Monday, January 27, 2014

oder lasagna

kepada yang bertanya saiz lasagna kecik tu, ni lah rupanya yer 8x4. Memang just nice untuk makan 2-3 orang. dengan 3 lapis lasagna, 3 lapis sos daging, 3 lapis sos chesese dan 3 lapis taburan cheddar cheese dan mozarella cheese. Harga?? hanya RM22 sahaja.

minimum order 2 pack yer... satu korang boleh bawa ke opis, satu lagi makan kat umah...
boleh sms/wassap saya ke 017-3213039 untuk order. 
delivery sekitar Sri gombak, pickup point di Petronas sebelah Giant Bt Caves, LRT stesen Terminat Putra Gombak...

#31/1/2014 ni saya akan berada di Bangi, sesiapa nak oder boleh sms/wassap sblm 30/1/2014. boleh collect di stesen Komuter Bangi pada kul 11 pagi....


Wednesday, January 22, 2014

Resepi: Ikan siakap stim limau+asam boi

Minggu lepas aku masak ikan siakap stim. Bila upload kat FB ramai lak yang mintak resepi. Ni versi campak2 versi aku. Sebenornya korang boleh campak  apa2 je yang ada dlm esbok tu. Nak letak carrot, cendawan, suhun, serai. Yang pasti kena buh halia banyak skit supaya ikan tak hanyir selain boleh buang angin dalam badan.... lepas bersalin elok nau la makan...

Yang pasti ikan stim ni menu yg terakhir korang kena masak sblm makan. Jangan masak awal2, tak best. Makan masa tengah panas2 baru kuar dari pengukus... eeyahhh...

Jom kita main masak2 yer puan2. sarung apron semua. Sblm ni pun aku ada gak tepek resepi ni. boleh tengok kat link.

BAHAN:
Sekor ikan siakap- kelar2 skit badan ikan tu.
2 ulas Bawang putih- hiris
2-3 ulas bawang merah kecik-hiris
Air asam jawa
Garam/perasa
1 inci halia – lagi banyak lagi bagus
Suhun – optional
Cili api- ikut kepedasan yang korang nak
2 biji Asam boi
Perahan Lemon/ limau nipis
½  cawan air

CARA:
Letak semua bahan dalam bekas yg sesuai untuk dikukus.
Perap dalam  setengah jam.
Kukus sehingga ikan masak.
Tabor daun bawang. Makan dengan nasi panas2 sedap....


korang jangan terlebih letak suhun cam aku. aku letak byk sampai abis kuah diserap suhun...

Monday, January 20, 2014

Rayyan 3rd birthday... majlis kecil2an sempena hari maulidur rasul 14/1/2013

salam...
rasa mcm dah lama tak update blog. mungkin lepas ni pon camni kot tapi aku akan cuba gagah jugak update blog tersayang ni..

kali ni nak up citer birthday anak bujang yg dah masuk 3 tahun pada hari maulidurrasul baru2 ni.
kebetulan jatuh hari cuti. last minit plan aku dgn suami sepakat panggil adik beradik dgn pengasuh rayyan utk majlis kecil2 ni.

apa yang sempat aku buat ialah nasi ayam(3 eko ayam), macaroni cheese dan agar2 santan je. kek bday tu beli....

lepas subuh lagi gigih aku start masak. sampai tengahri, tetiba muncul UmiQi. tanjat ai tauu... Ju datang bawa buah tangan jeruk PakAli dari Penang. giler sedap, dah laa lama tak makan jeruk.
 aku ajak skali Ju join party tapi Ju ada  hal katanya... tunggu gak aku sampai petang tup2 tgk fb Ju dah ke Pantai timur lak, bercuti sakan yer Ju...

alhamdulillah semua makanan abis, siap boleh tapau utk adik aku & adik ipar... 




 kek birthday yg simple cik suami beli tp sedap wehh indulgence bla laa... gitu nama dia...
menu: nasi ayam, macaroni cheese, agar2 santan...

