, sedara mara otomen...

Tuesday, June 28, 2016

gelagat 2 beradik bila fitting baju raya...

suka sangat tgk diorang hepi...

Wednesday, May 11, 2016

Wordless Wednesday: Bila Yaya berhijab

excited punya pasal, iron pun tak sempat..

tudung instant ni saya beli dengan blogger ATY excited sungguh pasa mula2 dapat parcel. tak sabar nak pakaikan kat yaya.
 saya dapat seminggu sebelum balik kg kenduri arwah MIL. 
so mmg amik kesempatan untuk pakaikan kat dia. 
alhamdulillah dia berhijab sepanjang hari dan 
tak merungut panas wpun cuaca panas yg amat kat kelantan masa tu...

awning lembut & material selesa dengan dia.

Thursday, March 3, 2016

Jalan-jalan SOGO bersama Rayyan & Yaya

ni cerita bulan lepas punya..
suami kan slalu balik kg sebab mil saya tak sihat. 
bila tinggal bertiga tu mula la pikir mana lg nak bawa bdk2 tu jalan.
yaya pulak dok zikir kat telinga saya nak naik tren... nak naik tren...
zassss... terus terlintas nak bawa diorang gi sogo naik tren.

sebelum tu mmg panjang lebar tazkirah saya bagi. 
gi sogo weekend scary jugak sbb orang kan ramai, takut lak diorang n lari2 dalam sogo, kang hilang dalam tu mampos nak menjawab ohoiii...

alhamdulillah semua ok, selamat naik tren, jelajah sogo, 
shopping skit2 siap gi pasar malam jalan TAR lg..
now saya dah konfident skit nak bawa diorang sbb diorang 
dah paham dan dengar apa saya cakap.[ boleh jalan lagi nih]
 
 
dalam tren kemain berselfie
bila kat area toys.. mata tah kemana tp tangan peace lg bila kata nak amik gambar..
 ok layankan je


selfie lagi...

jumpa costume ni kat pasar malam jalan TAR, menggeletis rayyan nak yg bumble bee..

Friday, February 26, 2016

apa itu Pneumonia?? 1 family berkampung di Columbia Asia Hospital

Jumaat lepas 19/2, Yaya akhirnya warded lepas demam lebih dari seminggu. 
bermula dengan batuk tak henti, pasu demam on off. dengan muntah lagi.
 petang isnin lps balik keje bawa gia gi klinik, bila cek suhu 40.4'c terus doc masuk ubat montot dan tulis surat untuk refer ke hospital sbb demam terlampau tinggi.

selepas 4 hari still lagi demam, saya dan suami terus bawa yaya jumpa pakai kanak-kanak di hosp Colombia Asia Setapak. bila doktor cek terus, suh buat xray dan warded. 
lega dah 1 hal.

kul 12.30 saya call BS tanya rayyan. 
mmg setiap hari saya call bertanyakan dia apabila pulang dari sekolah. 
terus BS cakap rayyan demam dan start muntah. ohh maii...

terus call asben to fetch rayyan & bring him to hosp.
 nasib baik saya cepat, sebab hari tu hari jumaat, 
masa pendek  so terus bagitau doktor dan doktor advise suruh warded sbb simptom sama dengan yaya. so minggu berkenaan kami berkampung di hosp sekeluarga...

rayyan & yaya kena PHEUMONIA. di bawah ni hasil saya google tentang penyakit ini..
sebenarnya pheumonia ni boleh membawa maut jika kita sekadar ambil mudah... alaa sekadar demam je kan.. 

korang... jika anak demam berlarutan melebihi 4 hari cepat2 bawa ke hosp. skrg mcm2 penyakit melanda... 
 
In addition to viruses, pneumonia can also be caused by bacteria, including S. pneumoniae, H. influenzae type b, group A streptococcus, and M. tuberculosis (TB). Walking pneumonia is caused by the Mycoplasma pneumoniae bacteria. Although it is usually a milder form of pneumonia than other bacterial forms of pneumonia, the symptoms can be bothersome, lingering for a month or more.
Less commonly, a child's pneumonia can be caused by fungi, parasites, and rickettsiae.

