Friday, July 12, 2013

hari pertama sahur: ayam sos tiram + telur dadar


hari pertama bersahur dengan 2 kiddos. nasib baik 2 kiddos tu bangun sebaik sahaja azan subuh berkumandang. kira lega lah sbb dh siap sahur dan basuh segala pinggan mangkuk.

aku bangun kul 4.40. terus basuh muka, gosok gigi. masak nasi dulu. pastu goreng ayam sos tiram dan telur.
giler berselera sahur wehh. rasa mcm nak tambah nasi tp dah abis, kengkonon tak lalu makan. tp dah dasar pemakan tak kisah kul brapa pun aku lalu jer makan tambah pulak nasi panas2 nyummmm...

korang masak meriah ke sahur? aku dgn cik suami mcm ni dah ok.

ni aku share resepi ayam sos tiram versi campak2 yang paling mudah di abad ini.telur dadar tu xyah la resepi, kang ada yang kena penampo puasa2 ni.. kan dh kurang pahala...

AYAM SOS TIRAM VERSI CAMPAK2

 BAHAN2:
ayam- potong kecik2 (perap dengan garam+kunyit)
           aku dah perap siap2 malam tu, jadi pagi terus masuk kuali je
bawang besar holland- 1/2 labu dimayang
bawang merah kecik- 1 biji dihiris
halia-4 hiris(byk lg bagus)
bawang putih 2 ulas
sos tiram - 3 sudu besar
kicap- sesudu kecik.
cili api - 2 biji tumbuk sekadar pecah (aku tak letak)

CARA2:
1.  goreng ayam smpai sedikit garing.
2. buang skit minyak agak2 tinggal dalam 3 sudu besar.
3 campak semua jenis bawang, halia dan cili, bila dah layu masukkan sos tiram & kicap. kalau agak kering masukkan air sikit.
4. dah siap, boleh hidang makan dgn nasi panas2....


5 comments:

Mimy Hamid said...

pembuka selera la ...sedapnya...tunggu la saya start puasa nanti nak cuba

safurara said...

telur dadar pon sodap!

zurayusoff said...

sedap bebenor rupa si ayam tu
sahur malam kang bikin

Mila Ahmad said...

alaaaa bila baca entry ni dah terbayang-bayang ayam masak sos tiram oh dugaannya hihi...

::EIDA:: said...

ida hari pertama, nasi + ayam goreng je.. ahhahahhaa

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015