 sekitar majis...

 rayyan dgn sepupu. wehh bday boy x pakai baju...

 abis menan dia kuarkan...

 fav rayyan ialah kek. tetiap minggu suh aku wat kek... apam pon kek jugak bagi dia...

 adik ipar aku tukang agih2kan kek... tq Lin..

 pengasuh rayyan & family..

 main lagi
 view dari atas tangga. bersepah abis. adik ipar dgn borak2 dgn somi..


adik aku dgn wife

Monday, January 13, 2014

sweet sour kek kukus & lasagna saiz kecik

salam uols... 
aku dah makin busy skrg ni, tempahan setiap hari tak menang tangan..
rezeki namanya tu, walaupun badan penat yang amat ya Allah... 
yang mampu skrg  ni hanya 3 dulang lasagna jer.. kalau wkend boleh la buat lebih, boleh collect kat rumah atau kat petronas sebelah giant batu caves atau di stesen lrt putra terminal gombak.

terkini, skrg aku buat kek kukus sweet sour(rm14) yang sangat santai tp sedap yang amat. boleh habis berkeping2 tanpa sedar... dan jugak lasagna saiz kecik (8x4) dengan harga RM22 sahaja. minimum order 2 yer kengkawan. satu bawa ke opis satu mkn dengan family. atau boleh jer share dengan kawan.
tak tau nak kata sebab regular customer aku kata lebih sedap dari Restoran Resepi Rahsia....

3 lapis lasagna, 3 lapis sos daging, 3 lapis sos cheese, 3 lapis taburan cheese cheddar & mozarella. meleleh2 cheese okeh... must try sbb lasagna ni TERLAJAK LARIS!!!



Friday, January 10, 2014

Jalam2 cari makan: Yati Ayam Percik Bangi

ni dah berapa lama aku peram. 2-3 minggu dah kot.
kitorang gi bangi untuk survey hotel? motip?? padahal bole je tgk internet, semua kan di hujung jari...

iyer... aku& laki kan suka jalan2. maka tu jadi sebab je laaa...
masa jalan2 sana ternampak lak restoren Yati ni. 
korang yang tak tau Yati ayam percik ni tersangat glamer kat Kelantan okeh.
kalu bulan puasa mmg beratur panjang nak beli ayam percik, nasi kerabu dan kuih2 manisan kelantan.

bila nampak je si Yati terus aku nak makan nasi kerabu kat sini. terbayang2 la rasa nasi kerabu dgn ayam percik dengan kuah tumis dan percik tu. kecur ailiur okeh... masa makan kat kota bharu ritu...

aku dengan suami order sama, cuma tambah solok lada utk suami aku.
sabar je tunggu order wpun orang tak ramai. 2-3 meja je termasuk meja yg aku duduk.

rayyan & yaya pulak bersukaria dalam restoran. berlari, melompat. seronok betul.
 [ni yg aku letih kalu bawa diorang makan kt kedai]

order sampai.
bila makan terkebil2 aku. 
langsung takde rasa nasi kerabu!!
sambal kelapa langsung takde rasa ikan, kelapa semata2...
tumis tawar, kuah percik yg takde rasa langsung.
macam kuah lemak putih tu je.

suami makan laju2 tanpa cakap sepatah. tak baik weii kutuk depan rezeki...
aku je yg bebel sensorang.
harapkan masin budu jer...

aku tak tau cemana leh guna nama YATI dengan masakan begini.
Nasi kerabu Yati sedap, yang ni hampeh!!! 
sangat2 la tak recomended ut uols semua.

aku buat lagi sedap!! siyes!!!
rasa nak jer buka kedai nasi kerabu.
sedap lagi yg jual kat pasar malam aku rasa...


 suasana dalam kedai, mmg takde org langsung...

 budak2 ni je berlari2 dalam kedai

 ko tengok mmg kosong kan takde orang


 ni la rupa nasi kerabu yg aku order. nampak cam sedap tp rasa fail terus...
sori aku dah gaul baru nak snap pic...

yaya aku dah tapau bubur mcd. bubur yaya lagi sedap dari nasi kerabu yg kami makan...