Pneumonia Symptoms

After having symptoms of a mild upper respiratory tract infection, such as a runny nose and mild cough, children who develop pneumonia may have a sudden worsening and develop other symptoms, including:

Diagnosis of Pneumonia

Most cases of pneumonia are diagnosed clinically, meaning that your Pediatrician makes the diagnosis after examining your child based on your child's symptoms and after a physical exam.When necessary, a chest xray and blood culture are also don











Monday, February 15, 2016

kisah disebalik kek kukus coklat dan resepi

minggu lepas semasa suami balik kg, saya bertiga bersama anak2 rayyan &  yaya.
hari ahad berkenaan,rayyan mula2 request nak suh saya buat roti jala.
sebenarnya dah lama dia minta saya buatkan roti jala dgn kuah kari.
 budak ni mmg suka mkn roti jalan dgn kuah kari ayam.
 tengahari tu saya dah siap buat kari ayam bersama kentang.

 bila buat kari ayam untuk mkn bersama roti jalan dah
 semestinya ayam tu saya dah potong kecik2 dan kentang pulak potong dadu.
dah hampir saya nak bancuh tepung, tetiba dia tukar fikiran nak makan kek pulak..
sebenarnya roti jalan tu untuk bawa ke sekolah.

 dah tetiba dia tukar fikiran lak nak bawa kek minyak pelangi yang saya penah buat sebelum ni. kat entry SINI.

saya betul2 melayan permintaan dia...

kebetulan telor hanya ada 2 biji jer kat rumah.
 mana cukup nak buat kek tu.
menggugel saya dalam henfon dan buku resepi saya mencari kek yg guna 2 biji jer telor.

sebenarnya saya selalu gak save resepi dalam hp. 
alaa resepi saya haruslah yg mudah, x banyak bahan, cepat siap.
 dalam henfon saya mmg banyak laaa kan...

terus jumpa kek coklat apam kukus ni.
bahan pun mudah dan semua dah ada kat rumah.
kali ni guna acuam kuih lompang untuk kukus kek tersebut.
dah siap mmg tak sabar 2 beradik tu menikmati kek kukus.
asal ada coklat mmg suka sgt diorang...
bagi diorang mak diorang ni terror giler buat kek.. kahkahkah...

berbalik kepada kari ayam saya tadi, makan laa dengan nasi.
tapi sedap sbb dah potong kecik2, rayyan pun suka. puji diri sendri koo..

kek kukus apam tadi dapat dalam 50 biji satu adunan. agak banyak jugak...
esoknya saya bawa ke opis, rayyan bawa ke sekolah, yaya bawa ke umah nenek.

bagi saya not bad rasa kek kukus ni, cuma next time saya nak kurangkan gula dan ganti dengan susu pekat. dan buat topping untuk lebih rasa coklat.. nyummmm

kek kukus ni tersangat mudah sebab semua bahan dicampur dan gaul/kacau sebati pakai senduk je. tak payah guna mixer pon.

 



bagi saya not bad rasa kek kukus ni, cuma next time saya nak kurangkan gula dan ganti dengan susu pekat. dan buat topping untuk lebih rasa coklat.. nyummmm

selepas buat kek kukus ni saya post kat group MAHN di fb, 
tak sangka boleh dapat 1300++ likes.
dan komen yang tak terlayan bertanyakan kek kukus ni.

Friday, January 22, 2016

solat sebelum masuk waktu... hapekah???

gambar ni saya amil pada weekend lepas.
 lebih kurang kul 12 tengahari gitew..
sekarang ni 2 beradik ni bersemangat betul nak solat. 
belum masuk waktu dah nak solat.
saya layankan aje bila diorang nak sejadah, nak pakai telekung... 
nak tergelak pun ada. 
tengah bersemangat kan, ikutkan aje... jangan esok2 malas sudah..

yaya lagi laa sujud sampai meniarap terus.
rayyan lak terus pandang tv bila ada iklan robocar poli...
aduhai...

takpe laa biar diorang belajar, 

bila dah abis solat boleh pulak yaya tanya tangan mana nak raub muka...
adoi anak ooii... geli hati sangat tau





Monday, November 23, 2015

Homeschooling: Sarang telur sebagai bahan mewarna

bila buntu memikirkan haban utk homeschooling diorang,
 saya gunakan apa yg ada dirumah..
kali ni saya gunakan sarang telur utk jadi bahan mewarna.
saya potong memanjang dan minta diorang color "ulat" berkenaan...

lupa pulak nak snap hasil yg diorang telah buat..
siyes budak2 tu enjoy dengan aktiviti mcm ni.

tapi kena ada orang dewasa monitor untuk aktiviti guna water color
kang abis sofa diorang kalerkan... hahahaha
 






Wednesday, November 4, 2015

Wordless Wednesday: mereka nyawa saya


giler rindu kt diorang masa saya kat Bandung. tak pernah tinggal diorang...






Thursday, October 22, 2015

Yaya berjaya potty train.

alhamdulillah akhirnya yaya berjaya free diapers.
wpun agak terlewat untuk umur dia...
 saya tak pernah train dia untuk free diapers..
cuma bagi dia support mcm tu jer... 
mak tak gigih nak mop lantai, cuci karpet nakk..

lepas Rayyan berjaya ari tu,
 abang dia ni yg slalu support adik dia utk tidak berpempes..
"yaya dah besar, tak muat dah pakai pempes..."

mcm tu laa slalu rayyan dok ulang cakap kat yaya bila adik nak pakai pempes lps mandi.
saya pun xpernah ajar dia potty train. 
just bg support mcm tu je, kalu tak pakai pempes nnt ummi beli barbie,
 pakai pempes nnt xleh pegi skul.

masa cuti maal hijrah minggu lepas, 
kebetulan stok pempes kat bawah abis,
saya suruh dia naik atas amik pempes. skali dia pun malas daaaa

pastu saya cakap kat dia, tak payah pakai pempes dulu laa...
nnt umi naik atas amik pempes baru pakai ok.

ehh rupa2nya seharian dia without pempes.. 
nak kencing pandai lak cakap "umi, adik nak kencing kat toilet..."

so bermula hari tu laa tak pakai pempes lagi.
tahniah yaya...

malam 2 beradik tu masih lagi berpempes.
 seperti biasa mak tak gigih nak cuci tilam slalu kalau diorang terkencing...
 slow2 lah nanti ye.
ni pun dah berganda jimat dari beli pempes...








Thursday, October 8, 2015

homeschooling Rayyan & yaya setiap malam

setiap malam mmg saya luangkan masa khas bersama rayyan dan yaya. 
lps siap dinner, cuci pinggan semua, 
mmg masa tu dgn diorang untuk homeschooling.

tak semestinya bljr akademik tp termasuk jugak
 aktiviti arts, games, dan aktiviti untuk skill motor
 tangan diorang mcm menggunting dan menampal.
 tapi aktiviti ini mmg kena monitor betul2 terutamanya 
yaya sbb dia masih tak pandai guna gunting. 
mcm rayyan slalu jugak amik gunting kat dapo untuk gunting apa2 bungkusan makanan...

selalunya saya luangkan dalam 30-45 minit masa untuk aktiviti diorang ni. 
biasanya saya start kul 9.00 malam.

bila buat aktiviti mcm ni secara berterusan saya boleh tengok kemampuan diorang. 
dan kita juga boleh nampak bila aktiviti arts je diorang mmg suka. 
tapi bila suruh buat ABC @ 123 dalam 10-15 je diorang betul2 boleh fokus.
 lepas tu mula nak capai mainan masing2.
 si abang mula laa merungut dah penat laaa... nak susu laaa...

bila dah start hilang fokus, saya tak nak paksa utk haiskan latihan tersebut.
 biarkan je.. jgn marah2 nnt hilang keseronokkan dan buat mereka rasa stress dan tak seronok. biarkan mereka enjoy dgn childhood mereka...

so sebab tu kena pelbagaikan aktiviti. dan saya tak nak mereka
 hanya melekat dengan tablet dan smart phone sahaja. 
walaupun dalam hp aga jugak application ni, tp skill motor tangan diorang hilang.

selang selikan dengan story telling, mengaji dan jugak buat craft dan origami. 
semalam saya ajar rayyan buat kapal terbang kertas, kemain dia suka,
 sampai pegi umah BS pn nak bawa kapal terbang kertas tu...

sebenarnya tak perlu pun beli mainan mahal2.
 kadang2 brg yg ada kat rumah kita pun boleh jadi mainan...

 belajar menulis dan mewarna



 menggunting dan menampal. sronok betul diorang dgn aktiviti ni. saya biarkan je diorang nak gunting apa2 bentuk kemudian gam kat sketch book. 
sketch book beli sorang satu kat mydin.


ni pulak main plastesin... masa ni boleh tengok kreativiti diorang. rayyan lebih kepada buat binatang mcm ulat, ular, keretapi dan siput. yaya pulak suka buat donat, burger dan hotdog.. dah namanya perempuan kann
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015