#sangat2 tidak rekomended untuk uols makan nasi kerabu kt sini...

Thursday, January 9, 2014

wordless Thursday...YAYA

nak up n3 ni semalam tapi aku TERLAJAK busy tambah dgn tak sihat.
begini la pagi 2bila antar yaya kat umah acik (pengasuh). dalam pastik yang acik pegang tu bekal yaya. kalu aku rajin ada la bekal, kalu takde tu maknanya aku la yg malasss...

lama tak buat n3 tentang yaya yang akan masuk umor 2 tahun tak lama lagi...

 
 snap pic ni dari dalam keta nak gi opis...

babai & flying kiss ummi dulu...


Friday, January 3, 2014

Jemah mini geng mommy gojes di tahun baru

salam jumaat uols... entry pertama 2014. alhamdulillah masih lagi bernafas di tahun baru ni, dengan niat baru dan azam baru. yang tak tertunai di tahun lepas boleh carry forward tahun ni. apa azam baru? simpan je dalam hati , kang buat gelak orang jek...

petang rabu yang best di hari coti begini bila dapat bergeder2 dengan geng mommy gojes.
ooii.. apa ni asyik2 geng gojes... asyik2 geng gojes dalam blog aku nie..

meh nak citer, group geng mommy gojes ni bermula di FB yang mana group blogger mommies create close group which is secret group untuk ahli sahaja.
dari alam maya hingga ke alam nyata kami menjalin ukhwah erat, berkongsi cerita dan masalah tentang anak masing2. group yang tersangat ohsem aku rasa...

ada masa nnt aku citer tentang group kami ni...

ok, sebenarnya mini gathering ni last minit plan pon. uols yang tak dijemput jangan la terkecik ati yer. Insyaalah bulan April nnt aku buat birthday rayyan dan yaya, kita gathering lagi.

dah kana last minit, kebetulan air kat umah aku lak takde. sampai la kul 2.30 gitu. kelam kabut gak aarr aku nak sediakan hidangan untuk minum petang. nasib baik dak aku dgn anak2 sempat mandi. laki aku mandi kat masjid. tghari tu pun kami sekeluarga makan kat kedai tomyam depan masjid kat area rumah aku.

aku lak asyik2 tengok jam... sebab diorang akan datang kul 4. mcm lipas kudung ooii...
nak kemas dapo, layan budak2 tu lagi.

nasib baik sempat berwassap dgn Ju dia nak datang lepas asar.  legaaaa...
tapi tak sempat gak aku nak hidang betul2, diorang datang baru terhegeh2 aku menghidang.
yang sempat aku masak petang tu lasagna, sheperd pie dan bubur jagung+keledek+caca. air sirap.
niat nak masak satu lagi menu tak sempat. kalu tak sempat la aku masak mee ekor tikus.

thanks to Ciknaa, Aen dan Umi Qi sudi datang rumah aku. minta maaf kalau kurang layanan, menu yg lebih kurang... tp seronok giler dapat jumpa korang.
dengan karenah anak masing2.  boleh dengar suara tarzan Umi Qi, cikna dengan karenah afiq yg tiba2 meragam,  Rayyan yang tetiba berebut hp dgn afiq anak cik naaa. Raess je yg cool dengan mama dia.

tq korang siap bawa buah tangan, buah2an rambutan lagi...
papa2 gojes pun syok borak kat luar rumah, kami kat dalam rumah gelak ketawa sampai tak ingat. adehh laaa lawak betul....

 seperti biasa acara bergambar adalah wajib dalam gengn gojes ni...

masing2 nak melepaskan diri. hahh tengok la ragam anak masing2...

antara yang sempat aku hidangkan. lasagna, sheperd pie dan bubur jagung+keledek+caca.

makan... borak... jemah.... pastu makan lagi... borak...jemah...
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015